Aku masih lagi dalam keadaan terkejut, marah,frust dan sedih. Balkoni rumahku dimasuki pencuri. Semuanya budak2 sahaja. Dalam empat orang semuanya.
Ketika aku menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, tiba-tiba aku terdengar suara orang berhampiran balkoni rumahku. Gerak hatiku merasakan bahawa ada orang tengah tengok mountain bike ku di luar sana. Ketika tahiyat akhir, aku ternampak seperti orang mengangkat basikalku. Teringat kuliah Maghrib di sekolah dahulu, jika dalam situasi getir - antara solat dengan selamatkan harta, selamatkan harta lebih utama. Maka dengan terus membatalkan solatku dan dengan segera aku bergegas ke balkoni. Alangkah terkejutnya aku melihat budak-budak itu tengah mengangkut basikal. Aku terus menjerit dengan sekuat hati. Diorang ketakutan terus lagi dan meniggalkan basikal ku di bawah. Malangnya basikal Tony 'selamat' diangkut mereka. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Bersabarlah wahai sahabat ku.
Kejar poun tak dapat. Report polis ajer. Argh geramnya! Rasa tak selamat pula rumah ni pabila mengenangkan betapa senangnya diorang nak masuk rumah. Semoga Allah melindungi kami.
No comments:
Post a Comment