Monday, 11 October 2004

hampa, letih tapi berbaloi

Sebelum aku meneruskan catatan untuk hari ini, aku ingin berkongsi pengalaman yang menarik yang berlaku 2 hari yang lepas. Pada hari Jumaat yang lepas, aku takder kelas. Jadi aku pon mengambil keputusan untuk jumpe jiran lama aku yang sekarang ni ade kat London, Abg. Arif. Selepas solat Jumaat kami pon berjumpa. Abang Arif bawak aku lepak kat bilik dia pada petang tu. Kemudian, aku, Abg Arif dan Man makan malam kat Malaysia Hall . Alhamdulillah rezeki kami baik dapat kuih free. Berbaloi gak gi makan kat sane. Setelah kenyang makan kami pon gi naik bas menuju ke Paddington.


   Bila sampai kat Paddington tu, kami pon menuju ke haluan masing2. Aku pon lepaklah kat bus stop sementara bas 205 sampai. Masa aku nak duduk kat tempat duduk kat bus stop kat situ, aku nampak 2 orang laki.Sekali tengok muka ala2 Malaysian. Tapi tak sure lak. Biar jelah. Tiba2 salah sorang laki tu berkata, "kalau Subway kat malaysia ni tak laku." "orang malaysia mane makan benda2 camni", balas laki sorang lagi. Apabila terdengar diorang cakap melayu,aku pon terasa 'excited'. mana tak nye bukan senang aku nak jumpa Malaysian kat London ni. Lalu aku pon memandang diorang dan tersenyum. "Malaysia eh?"."ya"balas aku. selepas itu aku pon berkenalan lah dengan diorang. Sorang bernama Ter dan sorang lagi Shay. Bila dengar name diorang ni aku confuse. Ni melayu ke cina? Fasih pulak tu cakap BM. Diorang ni same U ngan Apu. Tinggal kat Angel.Bas 205 lalu tempat diorang gak.


   Memandangkan kitorang guna bas yang same,so kitorang pon naik bas same2. Dalam perjalanan tu aku pon sembang lagi dan tunjuk location UCL kat diorang. Bila dah sampai area hall aku, kitorang pon bersalam-salaman. Masing-masing berharap dapat jumpa lagi. Mungkin raya nanti. Dalam pada itu aku masih confuse akan name diorang ni.


Pagi Sabtu



   Walau bagaimanapon, tanpa disangka2 ketika aku tengah menuggu Dr Eshamsul kat depan hall, aku nampak afifter the terror dan shay the man berada dalam keta Dr Eshamsul. "La.. nak gi jugak ke?". Rupa2nya diorang pon nak gi Car Boot Sale. Aku tergelak teringat akan kisah malam jumaat yang kelakar itu. Lagipon tak expect nak jumpe seawal ni. Ingat time raye.


Kat CBS aku tak jumpe jaket yang sesuai. So aku ingat nak gi Oxford Street beli. Then Ter pon cakap nak gi gak. So kitoranng po set nak gi sane same2. Tapi malam tu tuka plan nak gi Liverpoool Street lak sebab sana ada Sunday Market. Banyak barang murah. Aku berharap plan kali ni menjadi sebab aku mmg perlu sgt cari jaket.

(sambung cerita asal)


Hari ni aku plan nak cari jaket kat Liverpool Street dengan Ter dan Shay. Kitorang janji nak jumpe kol 12.30 kat liverpoool Street tube station. Pada pukul 12.00 aku pon bergegas keluar naik tube takut lambat sampai kat Liverpool Street Station. Nanti susah pulak nak jumpe. Bila sampai aku tengok jam. Fuh lega, lom kol 12.30. sure diorang tak sampai lagi nih. Ok still menepati plan. Tunggu punya tunggu dah kol 12.45. Tak sampai2 lagi ni. Aku pon tunggu kat luar lak. Pastu try dapat kan no telefon diorang dari Dr Eshamsul. Tak dapat lak. Bazir 50p. Tunggu lagi...Kol 1.10. Ah sudah camner ni? Ish, kecewa aku tak dapat jumpa. Ada hal kot.. At last, i decided to go there on my own.


Kat Liverpool Street pon tak dapat jaket. Yang aku berkenan semua tak sesuai. Satu besar sangat. Satu lagi lawa je lebih. Tapi kalau pakai sejuk gak. Alang2 aku dah keluar ni, aku pon buat keputusan nak beli jaket kat Oxford Street.

Alhamdulillah akhirnya jumpe gak jaket yang elok dan agak murah kat The Officer Club. Nasib baik masa ni tengah offer. So aku dapat discount about 30%.

p/s: (Oxford Street = Jalan Tunku Abdul Rahman).


visit Ter's blog. http://afifter.blogspot.com/

2 comments:

Afif Ter said...

haha mmg menarik citer ni sebab aku terlibat sama!! apa apa hal pun sorry la abn sebab tak dapat jumpa tadi kat liverpool street... sorry sesangat

Anonymous said...

takder hal. -ABN