Thursday, 28 August 2008

bye bye UK

Setelah pelbagai proses yang dilalui dan usaha yang dibuat, maka, hari ini aku memutuskan untuk tidak pergi kerja ke UK tahun ini, memandangkan terlalu banyak kesan dan beban yang perlu ditanggung sekiranya aku pecah kontrak. Mungkin 3 tahun akan datang aku boleh mencuba nasib untuk keluar pula. Mengambil nasihat daripada rakan-rakanku, mungkin ini yang terbaik buat diriku. Kadang-kadang apa yang kita fikirkan baik untuk diri kita itu sebenarnya tidak baik dan seballiknya.

Maka sekarang ni aku perlu buat perancangan baru. Tentukan career path. Ada juga terpikir masuk dunia akademik semula, tetapi setelah baca beberapa panduan, terasa berat pula, sebab kena banyak menulis dan membaca, pecah kepala otak. Tapi freedom sebagai ahli akademik memang tiada bandingan dengan pekerjaan dalam bidang industri. Apapun sekarang ni kena fokus pasal kerja kat msia pula. Piki apa yang terbaik. Barang-barang yang masih lagi tertinggal kat sana pula kena di hantar pulang segera la nampaknya.

No comments: