Friday, 2 December 2005

stand up and speak up!

Kadang2 bila ada perkara yang aku perlu cakap, tegur atau tanya, aku hanya diam. Biar sahaja ia berlalu tanpa melakukan perkara yang sepatutnya.

Khamis lepas, aku terasa nak minum kopi. Maka aku pun pergi ke Coffee Republic untuk membeli kopi. Aku lihat pada papan tanda, ada tertulis "Cuppucino & Latte £1.85". Memandangkan itulah yang agak murah berbanding yang lain, maka aku pun mintak "One Small Cuppucino and Latte"."One Cuppucino and Latte?". "Yeah", jawab aku . Lalu cahsier pun berkata "3.70 pound please". Dengan kehairanan aku terus membayar 3.7 kepada cashier itu, walaupun sepatutnya aku bayar 1.85 kerana aku piki "Cuppucino & Latte" in special mix kat kedai tu so sebab tu mahal sikit. Setelah itu, cashier itu mengambil 2 cawan kopi lalu melabel dengan huruf C dan satu cawan lagi huruf L. Maka pada saat itu tahulah aku bahawa aku tersalah buat oder. Oleh itu, akupun terpaksa habiskan 2 cawan kopi itu. Akibatnya aku belanja lebih dari apa yang aku budget dan petang tu aku terasa tak ngantuk tapi badanku terasa sangat letih.

Hari ni pulak aku gi latihan kat kelab Rifle. Sepatutnya aku kena pakai jaket untuk menembak, tapi jaket tu ada kat orang lain. Setelah dia selesai menembak, aku tunggu lama gila baru dia bukak jaket tu. Masa tu barulah aku mintak jaket kat dia. Bila dah siap pakai, aku pegi kat lapangan sasar, aku dapati tak leh tembak dah sebab aku dah lambat. Aku terasa sangat hampa, 2 jam menunggu giliran menembak tapi tak dapat. Jurulatih aku pun sound, lain kali kalau nak pakai sound ajer awal2. "There is no reason you shouldn't shoot today.." Satu lagi kesilapan.
Pernahkah anda mengalami perkara yang sama?


The moral from this entry is never shut your mouth when you have to speak. Especially when it is regarding your right and your responsibility, otherwise you gonna regret in this world or hereafter.

Thursday, 1 December 2005

exam

There will be another mid-sessional exam next 13-15th December. Hopefully I can do very well. Amin.

Friday, 25 November 2005

archery

Next Saturday I will participate in an archery competition at Brunel. I shoot as a member of ULU Archery Club. If im notmistaken, we are playing against Brunel University. I pray to Allah that I can achieve success in the competition. Whoever would like to watch the competition, please come and support my team.

Saturday, 19 November 2005

update: lecture on friday

First of all I would like to thank to all visitors and my friends for your support and concern about my problem in previous entry, friday prayer vs. lecture. Alhamdulillah your suggestions are very useful. Sometimes I did not attend the lecture and sometimes I attend it. Eventhough I attended the lecture, I never miss a Jum'ah Prayer. Since the clock changes (DST over) I do not have that problem anymore, because I can go to a mosque at Euston to pray at 12.30.

Wassalam.

Friday, 18 November 2005

rojak

Assalammualaikum.
Dua bulan lebih telah berlalu sejak kembali dari Malaysia. Macam2 yang berlaku dalam kehidupan ini. Bermula dengan lepak2 kat umah Ngocop dan rakan2 di Newcastle, kembali ke London masuk rumah baru, start 2nd year , puasa sampailah raya. Kalau nak kira banyak juga nak tulis. Tapi memandangakan sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja2 lain, makan tak sempat dan takder semangat nak menulis di sini. Bagaimana dengan keadaan korang? Mesti sibuk jugak kan, esp budak2 2nd yr.

Tahun ni aku kembali aktif dalam kegiatan koko. Thn ni aku masuk kelab memanah (sukan kegemaranku) dan kelab rifle (upgrade dari memanah). Seronok betul dapat join kelab sukan kegemaran ni. Cuma sekarang ni tak der bow set. Kalau ade rezeki nak beli lah satu set.

Sempena raya ni, kami budak2 flat 6, edgware road nak buat open house Sabtu ni. Sesaper yang rajin macam Sid sila lah datang ke open house kitorang. InsyaAllah makanan disediakan sedap2 belaka. Ha ha. Kalau tak sedap mintak maap la yer.

Wassalam

Thursday, 3 November 2005

zakat

Rukun islam lima perkara
Rukun iman enam perkara
Mari bersama menghayatinya
Marilah kita beramal bersama

Rukun islam lima perkara
Pertama mengucap dua kalimah syahadah
Kedua sembahyang ketiga berpuasa
Keempat zakat kelima naik haji

Rukun islam wajib diamalkan
Agar menjadi muslim sejati
Patuh dan taat pada Yang Esa
Barulah hidup diberkatinya

Baru2 ni ada orang bagitau kat aku pasal zakat pendapatan. Pasal zakat pendapatan, ada khilaf mengatakan patut bayar atau tidak. Walaubagaimanapun, yang kuat adalah bayar. So persoalannya adakah kita student yang disponsor untuk belajar kena bayar zakat jugak? Banyak pendapat mengatakan kena bayar zakat kerana memenuhi syarat2 sah antaranya cukup haul dan nisab serta adalah hak milik penuh. Kalau nak kira dari tahun lepas aku tak bayar lagi... Hmm apakah tindakan seterusnya??

Kalau nak kepastian berkenaan zakat ini, silalah tanya kepada mana2 guru2 agama atau pihak yang arif dalam bab ni.

Wallahua'lam.

Saturday, 22 October 2005

Ramadhan Al Mubarak

Assalammualaikum,
Lama dah tak menulis kat sini. Too busy, so many things to do. Furthermore, our house does not have internet connection yet. Ni pun pakai orang nyer wireless. He he.

Alhamdulillah sekali lagi berpeluang berpuasadi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Rahmat Allah mencurah2. Pahal berlipat ganda. Apatah lagi pada lailatul qadr. Ambillah peluang yang terbuka luas ini. Manalah tau, inilah Ramadhan terakhir dalam hidup kita.

InsyaAllah Raya nanti ramai nak turun London. So sesape yang terase nak lepak umah aku, sound lah awal2, takut tak muat. Umah kitorang bukan la besar sangat.

Tu je la. Wassalam.

Friday, 23 September 2005

Friday Prayer Vs. Lecture


Just now I checked my time table for 2nd year. I am a bit shocked to know that I have lectures at 1 - 4 pm on Friday. This is quite troublesome for me because normally Friday prayer is conducted between 1 - 2 pm. Friday prayer is obligatory and lectures is very important. I always hope that this kind of conflict would not happen, but it happens. Hmm... What should I do? Pali, my new friend who is studying in Newcastle Upon Tyne Univeristy also face the same problem and I'm sure many of you out there have encountered such problem. So please share your view for our benefit.

Wednesday, 21 September 2005

Punctuality

Semasa lepak2 kat bilik Syed Farid, tiba2 teringat pasal punctuality. Ramai di antara kita yang tidak mengamalkan sikap menepati masa. Sikap ini sangatlah tidak bagus dan aku kadang2 rasa tidak puas hati dengan orang yang bersikap begini.

Wednesday, 14 September 2005

Kembali ke medan perjuangan.

Alhamdulillah, selamat sampai ke London. Tak ada masalah sangat dekat imigresen. Boleh kata smooth saja.

Cuti kali ni berlalu dengan begitu pantas sekali. Terasa kejap sangat. Macam-macam yang aku buat. Rasanya kalau nak cerita semua mmg tak larat. Walau bagaimanapun, kalau rajin mungkin aku akan selitkan sikit2 pengalaman yang menarik dalam blog ini untuk dikongsi.

Sekarang ni kat bilik Ngocop. Minggu depan baru balik masuk rumah. Sebab tu sekarang ni merempat kat umah Ngocop.

Friday, 26 August 2005

balik kampung

akhirnya dapat jugak online. tapi kat kampung la.. kat umah tak leh connect internet lagi sebab line telepon tak pasang lagi.

akhirnya dapat juga balik kampung, lama dah plan nak balik ni, tapi sebab selalu sibuk. alhamdulillah, akhirnya hajat kesampaian.