Sunday, 30 November 2008

pengalaman mengaji

Alhamdulillah, sejak masjid baru kami di Bandar Bukit Puchong ni dibuka, banyak aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada ajk-ajk masjid yang begitu bersemangat untuk menghidupkan masjid ini. Respon dari masyarakat pun, alhamdulillah baik. Ramai yang datang memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan dengan konsisten. Walaupun bilangannya hanya beberapa peratus sahaja dari jumlah keseluruhan penduduk muslim di sini, tapi bagi aku cukup bagus kerana biasanya bilangan orang yang datang sama dengan bilangan orang solat sunnah Tarawikh 10 malam terakhir di bulan Ramadhan lalu.

Antara aktiviti yang paling kerap diadakan adalah kuliah Maghrib dan Subuh. Adalah menjadi matlamat ajk masjid supaya setiap malam ada kuliahMmaghrib di masjid, cuma kadang-kadang tak ada pengajian sebab tak ada guru yang dapat mengisi kekosongan jadual. Sepanjang pengajian diadakan, alhamdulillah dapat juga ikut banyak sesi kuliah tersebut. Aku berasa sangat teruja. Pelbagai ilmu baru yang dapat dipelajari dan di dalami. Guru-guru yang mengajar juga bagus-bagus. Suatu pengalaman yang agak berbeza berbanding suasana di UK dulu. Alhamdulillah dapat juga mengubati kerinduan, menjadi aktif dalam aktiviti Islami sesama student dan masyarakat di sana. 

Apabila banyak kuliah diadakan, kadang-kadang terasa letih dan tak terkejar dibuatnya. Hasilnya aku banyak ponteng minggu lepas. Jumaat lepas baru merapatkan diri semula dengan masjid. Satu perbezaan yang ketara dapat dirasakan. Ketika ponteng, jiwa kosong dan rasa diri macam tak maju, sebab ilmu tak bertambah. Mungkin itulah nikmat menuntut ilmu, dapat memberi satu kepuasan yang tidak dapat dikecapi dengan membuat aktiviti-aktiviti duniawi yang lain, he he. Kata seorang ustaz dalam kuliah subuhnya tadi, nikmat di dunia ini adalah sesuatu yang hanya dapat dihargai apabila ia hilang daripada kita.

Ada sesuatu yang aku kesali. Kurangnya penglibatan anak-anak muda. Aku pun boring juga kadang-kadang, bukan apa tak ada geng nak sembang. Nak sembang dengan orang yang lebih dewasa tak reti, mungkin juga ada age gap dan tak sama wavelength. 




No comments: