Semalam, dia berazam. Berazam untuk menerima apa yang ditanggungnya itu dengan seadanya. Dia berkata kepada dirinya, " Aku mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh!"
Dia menyangka hatinya sudah bulat dengan tekad dan azam yang dipasangnya itu. Tetapi dia tidak tahu, apa yang menanti dihadapannya dan apakah dia benar-benar mampu menghadapinya.
Ketika berbicara, dia ditanya,"Do you really enjoy your current job? Come on, be frank, tell me what you want to do. Maybe I can help you"
Errr... Tiba-tiba, pang! Dia tersentak, seolah-olah satu hentaman kuat telah berlaku. Apakah dia perlu memberi jawapan sebenar atau jawapan diplomasi. Buat seketika, dia berkira-kira, itu mungkin satu peluang untuk menyatakan harapannya suatu ketika dahulu, hampir-hampir sahaja dia tersenyum memikirkan peluang itu. Tetapi, dalam masa yang sama, terselit rasa pahit setelah berfikir sedikit panjang, tahulah dia, tiada gunanya berharap untuk mendapatkan yang terlepas itu apatah lagi baru semalam sahaja dia berazam untuk menerima hakikat pekerjaannya itu. Maka dijawabnya, "Im fine, Im OK." dengan nada dan gaya badan yang kurang meyakinkan. Jelas kelihatan seolah-olah dia sedang menyembunyikan sesuatu. Tapi apa kan daya, itulah jawapan yang paling sesuai, dan juga paling baik untuk masa depannya.
Fuh, hampir-hampir saja dia goyah. Apalah yang akan terjadi pula jika dia mengambil keputusan untuk bertindak sebaliknya...
Terasa down seketika, rasa belum cukup sempurna. Tapi amat bermakna sebenarnya...
Kini, kesukaran itu tidak lagi menjadi igauannya, dia hanya memikirkan masa depan dan melihatnya dengan penuh optimis.
"Sekejap sahaja ni, lepas ni aku akan dipindahkan pula...."
No comments:
Post a Comment