Sebenarnya aku tidak berniat untuk stay di Warwick sampai hari Isnin, tetapi disebabkan satu insiden yang tak dirancang, aku terpaksa mengubah itenary aku. Kisahnya bermula begini...
Selepas sesi bergambar, aku mengikut Bojol ke biliknya sebelum kembali ke London untuk melihat bilik dia sebab mungkin itu merupakan kali terakhir bagi aku melawat Warwick ketika dia masih lagi tinggal dalam uni. Jadi aku tak nak melepaskan peluang tersebut. Setelah berehat lebih kurang setengah jam, pada pukul 5.30, aku pun bersiap-siap untuk bertolak ke Coventry untuk menaiki bas National Express ke London pada pukul 6.30. Bojol membawa aku ke bus stop di tepi Tesco untuk menunggu bas no 19 ke city. Setelah lebih kurang 5 minit, bas no 19 pun tiba. Kami pun bersalaman dan mengucapkan selamat sebelum aku menaiki bas no 19 itu.
Dalam perjalanan tersebut, aku dapati pemandangan di sekitar agak berlainan dengan pemandangan yang aku lihat sebelum sampai ke uni pada pagi tadi. Kebanyakan rumah disepanjang perjalanan itu agak buruk dan banyak rumah flat. Aku berasa agak sangsi, adakah aku menaiki bas yang betul? Tetapi setelah melihat papan tanda di salah satu bus stop bertulis 'towards Coventry' aku kembali tenang. Aku berkata kepada diriku, "Mungkin sebab bas ni no 19, dia ikut route yang lain". Tetapi jangkaan aku meleset. Setelah lebih kurang 10 minit perjalanan, bas tersebut berhenti dan aku dapati tinggal aku seorang sahaja di dalam bas tersebut. Aku hairan kenapa bas itu berhenti di situ? Tiba-tiba pemandu bas tersebut memanggil aku.
Where are you going?
Conventry
You took the wrong bus. This is Canley. This bus is stops at Canley. If you want to go to city, you should take another bus. Why don't you read the sign before boarding? Look, the sign shows Canley!Kata pemandu bas itu macam nak marah.
Huh? aku kebingungan. Is there any bus to Coventry.
Yeah. This bus is going to the city. You have to wait 15 minutes, then this bus will go to the city. Now I'm changing the sign to the City. See? Just sit down and wait.
Hmm ok.
Mengikut perkiraan aku dan Bojol sebelum aku bertolak tadi, sekiranya aku bertolak pada pukul 5.40 aku akan sampai lebih kurang pukul 6.20. Ini bermakna perjalanan dari uni ke city mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kalau tunggu 15 minit, bas ini bertolak lebih kurang pukul 6 dan dari Canley ke Uni mengambil masa 10 minit. So pukul 6.50 baru sampai city. So kalau aku naik bas ini ke city, sure terlepas bas NatEx punya. Maka aku pun telefon Bojol untuk memastikan bahawa perkiraan aku betul. Bojol kata pukul 7 baru sampai. Mengetahui bahawa aku tiada harapan untuk sampai di Pool Meadow sebelum pukul 6.30, dengan pasrahnya, aku pun membuat keputusan untuk kembali ke rumah Bojol sahaja. Kemudian barulah aku fikirkan apa yang patut aku lakukan.
Memandangkan tiket yang dibeli adalah tiket funfare, not amendable aku terpaksa membeli tiket baru. Namun aku tidak dapat membuat keputusan bila dan bas apa yang terbaik untuk dinaiki. Maka aku terpaksa menunggu Bojol untuk membantu aku membuat keputusan. Pada masa yang sama, terdetik di hatiku alang2 dah stay kat sini baik ke Leicester dulu, lawat Sid. Tapi nanti kena belanja lebih pula dan aku kena ada di London pada hari Ahad kerana ada urusan penting. Oleh kerana tidak dapat membuat keputusan dengan baik, aku menangguhkan pembelian tiket dengan anggapan tiket still available masa tengah malam itu.
~ ~ ~ ~ ~
Setelah solat Maghrib dan berehat, Bojol menjamu sedikit mee goreng yang sedap. Azmir dan Aiman datang makan sekali. Kemudian Azmir mengajak kami makan nasi pula di kitchennya. Oleh sebab nasi yang dimasak tak cukup untuk 4 orang, maka Azmir terpaksa menanak nasi tambahan. Sementara menunggu nasi masak kami main games kejap. Agak seronok la tapi agak lagha sebenarnya, hu hu. Bila nasi sudah masak, kami pun makan. Lepas tu, dengar cerita budak2 KISAS by Aiman dan Azmir. Then sambung main sikit lagi sampai pukul 12.Setelah selesai main barulah aku cek website bas sekali lagi. Malangnya, kedua-dua bas NetEx dan MegaBus sudah tidak menjual tiket untuk hari Ahad. Maka tak jadilah balik pada hari Ahad. Terpaksa balik pada hari Isnin.
Begitulah cerita bagaimana aku tersangkut di Warwick. Ianya mungkin tak menarik atau tak derkaitan dengan korang, tapi aku saja tulis buat kenang-kenangan. Bojol, tak yah ler rasa bersalah. Tersalah amik bas tu bukan disengajakan, aku percaya mesti ada hikmah disebalik kejadian, ujian kesabaran jugak.
2 comments:
semestinya ujian kesabaran menanggung penderitaan duduk bersama2 kami yang gile ini haha :P bojol ko termasuk skali
"[18:01:52] azlan @ abn : cukup la merapu, karang bad influence transmitted kat aku plak"
azmir, stop merapu.
Post a Comment