Ya hiburan di Malaysia kini makin mengancam. Yang tersirat dan tersurat, dua-dua betul. Kualitas persembahan, setting, camera angle dan video semakin hebat. Ini terbukti dengan sokongan dan sambutan para peminat hiburan tanahair. Kalau tak mengancam masakan dapat sambutan yang hebat. Sebut sahaja apa jenis konsert. Konsert Sure heboh, Jom heboh, hadhari, merdeka... apa sahaja mesti penuh. Menangancam tak mengancam hiburan masa kini tengok akhbar nasional lah. Hinggakan berita pasal artis/hiburan boleh masuk muka hadapan....
Namun di sebalik kemajuan dalam bidang hiburan ni, ia mengancam kesejahteraan budaya, agama dan sosial masyarakat kita. Lihat sahaja iklan2 masa kini, mesti ada unsur-unsur materialistik dan menari2. Kalau tak der orang yang terkinja-kinja melompat keseronokan tak sah. Baru-baru ni masa nak gi beli baju, sorang penjual baju menceritakan bahawa trend baju terkini adalah baju Polo yang ada cap sebesar tapak tangan sebab orang tengok Mawi dan Daruk K pakai baju tu. Tengok tu... sampai baju pun diikutnya. Sebab tulah banyak syarikat suka guna artis untuk promote barang diorang. Lagi satu, aku ada tengok satu drama Puteri, intro dia "muda ni sekali saja, kena enjoy puas-puas". Bukankan itu motto barat??
Apa nak jadi dengan Malaysia ni. Mungkin inilah manifestasi kekeringan jiwa yang disebutkan oleh Abu Saif. Program agama berkurang sama sekali. Sekali seminggu sahaja.Mungkin tv9 ada lebih sikit kot... Nasib baik ada discovery channel. Boleh tambah ilmu sikit. Harapnya masa depan ada la orang yang akan buat satu tv alternatif buat masyrakat kita ni. Kat UK, US dah ada, banyak pulak tu, Malaysia bila pula?

1 comment:
Masha-Allah.
Sedihnya Islam kini dianggap sebagai tradisi.
Bukan lagi cara hidup.
Aku rasa aku pon dah rasa kesannya sendiri.
Kene suruh anak-anak kita ni banyak main permainan yang mendidik mereka dan juga suruh baca buku.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Post a Comment