Thursday, 15 November 2007

St Pancras

Sejak aku mempunyai seorang flatmate yang belajar di universiti yang sama, aku selalu menjalankan kegiatan merapatkan ukhwah (bonding-bonding kata orang muda zaman sekarang) setiap hari Rabu petang. Sebenarnya tak banyak kali sangat pun. Baru dalam dua tiga kali.

Minggu ini kami membuat keputusan untuk melawat Stesen Keretapi St. Pancras. Kebetulan juga hari tersebut merupakan hari pembukaan stesen tersebut. Buat pertama kalinya orang awam dibenarkan masuk ke stesen tersebut setelah sekian lama menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf. Mulai semalam, semua keretapi Eurostar ke Paris akan bertolak dari Kings Cross, tidak lagi Waterloo.

Lawatan kami diserikan lagi dengan kehadiran seorang lagi ahli rumah, Khairul. Aku berasa sangat gembira kerana dia begitu bersemangat sekali bersusah-payah bergerak dari Imperial Kolej untuk meluangkan masa bersama-sama melawat steseten keretapi yang penuh dengan sejarah itu.

Setibanya kami di sana, kelihatan sudah ramai yang ada di sana. Kebanyakan mereka adalah serupa seperti kami, ingin melihat rupa stesen yang baru dibuka. Ramai yang kagum melihat stesen baru itu. Aku juga kagum melihat kebesaran stesen itu terutamanya bumbung 'arch' yang sangat besar itu. Kelihatan ramai wartawan dan jurugambar sedang membuat liputan tentang setesen yang baru dibuka itu. Kami juga tidak melepaskan peluang untk mengambil gambar kenang-kenagan sempena hari pertama stesen itu dibuka.

Kami habiskan banyak masa di sana dengan bersantai-santai sambil menikmati keindahan senibina bangunan lama tersebut. Tahniah diucapkan kepada arkitek stesen keretapi tersebut kerana pandai menggabungkan rekaan zaman dulu dan zaman moden dengan baik sekali. Semuanya kelihatan begitu harmoni sekali.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Kenapa stesen ini begitu istimewa sehingga ramai yang ingin melihat stesen ini? Bagiku, perkara yang paling istimewa bagiku adalah kerana ketika aku baru menjejakkan kaki ke bumi London dahulu, aku sering melalui kawasan stesen tersebut. Ianya cantik tapi dilitupi dengan scaffolding. Kelihatan kerja-kerja pembinaan giat dijalankan dan sebahagian daripada kawasan menjadi sempit kerana beberapa bahagian jalan terpaksa ditutup sehingga menyebabkan jalan selalu sesak. Selain itu pemandangan agak berserabut.

Seorang abang di UCL pernah memberitahu aku bahawa suatu hari nanti, stesen itu akan menjadi stesen baru untuk keretapi laju ke Paris menggantikan stesen Waterloo. Mendengar cerita beliau, aku berasa excited untuk melihat hasilnya kelak. Namun, ketika itu aku memikirkan bahawa aku tidak akan sempat melihat stesen baru itu kerana menjangkakan ia akan mengambil masa yang sangat panjang. Mungkin setelah aku pulang ke Malaysia baru dibuka. Tepati semalam, aku berkesempatan melihat stsen itu dibuka buat kali pertama pada dekad ini. Alhamdulillah.


No comments: