Saturday, 21 February 2009

burung hantu

Sejak kerja ni , selalu kena keluar lewat malam. Jadi burung hantu la aku. Letih juga la kalau nak kira. Tapi kena biasakan juga sebab nanti bila dah ada tanggungjawab kena keluar juga. Kadang-kadangan cuak juga la, takut-takut sape2 kaco. Tu je cerita kerja aku masa ni

Sunday, 15 February 2009

Aku pulang dari kota, Aku dapat kereta.

Just for the record, kereta dah dapat Sabtu lepas (7 Feb @ 7 mlm). Alhamdulillah prestasi memuaskan. Minyak pulak boleh tahan la, lebih sikit dari kelisa la tapi. Apa boleh buat, keta 1.6

Friday, 23 January 2009

Duniawi sungguh!

Sejak akhir-akhir ini aku disibukkan dengan urusan kerja sahaja. Apatah lagi ketika menggalas tugas tambahan sebagai penghulu. Memang menarik dan mencabar. Tapi kedang-kadang terasa sedikit terkilan kerana terlepas peluang untuk menghadiri majlis-majlis pengisian rohani dek keletihan, kesibukan, mahupun kemalasan induced by keletihan dan kesibukan tadi. 


Alhamdulillah, semalam sempat juga join program kat Balai Islam di ILSAS. Pengisian malam semalam ada sedikit kelainan, iaitu penceramah cuba membawa majlis pengisan berdasarkan konsep usrah. Pengisian adalah berdasarkan sebuah buku yang selalu di gunakan dalam usrah, iaitu Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah karangan Fathi Yakan. 


Bila disebut pasal usrah, terasa sayu di hati apabila mengenangkan sudah lama aku tidak hadir usrah, lebih-lebih lagi sejak kepulangan ke Malaysia. Macam-macam alasan dan halangan. Antaranya dek kesibukan kerja. Bila pikir-pikir balik, terasa seolah-olah duniawi sahaja yang dikejar. Hu hu. Usrah ni lain dari kuliah atau ceramah. Dalam usrahlah ada peluang untuk taaruf, tafahum dan takaful yang lebih baik. Malah suasana yang informal dan amalan diskusi membuatkan para peserta berasa sangat selesa. Yang paling aku miss, adalah ukhwah sesama ahli usrah. Teringat kemeriahan dan kemesraan yang terjalin dalam usrah di Lapworth Court, LSE, UCL, Barons Court, Edgware Road, Prayer Room IC, Bayswater, Point West dan merata-rata lagi. Macam mana geng usrah aku tu sekarang... Harapnya ok.


Dalam sesi usrah semalam, penceramah memberikan sedikit pengenalan kepada buku tersebut dan menerangkan tanggungjawab kita, muslim sebagai pendakwah. Setiap muslim bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam semampu yang boleh. Dalam kerja dakwah ni kita kena buat amar makruf dan nahi munkar. Tidak boleh fokus kepada amar makruf sahaja, tetapi meninggalkan nahi munkar. Contohnya suruh orang buat baik tapi orang rasuah tidak ditegah. Memang ramai orang tak kisah kita suruh buat benda baik, tapi ramai akan benci bila kita larang buat benda tak elok. Itulah lumrah di jalan dakwah ini. Macam manapun kena buat.


Sejauh manakah kita menghayati (internelize) mesej ini? Bagi diri yang sering lupa ini, mesej semalam sangat bermakna. Apapun, ini adalah fasa transisi, masih banyak lagi benda yang perlu dipelajari. Sememangnya dunia kerja dan dunia pelajar amat berbeza sekali. Bak kata Wan Aimran, lama-lama nanti tahulah macama mana nak mengganti kerseronokan yang hilang itu dengan cara baru.

Suasana usrah yang tipikal kat kolej dulu-dulu. Gambar hiasan ini diciplak dari blog Muscom KYUEM.




Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Wednesday, 21 January 2009

shortcut, bypass, cut corners

Minggu ini aku tidak bekerja di pejabat atau site, tetapi aku menghadiri kursus teknikal di ILSAS. Setelah menghadiri kelas Transmission tadi, aku perasan satu sikap yang common di kalangan kita, yang kadang-kadang mendorong ke arah pelanggaran undang-undang iaitu suka buat kerja ikut shortcut. Nak cepat punya pasal, macam-macam prosedur yang dilanggar, kadang-kadang sanggup bagi rasuah semata-mata mahu dapat kelulusan yang cepat. Kalau di zaman persekolahan dulu, senior-senior selalu potong queue, dalam hati memang panas membara tengok mereka yang langsung tak hormat orang lain beratur lama-lama nak ambil makanan.

