Sunday, 24 October 2004

jalan2.

edisi Ringkas:



Sabtu- Al kisah.... pada pagi tadi aku keluar ke Oxford Street bersama Ter buat survey line mobile phone. Kitorang spend time about 1 hour usha line mobile. Then about 11.30 kitorang singgah Waterstone. Sesudah aku selesai membelek buku dan si Ter membeli buku yang dikehendakinya, kami pon keluar menuju ke M'sia Hall untuk fiirst gathering besar2an kat London ni. Dalam perjalanan, kitorang terserempak ngan Mikel dekat2 dengan Bond Street underground station.


Kol 1.15 sampai Malaysia Hall. Solat zohor. Pastu tu tunggu budak2, tapi sape pon tak sampai lagi. Then kol 1.40 baru Lopes sampai. diikuti Iedil. Tapi lepas tu dah takder orang yang datang. Sejam kemudian baru lah budak IC sampai. Tunggu punya tunggu sampai masuk waktu Asar. So semua dak aKYUEM gi solat Asar dulu. Selepas tu barulah gerak ke Hyde Park, walaupun hujan lebat untuk bergambar.


Lepas bergambar, lepak kat Wilson House, hall of residance budak IC. Kul 5.45 gerak ke Satay house untuk berbuka puasa beramai.


Lepas tu aku gerak kembali ke Malaysia Hall untuk Solat Tarawikh. Dapat jumpa ramai orang. Budak IC, senior KMYS dan rakan2 dari U lain.


Pulang bersama Ihab dan Khairul Amilin. Naik bas 12. Bas antik. Pintu terbuka kat belakang. Leh naik turun bila2 saja. Turun kat Picadilly. Ramai gila orang. Naik Tube. Sampai umah kol 11.45.

No comments: