Disebabkan selalu sangat dengar, tiba-tiba aku terfikir bahawa bentuk expression ini agak unik dan agak ketara dalam masyarakat di Malaysia. Jika dibandingkan ketika di UK dulu, agak jarang mendengar expression begini. Mungkin ada, tetapi aku sahaja yang tidak perasan.
Bagi aku expression ini memberi erti atau sebagai lambang kepada kebuntuan apabila menghadapi sesuatu keadaan atau masalah. Dari satu segi, agak bagus jugak sebab ini menunjukkan sifat redha ketika menghadapi malapetaka yang ada dalam diri masyarakat kita. Cuma kalau berlebihan, tak kena tempat, tak betul juga. Sebab kadang-kadang kita gunakan expression ini sebagai alasan untuk defend diri sendiri apabila gagal menyelesaikan sesuatu masalah. Aku pun selalu buat macam tu sebenarnya. Sepatunya kalau menghadapi kebuntuan dalam menyelesaikan masalah, sebenarnya kita perlu mencuba mencari kaedah lain kerana mungkin kaedah yang biasa kita gunakan tidak sesuai lagi.
1 comment:
nak buat macam mana. Sikap manusia mmg macam tuh. hehehe..
Post a Comment