Sunday, 21 September 2008

Keberkatan

Belajar satu benda tentang erti keberkatan. Cara mudah untuk faham erti keberkatan adalah dengan melihat perkara-perkara berikut:
yang sempit dirasakan lapang
yang sikit dirasakan banyak
yang pendek dirasakan panjang
yang susah dirasakan senang
Lawan bagi berkat adalah tidak berkat bukan? Maka simtom-simtomnya pula adalah sebaliknya. Bila tau pasal ni barulah faham kenapa kadang-kadang masa banyak tapi rasa tidak cukup sahaja atau rasa semua benda keperluan hidup cukup-serba lengkap, tapi hati masih tak tenang. Maka tidak hairanlah apabila melihat orang yang hidup serba kurang tapi hati tetap senang. Mungkin itulah jawapan bagi maksud happiness yang dicari-cari oleh masyarakat barat. Aku selalu terjumpa dalam buku-buku di mana masyarakat Barat yang hidup mewah sering melahirkan rasa kagum apabila melihat orang Arab Badwi yang hidup serba ringkas tapi hati mereka cukup tenang.

Berdasarkan pemahaman aku, kunci keberkatan adalah ikhlas. Oleh itu kalau nak hidup ni berkat, ita hendaklah melakukan perkara-perkara yang disukai Allah sahaja. Perkara-perkara yang dibenci mesti ditinggalkan. Bila Allah sayang kat kita, Allah akan campakkan ketenangan di hati-hati hamba-Nya. Bila hati tenang, hidup susah pun rasa senang. Itu la dia berkat. Jadi tanya balik kepada diri sendiri, pernah tak rasa hidup ni macam tak berkat? Kalau ye mesti ada benda tak kena tu. Maka cubalah perelokkan apa yang patut.

Mungkin apa yang aku tulis ini agak simplistik dan bunyi macam bagus je. Tapi sekurang-kurang diharapkan dapat memberi manafaat kepada kita.

No comments: