Thursday, 15 February 2007

Tetamu dan Tuan Rumah

Masa kecik2 dulu, emak dan ayah aku selalu panggil aku ke ruang tamu bila tetamu datang untuk berjumpa dengan diorang. Aku disuruh salam dengan mereka paling kurang. Kadang-kadang aku duduk bersama-sama diorang, kadang2 aku pergi ke tempat lain. Bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang malas nak gi jumpa tetamu yang datang sebab malu, tak kenal diorang. Emak aku akan sediakan air untuk dijamu dan aku selalu diminta untuk tolong siapkan air. Kadang-kadang ayah aku akan sibuk cari makanan untuk dijamu. Masa kecik dulu tak faham sangat, aku just ikut sahaja cakap diorang. Bila dah besar ni barulah faham, begitulah caranya ajar macam mana emak bapa ajar anaknya macam mana nak layan tetamu.



Sebenarnya peristiwa yang mendorong aku berbicara tentang memuliakan tetamu ni adalah lawatan aku ke Soton. Aku rasa sungguh terharu dengan kesungguhan sahabat aku menyediakan makanan, tempat tidur dan bawa aku jalan. Kadang-kadang apa yang diorang buat adalah lebih dari my expectation. Bila aku kata, tak perlu susah-susah masak hebat-hebat macam ni, dia menjawab "Tak aper, tetamu bawa rahmat". Ooo begitu. Aku biasa juga dengar pasal tetamu bawa rahmat dari beberapa kawan-kawan aku.

Teringat masa gi Dublin winter lepas pun same jugak. Bila aku sampai kat rumah Tun, aku disambut oleh Muhaimin yang tak kenal aku pun sebelum tu. Aku just memperkenalkan diri sebagai kawan Tun. Dia dengan senang hatinya menjemput aku ke dapur dan jamu makan. Walaupun tak der makanan sangat masa tu sebab diorang sibuk, dia sempat kasi roti dan maggi serta masak air panas sebagai air panas. Alhamdulillah dapat juga aku mengisi perutku yang lapar masa tu.

Begitu juga ketika aku melawat anak alam semasa dia tinggal Bristol dulu. Aku kata just nak jumpa dia dan ambil Oyster card. Tak expect nak gi jalan mana-mana sangat. Tetapi dia bersungguh-sungguh ajak aku jalan. Akhirnya aku setuju. Setelah berehat beberapa jam, aku dibawa melawat bandar Bristol. Sebelum keluar, anak alam memberikan jaketnya kepada aku untuk dipakai sebab kalau tak silap jaket yang aku bawa masa tu tak kalis air. Makumlah time tu musim hujan renyai-renyai. Sepanjang perjalanan kami dia tidak bosan bercerita. Macam-macam perkara yang disentuh. Antaranya tentang recommended books. Antara buku yang dia pernah sebut adalah Road to Makkah. Thanks to him, sekarang aku dah ada buku tu. Dia ada juga cakap pasal travel. An arrow never released will never reach its target. Air yang tak mengalir akan jadi tak elok. Selain dari tu dia rajin tolong ambil gambar lagi. Sebenarnya aku tak expect dia akan tolong sangat i.e serajin itu. Thanks bro.

Apabila orang layan kita dengan baik, rasa sangat rapat dengan orang itu. Rasa senang hati, gembira dan suka. Paling penting rasa kehadiranku diterima .

Sahabat-sabahat ini telah menunjukkan contoh yang baik kepada aku. Aku belajar macam-macam dari mereka. Insyallah ada kemampuan akan buat macam itu juga. Bila tengok balik diri sendiri, kadang2 rasa malu jugak kat depa ni pasal aku tak la sebagus diorang. Maybe in the future aku beleh improve lagi.

Tapi tak semua host yang baik. Ade beberapa ocassion, tuan rumah buat tak tahu jer bila jumpe. Ye la aku tak patut expect apa-apa sangat dari diorang. Sebagai student, kadang-kadang kita sibuk. Tapi, at least sambutlah tetamu dengan kasih mesra. Teringat satu teguran Ustaz Hasrizal satu mp3 ceramah yang aku dengar. Dia kata, ader orang bila tetamu datang rumah dia buat tak tahu ajer, jumpe tunjuk muke pun tak mahu. Ustaz kata, sepatutnya kita kena bagi salam dan tegur tetamu yang datang tu sebenarnya tetamu kawan kita, bukan kita.

Saya akhiri dengan sepotong hadis yg bermaksud:
Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya: “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik-baik. Kalau tidak, lebih baik berdiam diri. Seandainya seseorang itu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, muliakanlah jirannya. Jikalau seseorang itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah tetamunya.” (Dari Abu Hurairah r.a., riwayat al-Bukhari dan Muslim)

1 comment:

Abu Saif said...

uhuk.. uhuk.. tersedak.

siapa sebut nama saya ni..?