Dalam kerja yang melibatkan volltan tinggi, keselamatan adalah perkara yang paling utama. Segala posedur yang dibuat adalah demi memastikan keselamatan para pekerja sentiasa terjaga. Malangnya sebahagian daripada pekerja, tidak mengendahkan faktor keselamatan ini kerana menganggap mereka sudah berpengalaman dan selama ini mereka selamat, maka tidak mungkin akan terjadi apa-apa terhadap mereka. Risau sungguh aku. Kalau silap langkah, hangus dibuatnya.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Tuesday, 20 January 2009

bebanan di atas bahu ini kian bertambah rasanya

Sejak masuk ke alam pekerjaan ini, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Selain menjalakan tugas sebagai Eksekutif Pelatih, aku juga telah dipertanggungjawabkan untuk mengepalai sekumpulan manusia seramai 85 orang. Jika dibandingkan, secara relatifnya tentulah tidak sebesar mana. Tapi ia amat mencabar bagi aku. Lebih-lebih lagi sudah lama tidak buat kerja-kerja menguruskan manusia ni. Selama beberapa lama ini aku jadi orang bawah aje. He he.

Sedikit sebanyak agak culture shock. Terpaksa memenuhi permintaan dan expectation dari orang di atas dan di bawah. Dalam menjalankan tugas ni, kadang-kadang buat silap juga. Kadang-kadang down sikit. Apapun jika dilihat dari sudut yang positif, inilah peluang bagi aku untuk belajar dan batu loncatan bagiku untuk melangkah lebih jauh lagi.

Semoga dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan di group ini dapat membantu aku memberikan yang terbaik.

p/s: bagi yang tak faham sorry la....


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Thursday, 15 January 2009

manusia itu unik

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini, aku bertemu dengan manusia yang bermacam ragam. Ada yang bagus, ada yang biasa, dan ada yang menyedihkan. Apabila selalu bersama mereka yang optimis, bersemangat untuk merobah dunia, berdedikasi dan saling mengasihi antara satu sama lain, aku merasakan semua orang di dunia ini macam tu. Tapi sebenarnya, hanya segelintir sahaja yang bersikap sedemikian. Sedih pun ada apabila menyedari hakitkat ini. Ini bermakna kerja-kerja untuk mencapai apa yang aku impikan lebih sukar. Betapa benar kata-kata Anak Alam, bahawa dalam keadaan tertentu adalah hopeless, tak boleh mengaharap perubahan akan berlaku. Maka apakah yang harus aku lakukan? Wajarkah aku tunduk kepada situasi semata-mata?


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Saturday, 10 January 2009

mengubat penyakit

Kalau doktor kerjanya mengubat penyakit orang, kerja aku adalah mengubat penyakit benda-benda ni:
Photobucket

Photobucket

Rukun kerja pula jangan lupe:

Photobucket
Niat mesti betul. Kalau tidak letih je keje.

notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.

Tuesday, 6 January 2009

Gaza

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Siapa sahaja yang melihat aksi si jahanam itu pasti akan marah, geram, sedih dan macam-macam lagi perasaan yang tak dapat diungkapkan di sini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka di sana. Semoga kemenangan jatuh ke tangan orang-orang Pelestin. Bersabarlah wahai saudaraku!!!

Saturday, 3 January 2009

tanggungjawab dan hasil

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Sejak kerja ni, bertambahle tanggungjawab aku. Masa pun banyak di gunakan untuk kerja. Nasib baik sekarang hari bekerja berkurang kepada 5 hari sahaja seminggu. Kalau tak mesti letih gila. Tapi sejak kerja ni, aku rasa kurang produktif. Bila cuti, nak rehat sahaja. Tak mahu buat benda-benda lain. Betullah kata Amar, kalau kerja ni, rasa rugi sangat nak buat benda lain selain rehat bila dapat cuti. Masa tak kerja dulu, macam-macam dibuat. Pernah berazam kononnya nak mengekalkan produktiviti seperti masa tak kerja, tapi sampai hari ni tak dapat capai lagi. Susah juga ni...

