By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.
Sewaktu zaman belajar, ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu sering menekankan aspek mengamalkan cara hidup Islam terutamanya dari segi solat berjemaah. Selain itu kesedaran untuk menyebarkan Islam kepada sesama muslim dan bukan Islam juga sering diterapkan. Aku lihat ramai juga rakan-rakan yang bersemangat berdakwah sewaktu di zaman pengajian. Sedikit sebanyak aku juga terpengaruh, alhamdulillah.
Apabila masuk ke alam pekerjaan, aku dapat melihat banyak perbezaan dari alam pengajian dahulu. Dalam suasana bekerja, aku dapat bergaul dengan macam-macam jenis manusia dari pelbagai latarbelakang, usia dan pangkat. Malah dalam kerja ini, ia menuntut diri ini untuk membuat keputusan dengan segera. Oleh yang demikian cabaran pun berbeza. Boleh kata lebih sukar.
Teringat perbualan dengan beberapa rakan-rakan yang sudah bekerja. Salah satu observation kami adalah kebanyakan orang tidak mengambil berat akan solat. Sebahagian dari mereka adalah dari golongan yang sudah berusia. Yang sedih lagi, ada yang hebat dalam bidang kerjayanya, tapi tidak langsung pedulikan solat, walaupun rakan sekerja yang lain sudah ke masjid untuk solat. Sungguh menyedihkan. Macam mana nak berkat rezeki kalau macam tu.
Aku cuba berfikir sebagai seorang bos, apakah peranan yang harus aku mainkan apabila menghadapi situasi begini. Apakah cara yang terbaik yang aku boleh gunakan untuk mengajak mereka. Setakat ini aku masih lagi blur. Apabila aku bertanya kepada Amar tentang bagaimana caranya untuk memupuk dan menerapkan nilai-nilai islam di tempat kerja, dia ada meyatakan bahawa mungkin aku boleh megambil pelajaran dari kertas kerja yang dibuat oleh Mus. Aku baca article dia menarik juga. Orang Barat pun boleh setuju, bagaiman dengan Muslim?
Sewaktu kerja juga, pendirianku ini sering teruji. Kadang-kadang nak elak bersalaman dengan bukan mahram tak termampu. Lebih tidak selesa, bila orang yang disalam itu muslim. Kalau kat UK dulu senang saja kata sorry, kat sini susah pula. Kadang-kadang hairan juga kenapa boleh jadi begini. Kalau difikirkan, kenapa harus takut kepada manusia, adakah kerana pangkat sahaja kita mengorbankan kepercayaan kita kepada Allah dengan melanggar syariat-Nya. Jika difikirkan dengan mendalam, bahaya sungguh kerana mungkin boleh merosakkan iman juga.
*sorry kali ini agak berserabut. letih kerja. nak spend masa lama, self proof read pun tak larat.
1 comment:
true. wonder why is it harder to be muslim and practicing in a muslim community.
Post a Comment