Sunday, 10 September 2006

Hari yang produktif

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang produktif. Pertama sekali dapat menghadiri Mesyuarat Agung Alumni KUSESS yang pertama. Seronok sekali dapat berjumpa cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang dah lama tak jumpe. Sempat juga melawat kelas lama. Seronok tengok motto kelas aku masih lagi tertampal di dinding 5 delima. motto kelas lain tak der dah. Petangnya dapat pula bermain futsal bersama-sama rakan-rakan. Sebelum balik, sempat lepas gian memanah kat padang sekolah, adelah 18 batang.



Sebelum bertemu SMamat, sempat balik ke Puchong untuk ke rumah bapa saudara. Dia buat majlis sambutan birthday anak dia. Jenguk la kejap. Meraikan sepupu dan jumpe family members.
Setelah sesat2 sikit, akhirnya sampai juga ke Cheras. Alahamdulillah, niat nak bertemu SMamat di Malaysia tercapai juga. Sebelum pulang, kami dan Mika pekena satay dan roti canai di kedai mamak.

Seronok rasanya dapat masa dapat digunakan dengan baik sekali hari ni.

1 comment:

yusuf said...

ciss, tensionnyer aku tak dapat pegi