ABN, nanti bila tulis blog jangan lupe tulis pasal bla bla...
Kita tengok apa tajuk blog ABN lepas ni...
Bagi aku, aku tidak melakukan sesuatu kerana nak ditulis di dalam blog. Tetapi aku menulis komen atau bercerita tentang sesuatu peristiwa kerana ada perkara yang menarik atau penting untuk dikongsi bersama. Mungkin sebab itu aku lambat menulis tentang lawatanku ke Bristol. Ketika aku bertolak ke Bristol, tidak terlintas lansung di kepalaku untuk menulis. Bila berada di Bristol, Amir yang mengingatkan aku fasal blog. Maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu...
Tahun ini merupakan kali ketiga aku melawat Bristol. Melawat Bristol sudah menjadi macam aktiviti tahunan bagi aku. Setiap tahun, lepas exam, aku akan cari alasan nak ke sana. Bila aku cerita kat Amir dan Izu aku datang Bristol thn lepas sebab nak ambil Oyster card, diorang gelak ajer.
So, apa yang menarik sangat dengan Bristol ni? Entahlah. Mungkin sebab Bristol adalah antara bandar yang paling dekat dengan London. Perjalanan London-Bristol hanya mengambil masa 2 jam setengah. Disamping itu, kebetulan setiap kali lepas aku habis exam, orang lain masih lagi belum selesai Exam atau tak free melainkan orang Bristol. Bristol juga sebuah bandar yang indah dan menenangkan. Apapun, yang paling best adalah sahabat2 yang study kat sana.
Tujuan utama aku pergi ke Bristol kali ini adalah untuk melawat sahabatku Amar yang bakal pulang bekerja dengan sponsornya tidak lama lagi dan mengikuti program Deen Intensive selain daripada melepaskan diri daripada kesesakan kotaraya London.
Kali ini aku ditemani oleh sahabat lama atau boleh kata jiran lama di Grik dulu, Izu. Sewaktu kecil, aku tinggal di rumah TNB dan dia tinggal di rumah JKR. Kini, Izu baru sahaja grad di Middlesex University. Sebenarnya aku tidak ingat lansung pasal Izu ni. Aku agak lemah dalam mengingat orang, terutamanya yang aku kenal masa kecik2 dulu. Bagi aku, apa yang menghubungkan kami adalah ibubapa kami saling mengenali dan sepupunya pernah duduk sebelah rumah aku. Aku masih ingat aku pernah bermain-main di rumah JKR ketika aku masih kecil. Cuma aku tidak pasti samada rakan sepermainan aku ketika itu adalah dia atau orang lain. So rather than relying on the link based on the past, aku membina talian persahabatan yang baru, kenal dia sebagai kawan di sini. Aku mengambil peluang ini untuk mengenali dengan lebih dekat kawan lama aku ini. Setelah tiga hari bersamanya, aku simpulkan bahawa Izu memang best dan power. Peramah, mudah mesra dan mempunyai network of friends yang sangat besar.
Alhamdulillah secara keseluruhannya, aku sangat gembira dan berpuas hati dengan days out kali ni. Macam-macam pengalaman dan ilmu yang aku peroleh kali ini. Secara ringkasnya, aku dapat bertemu dengan rakan-rakan yang dah lama tak jumpa, dapat kawan baru, dengar ceramah Ustaz Fauzi tentang Keistimewaan Umat Nabi Muhammad, mengenali ustaz Fauzi dengan lebih dekat, makan nasi banyak2, jalan2 dan berkongsi macam-macam cerita dengan Izu, Amir dan Ustaz Fauzi. Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin ceritakan tapi tak larat.
Inilah dia rupa main host kirorang, Amir. Hensem dan bergaya.
Ustaz Fauzi ketika meyampaikan ceramahnya
Para hadirin kusyuk mendengar
Selepas mendengar ceramah, sempat melihat dua kumpulan berdemonstrasi di hadapan kedai ini. Satu kumpulan suruh boikot, satu lagi suruh beli. Ada juga beberapa individu lain seperti pak cik di sebelah aku itu, yang aku tak clear apa perjuangan diorang.
Pada sebelah petangnya kami membawa Ustaz Fauzi makan angin, melawat landmarks Bristol.
Aku pun nak jugak. Spot yang sama dengan gambar pertama yang diambil ketika 1st year.
Jazakallahu kairan kathira diucapkan kepada semua rakan-rakan di Bristol yang bersusah payah menyediakan makanan untuk kami, melayan dan menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang tiga hari dua malam kami berada di Bristol terutamanya Amar dan Amir. Hospitality korang memang best. Semoga penalaman ini tidak luput dari ingatanku.
1 comment:
Dengar-dengar, Ustaz Fauzi ajar korang cara berposing tangkap gambar jugak. Betul ke? Hehe..
Post a Comment