Friday, 13 June 2008

di Stockholm

Setelah berkali-kali di ajak oleh saudara Mat Lut, akhirnya dapat juga aku mencari peluang dan ruang untuk untuk datang ke bumi Stockholm. Sekarang aku berada di biliknya sambil menggunakan komputer IBMnya sementara menunggu waktu solat subuh masuk.

Sebelum aku menjejakkan kaki di sini, kadang-kadang terasa agak keberatan untuk keluar dari UK kerana takut-takut duit tak cukup dan masa tak kena. Perasaan begini agak biasa buat aku setiap kali sebelum keluar berjalan, he he. Setelah berbincang dengan Mat Lut dan berjaya mencari tiket murah, ku bulatkan hati untuk datang ke Stockholm. Walaupun aku hanya baru sampai sehari sahaja, ternyata keputusan untuk keluar London adalah suatu yang tepat. Pemandangan dan suasana di sini amat berbeza sekali. Sungguh tenang dan rumah-rumah di sini lebih berwarna-warni berbanding UK.

Aku berjumpa Mat Lut di stetsen keretapi bawah tanah Radhuset. Aku berasa sungguh gembira apabila dapat bertemu dengan bekas room mate 2 tahun ni. Semenjak dia pindah ke Stockhom kami hanya berhubung di alam maya sahaja kecuali sekali sahaja jumpa pada bulan November lepas. Kini, dapat juga aku bersua muka di tempat dia belajar. Kemudian Mat Lut membawa aku pergi makan kebab dekat dengan masjid. Banyak cerita yang dikongsikan bersama sepanjang perjalanan tadi. Sebagai seorang tourist guide berjaya, Mat Lut juga telah banyak memberikan penerangan dan bercerita tentang Stockholm ni. Aku agak impressed dan tertarik.

Esok, tak tahu lagi nak pi jalan mana. Tengoklah mana yang sesuai.

No comments: