Semasa kat UK dulu, selalu juga tengok blog kawan2 yang balik Msia macam jarang tak di update. So tertanya2 jugak le macam mana keadaan diorang. So pernah berazam supaya cuba selalu update blog. Nampaknya kerisauan ni, memang telah terjadi... He he. Lama jugak rasanya tak update ni.
Sekarang ni tengah tunggu surat dari TNB. Tak tahu lagi macam mana diorang nak campak aku ni. Masa interview dulu agak frust sebab dapat signal mungkin akan kena masuk bahagian IT sebab diorang nampak aku score programming. Sebenarnya, aku tidak pernah teringin masuk IT. Malah cita-cita aku nak jadi engineer. Maklumlah orang muda, masih lagi banyak bercita-cita dan keinginginan duniawi ni. Bertambah sakit hati apabila aku pernah mintak tangguh kerja TNB sebab nak cari pengalaman dalam bidang kejuruteraan, mereka tak bagi, malah kata akan bagi kerja yang sesuai. Aku cukup berang pada waktu itu apabila mendapat signal seperti itu. Bagi aku ini suatu penganiayaan, kerana melatakkan aku dalam bidang yang aku rasa kurang sesuai dengan diri aku dan tujuan mereka sponsor aku dalam bidang electrical. Tapi setelah berfikir dan mendengar pelbagai pandangan dan nasihat, aku sekarang sudah berjaya menenangkan diri dan redha dengan apa jua keputusan yang bakal diterima. Apa yang penting adalah apa yang aku boleh buat dalam menentukan aku mencapai cita-cita dan hala tuju aku sendiri.
1 comment:
"Masa interview dulu agak frust sebab dapat signal mungkin akan kena masuk bahagian IT sebab diorang nampak aku score programming. Sebenarnya, aku tidak pernah teringin masuk IT."
Waaaa. IT best aaa ABN. Kekekekeke.
Actually kene campak kat mane2 pun, ade je pros & cons die, sebuleh2nye kite focus on the pros laa. The cons tu, pandai2 laaa kite mem-pros-kannye. Muahahahaha seronoknye aku berbicare.
Dulu2 aku ingat IT ni lepak2 je, takde keje sangat. Tapi sekarang aku dah dimasukkan ke dalam team payroll, dan jugak terlibat dengan one other project, on top of normal tasks. Maknenye dah macam 3 bende sekali kene buat.
So baru laa terase seksanye.
Dalam sebulan, lebih kurang seminggu kene tido kat ofis, sebab nak process payroll.
Weekend pun kadang2 kene datang buat keje.
Tapi boss baik, and officemate semua ok. So, in the end seronok juge rasenye. So far laa. Mase depan tak tau lagi. Hehehehe.
Panjang lak aku komen. Blog sniri taknak update. Kakakakaka.
Post a Comment