Thursday, 15 November 2007

Mari bercinta

Rilek-rilek. Jangan cuak bro. Aku sengaja menulis tajuk di atas bagi menarik perhatian anda untuk membaca tulisanku kali ini.

Aku ingin berkongsi sedikit pandanganku tentang sebuah buku yang sangat popular dikalangan rakan-rakanku. Jika dilihat review yang dibuat oleh para pembaca pun, rata-rata memberikan komen yang sangat positif.

Ramai yang memuji karya Habiburrahman ini. Tetapi aku tidak tahu sejauh manakah benarnya kata-kata mereka dan agak ragu dengan kebenarannya. Padaku, mungkin ia menarik bagi sesetengah golongan tapi bukan untuk aku.

Kata orang don't judge a book by its cover. Tapi aku tak dapat mengelak daripada menjadi judgemental. Aku tertanya-tanya kenapakah penerbit menggunakan gambar perempuan western sebagai cover. Kata novel dakwah tapi... ai. Namun setelah membaca aku faham dan dapat menerimanya.

Aku berikan 5 bintang kepada buku ini. Secara ringkasnya pace cerita sangat baik. Ia tidak terlalu laju mahupun perlahan. Sederhana sahaja. Aku suka baca buku macam ini. Kalau terlalu perlahan, aku akan cepat bosan dan mungkin akan berhenti separuh jalan sahaja. Plot cerita disusun dengan rapi sekali. Tidak melompat-lompat tak tentu pasal. Dengan itu, aku dengan mudah mengikuti cerita dari awal hingga akhir. Oleh kerana cerita ini berkisar tentang kehidupan seorang pelajar, ia begitu dekat sekali dengan hatiku. Dengan mudah aku dapat membayangkan apa yang disebutkan. Banyak pengajaran yang diselitkan. Yang menariknya nasihat-nasihat diselitkan dengan bagitu rapi sekali sehinggakan sekiranya anda hanya ingin melihat dari segi bahasa can cerita saja tanpa mahu berfikir tentang nasihat pun, cerita dalam buku ini cukup indah. Bagiku penulis cuba memberi pengajaran kepada pembaca dengan begitu halus sekali. Aku kagum dengan watak-watak dalam cerita ini. Semuanya mempunyai watak yang kuat dan mempunyai keperibadian yang tinggi.

Memandangakan aku membaca versi Bahasa Melayu, aku merasakan gaya bahasa yang digunakan agak mudah dan cair sedikit. Tidak sehebat sepertimana yang digembar-gemburkan. Apapun aku bukan pakar bahasa. Penilaianku mungkin salah.

Aku sangat suka buku ini. Sedikit sebanyak meberi inspirasi kepadaku. Banyak pengajaran yang harus aku ambil dan amalkan. Jika dibandingkan aku Fahri, watak utama, aku hanyalah insan kerdil. Setelah selesai membaca aku berasa sangat gembira. Inilah kepuasan membaca buku cerita. Aku sering katakan bahawa membaca buku yang bagus umpama menonton movie yang best. Ia lebih panjang cuma.

Oleh yang demikian, belilah buku ini atau pinjamlah buku ini dan seterusnya bacalah. Moga mendapat manafaat. Sangat sesuai bagi yang sedang bercinta, moga jadi panduan.

1 comment:

sy@feq said...

salam...abn, buku ni dah lama dah kuar, ade lagi karya terbaru akh habiburrahman, tajuk die 'ketika cinta bertasbih'... skrang ni aku dah baca separuh, mmg superb arr..