Thursday, 6 April 2006

Solat Sunat sblm bermusafir

Assalammualaikum. May this entry find you in the best of health and iman, insha'Allah.

Sempena Easter break ni, mesti ramai yang berjalan2. Rasa esok kiranya kita buat sedikit review pasal solat dan hal2 berkaitan bermusafir ni.

Yang paling utama, mari kita periksa niat kita berjalan2. Adakah untuk berseronok2, melihat tempat orang, nak gi tempat orang dan ambil gambar seterusnya berlagak kat orang, berkenalan dengan orang di tempat lain atau lain2. Sesungguhnya niat kerana Allah itu yang lebih baik. Kerana niat selain kerana Allah tak jadi ibadah. Dan perbuatan yang tak jadi ibadah tu hanyalah sia-sia dan tak dapat jadi bekalan di akhirat kelak.

Secondly, pastikan tujuan kita berjalan2 tidak bertujuan untuk maksiat. Satu, dosa.. Lagi satu, syarat nak solat jamak/qasar adalah musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat. Kalau tujuan maksiat mmg tak leh solat jamak la...

Rasanya sebelum kita bertolak, eloklah kita kerjakan solat sunat sebelum bermusafir. Caranya mudah sahaja. Dirikan solat sunat dua rakaat dan niatnya "sahaja aku solat sunat musafir 2 rakaat kerana Allah". Selepas solat tu berdolah... Macam biasa....


sumber: http://www.muslimdiary.com/readarticle.php?article_id=457

Kalau ada sebarang kesilapan sila betulkan.
wallua'lam.

No comments: