Thursday, 14 August 2008

makhluk bebas

Manusia adalah makhluk yang paling mulia yang diciptakan Allah. Itu ayat yang aku belajar masa zaman sekolah menengah dulu. Kalau tak silap antara sebabnya adalah termasuk proses kejadian manusia itu sendiri, dilantik menjadi khalifah juga diberi akal dan nafsu. Berbeza sekali dengan mahluk-makhluk Allah yang lain, di mana mereka hanya diberikan salah satu sahaja.

Sewaktu tahun pertama dahulu, di Cardiff, Sheikh Abdul Aziz pernah kata Allah telah berikan manusia kebebasan untuk memilih. Bagi aku itu antara nikmat yang besar sekali yang Allah telah beri kepada kita. Kita diberi kebebasan oleh Allah untuk membuat kebaikan mahupun kejahatan. Atau tidak berbuat apa-apa ketika melihat kekejaman. Semuanya boleh belaka.

Tetapi kita seringkali lupa akan hakikat kebebasan itu. Ia sebenarnya adalah satu ujian. Ujian untuk melihat siapakah di antaranya yang bersikap benar dan tunduk kepada-Nya. Allah tidak memberi kebebasan ini dengan percuma. Bak kata orang putih, everything has price to pay. Harganya adalah tanggungjawab. Tanggungjawab memilih dan membuat keputusan ini bukan suateu perkara yang remeh. KIta bertanggungjawab bukan sahaja kepada makhluk, tetapi kepada Tuhan yang Menciptakan kita.

Dalam bahasa Melayu tanggungjawab itu ada dua unsur penting. Pertama tanggung, umpama menanggung beban di atas bahu. Maknanya semua benda yang kita buat, perlu dipikul oleh kita untuk diambil kira di akhirat kelak. Kemudian kita kena jawab. Jawab kepada Allah tentang segala tindakan yang telah kita ambil.

Bagi kita umat Islam yang percaya akan hari pembalasan, ingatlah bahawa setiap perkara jahat yang kita buat balasannya neraka, dan perkara baik yang kita buat adalah syurga. Oleh itu, marilah kita bertaubat kepada Allah atas segala salah dan silap yang pernah kita lakukan. Berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi. Allah amat suka hambanya yang kembali setelah melakukan dosa.

wallahua'lam.

boredom causes destruction

Human generally can't stand boredom. Every time it occurs, we feel stressed. Human needs stimulation to function. Therefore they will fill their empty heart which is the cause of boredom by doing anything. When human lost guidance, they prefer doing the unlawful or immoral stuff to satisfy their heart because it seems the most enjoyable way to get around boredom. Just find the keyword "boredom+destruction" in any search engine or video sharing site, you will find many related results and understand what I mean.

Moral of the story is, use your time wisely, never allow yourself having free time to be wasted. Otherwise you will be trapped in to destruction.

tabarruj


I had heard about TABARRUJ quite few times but I had never really understood about it since I had never listened to any talk specifically on this matter. From Google search, I found many articles said that it is a SIN. Some says it includes wearing make-up. As I am not a scholar and have never learned about this form any Ustaz, I have no authority on giving the definition and hukum. My main intention writing this topic in this article is to raise awareness and urge everyone to seek clarification about it and once we get clear idea about it, we try to prevent from commiting the sin. Wallahua'lam.

For quick reference, you can read here:
  1. www.geocities.com/pgc2670/Tabarruj_-_Ustazah_Nimat_Sidqi.pdf
  2. http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=812

Wednesday, 13 August 2008

Stressed


Arrggh!!! Dush!! Pang!!

Fresh Looks

New day, new face, new way.

Enjoy!

Tuesday, 12 August 2008

Olimpik 2008

Sukan Olimpik 2008 sudah bermula. Pelbagai jenis sukan dipertandingkan. Aku sempat menonton acara kegemaranku, memanah semalam dan ahad lepas. Memang seronok. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya ke pusingan suku akhir. Lepas ni try masuk semi final pula, kalah sikit ajer, cube lagi.

Saturday, 9 August 2008

the way forward



cool man. that's the way forward. keep up the good work!!! ;-)

spiritually low

I had a dinner with old friends in KL just now. I kind of agree with the issue brought forward by my friends that in Malaysia, we feel spiritually lower compared to while being in the UK. We we wondering why is it so? I try to reflect upon myself and realised that many things that I used to do in the UK previously is not continued or done less frequently. May Allah help me regain my spiritual strength.

true malaysia

while riding a car in KL with my friends, we had a joke about being true Malaysian.

A true Malaysian must be racist. They have no sense political of correctness in daily conversation and always relate people according to their race. Despite that, they always associate certain values or attributes to each race.

Well, may it is wrong, but I found it is quite apparent especially among the Malays within my sphere of life.

Sunday, 3 August 2008

nikmat dan ujian

Bila balik ni macam-macam nikmat dapat. Jalan-jalan, jumpa saudara-mara, mandi laut, mandi sungai dan banyak lagi benda-benda yang lama tak dapat dan tak ada di UK. Kadang-kadang terasa risau pula, apa makna semua ini, takut-takut ada sesuatu menanti di hujungnya. Maklumlah nikmat yang diberikan bukan sia-sia. Pasti ada maknanya. Semoga ianya berakhir dengan kebaikan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri

Semakin lama aku kembali ke tanah air, semakin banyak aku jumpa bukti benarnya kata-kata pepatah yag dipelajari ketika sekolah rendah dulu. ye la, di sinilah tanah tumpahnya darahku. Adik-beradik dan ahli keluarga semuanya di sini. Kalau makanan, sini lagi sedap. Mudah cari yang halal dan berkualiti. Banyak jeis pula tu. Kat sana makan chiken and chips je la memanjang. Tak sihat betul. Surau dan masjid banyak, mudah solat. Tadi semasa duduk-duduk menunggu adikku membeli air kelapa, baru perasan kat sini ujian mata kurang sikit la, alhamdulillah, muslimat yang menutup aurat lebih ramai. Tenang sikit rasanya. Mungkin tu la berkatnya duduk kat negara yang Islamnya bagus, mungkin orang lain akan kata tak betul sangat. Alhamdulillah, syukur duduk kat Malaysia.