Setakat ni kerja-kerja selain sbg engineer berimbun-timbun. Semuanya menanti untuk disiapkan. Tu belum kahwin lagi, kalau kahwin macam mana la pula ye. Semoga diberi kekuatan untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. 

Tuesday, 30 December 2008

kehidupan di alam baru

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Macam biasa bila berpindah dari satu alam ke alam yang lain (aku merujuk kepada alam kehidupan dalam konteks kehidupan duniawi) ni memang ada macam-macam adjustment kena buat. Bila masuk fasa kerja ni, zaman2 untuk bersenang-lenang seperti zaman pelajar dah tak ade lagi. Macam-macam benda kena piki. Kalau dulu tak ada kereta tak ada hal. Tapi sekarang dah kena cari kereta, kalau tak tak boleh buat kerja. Maklumlah sistem pengangkutan Malaysia sampah. Duit yang dijanjikan untuk dilaburkan untuk pengangkutan pula, sampai hari ni tak dengar berita, apa plan macam mana nak digunakan untuk memperbaiki dan membangunkan sistem pengangkutan awam.

Tengah confuse nak beli kereta apa ni. Of course nak beli entry level je. Mahal-mahal tak mampu bro. Banyak pula kereta harga lebih kurang sama. Tengok2 GEN-2 CPS juga spec power. Tah le, mana nak amik ni...

Tuesday, 23 December 2008

Penerapan nilai-nilai islam dan amal Islami dalam pejabat

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Sewaktu zaman belajar, ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu sering menekankan aspek mengamalkan cara hidup Islam terutamanya dari segi solat berjemaah. Selain itu kesedaran untuk menyebarkan Islam kepada sesama muslim dan bukan Islam juga sering diterapkan. Aku lihat ramai juga rakan-rakan yang bersemangat berdakwah sewaktu di zaman pengajian. Sedikit sebanyak aku juga terpengaruh, alhamdulillah.


Apabila masuk ke alam pekerjaan, aku dapat melihat banyak perbezaan dari alam pengajian dahulu. Dalam suasana bekerja, aku dapat bergaul dengan macam-macam jenis manusia dari pelbagai latarbelakang, usia dan pangkat. Malah dalam kerja ini, ia menuntut diri ini untuk membuat keputusan dengan segera. Oleh yang demikian cabaran pun berbeza. Boleh kata lebih sukar.


Teringat perbualan dengan beberapa rakan-rakan yang sudah bekerja. Salah satu observation kami adalah kebanyakan orang tidak mengambil berat akan solat. Sebahagian dari mereka adalah dari golongan yang sudah berusia. Yang sedih lagi, ada yang hebat dalam bidang kerjayanya, tapi tidak langsung pedulikan solat, walaupun rakan sekerja yang lain sudah ke masjid untuk solat. Sungguh menyedihkan. Macam mana nak berkat rezeki kalau macam tu.


Aku cuba berfikir sebagai seorang bos, apakah peranan yang harus aku mainkan apabila menghadapi situasi begini. Apakah cara yang terbaik yang aku boleh gunakan untuk mengajak mereka. Setakat ini aku masih lagi blur. Apabila aku bertanya kepada Amar tentang bagaimana caranya untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai islam di tempat kerja, dia ada meyatakan bahawa mungkin aku boleh megambil pelajaran dari kertas kerja yang dibuat oleh Mus. Aku baca article dia menarik juga. Orang Barat pun boleh setuju, bagaiman dengan Muslim?


Sewaktu kerja juga, pendirianku ini sering teruji. Kadang-kadang nak elak bersalaman dengan bukan mahram tak termampu. Lebih tidak selesa, bila orang yang disalam itu muslim. Kalau kat UK dulu senang saja kata sorry, kat sini susah pula. Kadang-kadang hairan juga kenapa boleh jadi begini. Kalau difikirkan, kenapa harus takut kepada manusia, adakah kerana pangkat sahaja kita mengorbankan kepercayaan kita kepada Allah dengan melanggar syariat-Nya.  Jika difikirkan dengan mendalam, bahaya sungguh kerana mungkin boleh merosakkan iman juga. 


*sorry kali ini agak berserabut. letih kerja. nak spend masa lama, self proof read pun tak larat.