Pada hari Khamis lepas, 20 Mac, sambutan maulidur rasul di MSD diadakan dengan jayanya. Mawlid tahun ini membawa sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Tiada sebarang ceramah daripada ustaz, sebaliknya aktiviti kali ini lebih santai dan pelbagai. Majlis dimulakan dengan membaca sepotong ayat al-Quran dari surah Muhammad diikuti pelbagai aktiviti seperti persembahan nasyid oleh Soutus Salam, pembentangan oleh pelajar-pelajar, kuiz, deklamasi puisi, nyanyian nasyid oleh kanak-kanak dan charity auction. Ustaz Erfino telah meminta aku dan sahabat2 untuk membantu beliau dalam menganjurkan majlis tersebut. Ustaz telah menugaskan aku untuk jadi MC. Ini merupakan pengalam pertama jadi MC. Alhamdulillah dapat di uruskan dengan baik. Satu pengalaman yang sangat berharga. Tahniah kepada sahabat2 yang turut membantu menjayakan sambutan Mawlid. Terima kasih juga kerana sudi melibatkan diri terutamanya saudara Hazwan yang sudi membuat pembentangan dan saudara Wan Aimran yang sudi mengarang sebuah puisi yang begitu menarik sekali. Semoga usaha kita diberkati Allah.
Photos courtesy of Wan Aimran.
Photos courtesy of Wan Aimran.







No comments:
Post a Comment