Friday, 15 October 2004

Gamble!

Rabu- Jam menunjukkan pukul 5.15 dan aku sedang berada kat bilik. Dalam fikiran ku, aku berfikir samada nak gi Fresher's Dinner anjuran FOSIS atau tak. "Homework banyak gak. Revision pon tak buat lagi. Tapi kalau gi best gak. Dapat rapatkan ukhwah ngan student2 kat London ni."



Konflik

Susah gak nak buat keputusan. Then aku pon bukak kom cari dak London yg online. Apu online so aku tanya dia nak gi ke tak? Dia tak gi sebab jauh. Susah gak tak der geng nak gi sane. So aku tanye lak dak IC. Katanya ramai yang gi. "Hmm.. best gak kalau jumpe dak IC nih". tapi still tak pasti samada nak gi ke tak. Masalah lain, takut tempat takder (dah penuh) dan tak tahu sangat kat mana dia buat.


Akirnya pada pukul 6.00 ptg aku buat keputusan gi gak. Aku sedar akan risiko tak dapat join. Tapi kalau tak dapat join pon anggap sbg satu pengalaman jalan2 malam2 sorang2 kat kota London ni.


Best

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat sampai kat Kensington Town Hall. Aku gi kat kaunter brothers then bayar tiket masuk. Syukur kepada Allah kerana hajat nak jumpe member pon tercapai. Aku duduk kat meja budak KMYS. Antara orang yg duduk kat meja tu, Acad, Ihab, Dzaki, Izrie, Munzir dan Zamir.


Dinner start lambat sebab sebelum dinner ade talk. Banyak sangat talk. Aku yang sampai 2 jam lewat pon tak larat nak dengar. Apatah lagi member2 yang datang awal. Walaubagaimanapun, ada talk yang bermanafaat yang membawa mesej "change to be a better person" dan menyentuh aspek akhlak muslim "be kind to your neighbours" Sementara menunggu talk habis, semua stok tahan lapar aje. Tak sabar menunggu hidangan. Nasib baik nasi sedap. Boleh tambah banyak kali pulak tu.


Tak budget lepak kat IC

Malam tu aku tak balik terus ke James Lighthill House, Kings Cross (hall aku) sebab Mat Lut ajak lepak kat bilik dia. Dia duduk kat bilik single. So takder masalah aa. Hall dia ni kat Evelyn Garden. Mmg lawa la.. Kalau tak silap area tu mmg area orang kaya. Aku gi bilik Deno gak. Bilik dia mmg power. Besar dan siling tinggi. Susah nak dapat umah/bilik siling tinggi kat UK ni.


Malam tu aku tido kol 2.00. Ini semua Deno punya pasal. Tak kasi aku tido awal. He he. Jangan marah aa Deno. Kesian Matlut, terpaksa tido kat lantai sebab kasi aku tido kat atas katil. Thanks to Mat Lut for inviting me to your hall and your great hospitality.


Aku balik hall 8.00 Khamis. Naik tube. Begitulah kisah gamble aku kali ni. Terpanjang lak. He he he.....


Sekian. Wassalam.

No comments: