Tuesday, 22 July 2008

Aku kecewa dengan sistem pengangkutan awam di negaraku

Bukan WMF sorang sahaja yang tak puas hati dengan sistem pengangkutan di Malaysia, aku pun sama. Malah aku yakin semua pengguna lain turut berasa tidak puas hati. Kalau diikutkan hati, tak nak naik langsung sebab selalu sesak macam tin sardin, tapi disebabkan terpaksa, di gagahkan jua. Kesesakan ini pasti menimbulkan banyak masalah seperti tidak selesa, pengguna terpaksa menghirup udara yang berbau tidak enak, memberi lebih peluang untuk menyeluk saku dan gangguan seksual. 



Ni kat Jepun, Harap satu hari nanti tak jadi la kat Malaysia


Ni lagi lawak, sungguh mengejutkan!

Tak kira bas, LRT mahupun keretapi semuanya sesak. Ini jelas menunjukkan kapasiti pengangkutan awam sedia ada tidak dapat menampung bilangan pengguna yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga minyak ini. Tidak cukup dengan itu, LRT dan bas selalu tak cukup. Kadang-kadang pengguna terpaksa menunggu trip yang seterusnya untuk naik. Kalau kat Putra LRT tu ada dua gerabak sahaja yang disediakan bagi satu trip. Sedangkan platform mampu menampung 4 buah gerabak.  Kenapa begitu? Tak cukup duit ke? Mustahil! KTM Komuter pula lembab. Connectivity pula teruk, kadang-kadang tak ada bas penghubung dari satu tempat ke tempat lain, maka susah nak bergerak. Kalau hal ini berterusan, aku yakin orang akan meninggalkan pengangkutan awam dan kembali menggunakan kenderaan sendiri.

Setahu aku kerja-kerja merancang dan mengurus pengangkutan awam ini kerja pembuat dasar dan pemimpin negara. Aku sungguh tak faham macam mana perancang bandar buat kerja sampai masalah macam ni boleh timbul. Apakah mereka tidak menyangka bilangan orang yang menggunakan pengangkutan akan bertambah dari tahun ke tahun? Dr. M dulu kata nak jadikan negara kita negara maju pada tahun 2020, tak kan unsur yang penting yang bagi sesebuah negara maju yang simple macam ini pun tak boleh nak rancang.  Ramai orang komplen bahawa jalan raya di negara kita ini di reka untuk accomodate kereta sahaja, tak pernah ambil kira penggunaan bas. Bila hadapi masalah kesesakan berlaku, jalan dilebarkan tapi bas tak ditambah. Bila jalan sedap dipakai, orang akan bertambahlah ramai pakai kereta,  akhirnya jadi kesesakan teruk, tak selesai juga masalah. 

Terkenang aku akan betapa bagusnya sistem pengangkutan ketika di UK dan Sweden dulu. Dari segi harga tiket memang agak mahal sikit tapi sesuailah dengan pendapatan mereka yang agak tinggi. Bagi yang kurang mampu pula, diskaun diberikan. Contohnya diskaun diberikan kepada kanak-kanak, pelajar, orang yang dapat social benefit (i.e. miskin) dan warga emas. Kad Oyster (Macam touch n go di Malaysia) di perkenalkan di London pula sangat praktikal. Ia boleh digunakan di mana-mana tak kira tube, bas, train mahupun bot asalkan dalam London. Dari segi kebersihan, memang kat London banyak sampah la, tapi mereka sentiasa ada cleaner yang akan mememastikan kebersihan berada di tahap yang sepatutnya. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, aku simpulkan kalau nak galakkan orang naik pengangkutan awam kerajaan kena:
  1. Pastikan semua kemudahan pengankutan awam dapat di capai dengan mudah bagi penduduk di semua kawasan terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi.
  2. Strategi harga yang menarik.
  3. Sistem tiket yang seragam, dimana orang ramai boleh menggunakan satu tiket untuk menaiki semua pengangkutan awam tak kira jenis.
  4. Perkenalkan sistem tiket mengikut zon.
  5. Pastikan semua pengakutan ini menepati masa terutamanya rail services.
  6. Kekerapan yang tinggi agak orang ramai tak perlu menuggu lama.
Mungkin ada beberapa perkara lain yang aku tak ingat nak masukkan. Kalau korang ade idea tambah la, jangan segan2. 

Tak rugi invest dalam pengangkutan awam ni. Ekonomi berkembang, rakyat gembira, pelancong juga suka. 



Ni baru made in Malaysia!

No comments: