Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Thursday, 5 April 2007
Aku benci dia
Kali ni nak tulis tazkirah pendek sikit la. Dah lama rasanya tak tulis artikel yang berbentuk tazkirah dalam blog ini. Baik, topik hari ini adalah mengumpat. Maksud mengumpat atau dalam English disebut backbiting menurut Cambridge Advanced Learner's Dictionary adalah "unpleasant and unkind words that are said about someone who is not there". Ia adalah perbuatan yang dikeji dan dibenci oleh Islam, malah kalau nak buat jugak dapat dosa tau.
Kalau tengok video kat atas tu dia tunjuk kaum hawa sedang asyik meratah daging kawannya sebagai perumpamaan kekejian orang mengumpat. Tapi perbuatan mengumpat ini bukan terhad kepada orang perempuan sahaja. Orang lelaki pun suka mengumpat juga tau.
Banyak situasi yang memang kadang2 kita terasa tak puas hati sangat dengan seseorang atau nak buat lawak kita kutuk orang kat belakang-belakang. Bukan nak gi sound depan-depan. Contohnya bila tengok orang poyo giler tahap gaban, kita rasa tak suka dan tak puas hati sangat. Bagi melepaskan rasa tak puas hati itu, maka kita pun cakap kat member sebelah, "Weh, tengok budak tu, poyo giler. Lek lek dah aa. Ko tau tak dia tu kan ... pst.. pst.. bla.. bla.." (bersambung sampai la puas hati)
Mari fikirkan sejenak, kalau kita kutuk belakang ajer, orang tu akan terus menjadi poyo dan pada masa yang sama kita mendapat dosa. Akhirnya kita yang rugi, sakit hati, akaun dosa bertambah. Kalau kita dah sound, tapi dia nak teruskan jadi poyo terpulanglah pada dia. Kita bersabar jelah, tak pun buat tak tahu. Semua ini hasutan syaitan jer bro.
Kalau kita berada dalam kedudukan dia, apa perasaan kita kalau tau orang cakap belakang. Sure panas kan?!! Kalau sebelum ni kita respek kat orang tu, tapi bila dah tau dia kutuk belakang mesti dah tak respek malah rasa benci sangat2.
Oleh itu, marilah kita menjaga lidah kita dengan baik. Lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Silap cakap, badan binasa di akhirat kelak, dicampak ke neraka. Banyak-banyakkan bersabar, moga-moga dapat kawal diri dari terjerumus ke dalam perangkap mengumpat.
Wallahua'lam
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian.
Azlan @ ABN
www.a-bn.eu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
"Weh, tengok budak tu, poyo giler. Lek lek dah aa. Ko tau tak dia tu kan ... pst.. pst.. bla.. bla.."
ya ampun, macam familiar je ayat tu. MIB MIB MIB
Post a Comment