Sunday, 19 February 2006

free


Alhamdulillah. Sekarang ni agak free. Baru sahaja habis mid-sessional test semalam. Harap-harap ok la.

Sempena free ni, mari kita menghayati maksud surah al-Asr.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran.

Berapa lama masa yang kita gunakan untuk buat amal soleh. dan berapa lama juga kita gunakan buat benda2 tak paedah. Macam mana solat kita, wal waktu ke lambat2. Jemaah ke sorang2? Muhasabahlah diri kira, moga2 dapat perbaiki diri agar menjadi insan yang dikasihi Allah.

ABN

Friday, 3 February 2006

English

I realised that my english communication skill has dropped. Lately I couldn't speak as fluent as I was in the end of 1st yr (eventhough my english is not superb). I wonder why is it? Maybe because I speak Malay too much and don't think in english anymore. He he. Something has to be done. Ok, let's improve ourself!

Tuesday, 24 January 2006

Mari membaca hadith

Abu Malik Al-Asha'ri R.A quoted the prophet p.b.u.h as saying: " There are in Paradise mansions, the exterior of which can be seen from its exterior, designed by Allah s.w.t for those who provide food (to needy, are polite in talk, and observe the Tahajjud prayer when people are asleep"

Reported by Imam Ahmad, Ibn Hibban, At-Tirmidi and At-tabrani. Source: Description of Paradise from the Quran and Authentic Sunnah, Waheed Abdussalam Bali, Al-Firdaus Ltd, London.

Amacam? Mari kita berlumba-lumba mengejar syurga Allah.

Monday, 23 January 2006

rajin dan malas



'Rajin' dan 'malas' adalah rakan karib yang sentiasa menemani hidup ini. Adakalanya diri ini terasa sangat seronok, bersemangat, rajin bekerja, belajar atau buat apa sahaja. Cepat sahaja siapkan perkara yang mahu dilakukan. Namun demikian, malas pun nak juga bersama diri ini. Oleh itu kadangkala si 'rajin' terpaksa mengalah. Bila 'malas' bersamaku, apa pun tak jadi. Mahu melepak sahaja. Maka rugilah pada masa itu. Segala tanggungjawab terabai. Akhirnya bertimbun-timbun beban yang kena pikul.

Muhammad Yusuf berkata, " teruskan perjuanganmu walaupun terasa malas. Jika tidak, kelak kau kan mennyesal tak sudah." Maka diri ini, dengan insafnya menerima kata kata itu dan cuba mengamalkannya. Ayuh, mari kita teruskan perjuangan ini walau pelbagai halangan menunggudi hadapan.

Si ABN.

Friday, 6 January 2006

Sibuk

Assalammualaikum. Im very busy lately. 3 lab reports to be done plus other business. I d'ont think I can spend much time updating this blog. Taraa...

Sunday, 4 December 2005

what to do

Sometimes when I want to do something, I have so many choices.

Sometimes every option looks has the same weight. Sometimes one option is more appealing than the other. Sometimes the less important look lot more appealing than the important one.

I dont know which one I should choose. Normally I would do the one I like most first or sometimes I just dont do anything.

Hm... Susahnyer. Camner nak buat ha? Any help?

Friday, 2 December 2005

stand up and speak up!

Kadang2 bila ada perkara yang aku perlu cakap, tegur atau tanya, aku hanya diam. Biar sahaja ia berlalu tanpa melakukan perkara yang sepatutnya.

Khamis lepas, aku terasa nak minum kopi. Maka aku pun pergi ke Coffee Republic untuk membeli kopi. Aku lihat pada papan tanda, ada tertulis "Cuppucino & Latte £1.85". Memandangkan itulah yang agak murah berbanding yang lain, maka aku pun mintak "One Small Cuppucino and Latte"."One Cuppucino and Latte?". "Yeah", jawab aku . Lalu cahsier pun berkata "3.70 pound please". Dengan kehairanan aku terus membayar 3.7 kepada cashier itu, walaupun sepatutnya aku bayar 1.85 kerana aku piki "Cuppucino & Latte" in special mix kat kedai tu so sebab tu mahal sikit. Setelah itu, cashier itu mengambil 2 cawan kopi lalu melabel dengan huruf C dan satu cawan lagi huruf L. Maka pada saat itu tahulah aku bahawa aku tersalah buat oder. Oleh itu, akupun terpaksa habiskan 2 cawan kopi itu. Akibatnya aku belanja lebih dari apa yang aku budget dan petang tu aku terasa tak ngantuk tapi badanku terasa sangat letih.

Hari ni pulak aku gi latihan kat kelab Rifle. Sepatutnya aku kena pakai jaket untuk menembak, tapi jaket tu ada kat orang lain. Setelah dia selesai menembak, aku tunggu lama gila baru dia bukak jaket tu. Masa tu barulah aku mintak jaket kat dia. Bila dah siap pakai, aku pegi kat lapangan sasar, aku dapati tak leh tembak dah sebab aku dah lambat. Aku terasa sangat hampa, 2 jam menunggu giliran menembak tapi tak dapat. Jurulatih aku pun sound, lain kali kalau nak pakai sound ajer awal2. "There is no reason you shouldn't shoot today.." Satu lagi kesilapan.
Pernahkah anda mengalami perkara yang sama?


The moral from this entry is never shut your mouth when you have to speak. Especially when it is regarding your right and your responsibility, otherwise you gonna regret in this world or hereafter.

Thursday, 1 December 2005

exam

There will be another mid-sessional exam next 13-15th December. Hopefully I can do very well. Amin.

Friday, 25 November 2005

archery

Next Saturday I will participate in an archery competition at Brunel. I shoot as a member of ULU Archery Club. If im notmistaken, we are playing against Brunel University. I pray to Allah that I can achieve success in the competition. Whoever would like to watch the competition, please come and support my team.

Saturday, 19 November 2005

update: lecture on friday

First of all I would like to thank to all visitors and my friends for your support and concern about my problem in previous entry, friday prayer vs. lecture. Alhamdulillah your suggestions are very useful. Sometimes I did not attend the lecture and sometimes I attend it. Eventhough I attended the lecture, I never miss a Jum'ah Prayer. Since the clock changes (DST over) I do not have that problem anymore, because I can go to a mosque at Euston to pray at 12.30.

Wassalam.

Friday, 18 November 2005

rojak

Assalammualaikum.
Dua bulan lebih telah berlalu sejak kembali dari Malaysia. Macam2 yang berlaku dalam kehidupan ini. Bermula dengan lepak2 kat umah Ngocop dan rakan2 di Newcastle, kembali ke London masuk rumah baru, start 2nd year , puasa sampailah raya. Kalau nak kira banyak juga nak tulis. Tapi memandangakan sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan kerja2 lain, makan tak sempat dan takder semangat nak menulis di sini. Bagaimana dengan keadaan korang? Mesti sibuk jugak kan, esp budak2 2nd yr.

Tahun ni aku kembali aktif dalam kegiatan koko. Thn ni aku masuk kelab memanah (sukan kegemaranku) dan kelab rifle (upgrade dari memanah). Seronok betul dapat join kelab sukan kegemaran ni. Cuma sekarang ni tak der bow set. Kalau ade rezeki nak beli lah satu set.

Sempena raya ni, kami budak2 flat 6, edgware road nak buat open house Sabtu ni. Sesaper yang rajin macam Sid sila lah datang ke open house kitorang. InsyaAllah makanan disediakan sedap2 belaka. Ha ha. Kalau tak sedap mintak maap la yer.

Wassalam