Sudah lama nak tulis pasal perubahan, tapi selalu rasa macam tak sesuai. Memandangkan aku tengah free ni, tulis sahaja la...
Pernah suatu ketika aku terfikir bahawa apa ertinya bila mencecah umur 23 tahun. Dari segi matematik, ia merupakan no perdana (prime number) dan nombor ganjil. Di dalam hati ini juga sebenarnya wujud rasa ganjil. Tahun lepas, ketika berusia 22 tahun, aku tertanya-tanya, apakah bezanya antara orang yang berumur 22 dan 23 tahun. Apakah hanya terletak pada tempoh hidup di dunia ini atau ada sesuatu yang berbeza. Aku pernah bertanya kepada Zacharias apakah perasannya menjadi orang yang berumur 23 dan katanya, biasa sahaja, tiada beza apa pun.
Nampaknya aku pun rasa sama seperti dia sekarang. Tiada apa sangat. Tak rasa excited, mahupun down. Kadangkala aku merasakan aku adalah sama seperti diri aku ketika usia belasan tahun dahulu.
Sewaktu form 1, aku memandang tinggi senior-senior form 4. Diorang nampak matang, hebat dalam memimpin budak-budak sekolah dan organise macam-macam benda yang best. Bila masuk Kolej pula, respect dengan senior-senior. Begitu juga bila first year di UK, rasa hormat seniors. Tapi bila aku berada di posisi mereka, tiada apa pun. Aku rasa perangaiku dan cara fikirku sama sahaja.
Namun apa yang aku tahu, dengan bertambahnya usia, pengalamanku semakin bertambah. Bertambahnya pengalaman, semakin banyak pengajaran yang ku pelajari. Dengan bertambahnya pengajaran yang aku pelajari, sebenarnya ia telah mengubah diriku serba sedikit tanpa kusedari.
Aku masih ingat lagi ketika di bangku sekolah rendah, aku merasakan masa seolah-olah berlalu dengan begitu perlahan sekali. Tanggungjawab yang dipukul tidak seberapa. Tiada apa yang perlu aku risaukan. Kehidupan ketika itu hanya berkisar kepada benda-benda yang seronok sahaja. Main bola, kejar-kejar, dan macam-macam lagi permainan dengan kawan-kawan waktu petang. Tengok TV dan baca komik Ultraman, Flasman, Tomato man doraemon dsb.
Tapi kini, berbeza sekali. Masa bagaikan tidak cukup. Setiap kali bertemu hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat, aku terasa baru sahaja menunaikan solat jumaat sebentar tadi. Telalu banyak perkara yang aku risaukan, perlu siapkan dan tanggungjawab yang dipikul. Dalam masa yang sama aku sering mahukan perubahan, cepat bosan dengan cara hidup rutin. Selalu berharap akan perkara-perkara yang aku concern akan berubah menjadi lebih baik.
Aku terfikir, apakah aku akan menjadi orang yang sukakan perubahan selamanya? Mungkinkah suatu hari nanti aku adalah orang yang bencikan perubahan pula?
Maaflah kalau blog aku ini terlalu self-centered. Mungkin korang tak concern pun apa yang aku tulis ni. Tapi sebab blog ni blog aku, aku tulis ajerla apa yang aku suka, hehe.
No comments:
Post a Comment