Setelah beberapa minggu pulih daripada peristiwa pencuri merosakkan basikalku, komputer aku pula buat hal. VGA output failure dan juga serangan virus. Sepanjang minggu lepas, banyak masa dihabiskan untuk mengenal pasti punca kerosakan dan membaiki komputerku yang sudah tua ini. Namun, jika difikirkan semula, tidak bijak sungguh tindakan aku. Aku seharusnya tidak mengambil serius terhadap perkara-perkara kecil sedemikian tetapi mengutamakan kerja-kerja lain lebih tinggi priority nya.
Aku berasa tertekan dan sedih juga apabila berada dalam keadaan sedemikian. Namun, dalam kesedihan itu, ada orang mengingatkan aku bahawa semua ini ujian. Ya, betul katanya. Aku teringat bahawa Allah takkan membiarkan hamba-Nya mengaku beriman tanpa diuji. Maka aku perlu bersabar dan redha dengan keadaan yang menimpa diriku.
Kadang-kadang aku terfikir, apakah salahku. Maksudku, adakah ini disebabkan tiada keberkatan dalam hartaku atau ianya merupakan ujian semata-mata. Takut juga aku, kalau-kalau itu merupakan tanda-tanda harta tak berkat. Kalau tak silap, berkat tanda Allah redha. Apalah ertinya sekiranya hidup di dunia kalau Allah tak redha.
Namun aku tetap percaya setiap perkara ada hikmahnya. Mungkin juga ini satu merupakan peringatan dari Allah supaya aku lebih dekat kepadanya. Dia ingin memberi petunjuk kepadaku sebenarnya hatiku masih lagi ada kecintaan kepada dunia.
Di dalam usaha mencari solution kepada masalah yang aku hadapi, aku telah belajar sedikit sebanyak tentang computer display dan juga mengenali operating system, ubuntu. Aku sangat suka melihat visual effect dalam ubuntu. Suatu hari aku akan install OS Ubuntu dalam kumputerku.
2 comments:
“Tiada suatu musibah pun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah , dan barangsiapa yang beriman kepada Allah , nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (HR Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Apa pun yang, menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” (HR Muslim)
%% from mudzamir
Jazakallah di atas peringatan yang diberikan.
Post a Comment