Friday, 22 February 2008

Beberapa pengajaran

Beberapa pengajaran yang aku peroleh ketika bermain SC 4:

  1. Ketagih main game sangat merbahaya jika gagal mengawal diri.
  2. Orang yang 'innocent' boleh hanyut dan jadi korup bila pegang kuasa.
    Pada mulanya aku bermain dengan matlamat hanya untuk memajukan bandar, cuba menjadi seorang mayor berjiwa rakyat dan mentadbir bandar dengan sebaik-baiknya. Ketika aku mengambil alih tampuk pemerintahan dari Munzir, keadaan agak stabil tetapi perkembangan ekonomi agak lembab. Maka demi memajukan bandar, aku telah memperkenalkan skim cukai maksima 20% ke atas setiap warga bandar. Hasilnya bandar jadi kaya. Maka timbul pula idea untuk mencuba buat projek besar2 demi menaikkan land value. Selain itu, aku meletakkan Mayor's House di tempat yang ekslusif. Akhirnya oleh kerana terlalu boros, bandar telah mengalami kerugian dan run at loss 100 000.
    Walaupun game ini hanyalah simulation yang simplistik, tapi cukup untuk memberikan gambaran bagaimana manusia boleh berubah sekiranya seseorang berada dalam kekuasaan. Tanpa pegangan yang kukuh dan hidup dalam jemaah, aku pasti tiada siapa mampu mempertahankan kesucian niatnya. Moga-moga aku dilindungi daripada perkara sedemikian di dunia sebenar.
  3. Kerja mengurus bandar bukan senang. Pening juga aku dibuatnya. Tapi agak seronok, terutamanya bila dapat selesai masalah, tengok bangunan baru didirikan dan dapat award.

No comments: