Teringat satu mp3 yang aku dengar pasal muslim identity. Penceramah itu mengatakan bahawa remaja Muslim zaman sekarang sedang mengalami krisis identiti. Di mana kita dapat lihat bahawa remaja Muslim sekarang kebanyakannya seolah-olah tidak tahu macam mana nak bawa diri dia. Dari segi cara penampilan, cara bercakap, cara pergaulan, amalan seharian dan ibadah. Ramai yang beranggapan bahawa cara hidup barat lebih cool dan mereka menjadikan selebriti sebagai role model. Mereka lebih mengenali ikon2 barat berbanding tokoh2 sejarah Islam.
Ramai orang kata remaja ni merupakan satu fasa kehidupan yang sangat-sangat ____ (tak tahu nak letak istilah ape, pilih sendiri la ye). Tapi apa yang penting darah muda, selalu suka memberontak dan suka meniru. Maka peranan role model adalah sangat penting dalam membentuk keperibadian seorang remaja. Secara sedar atau tidak, sikap dan cara pembawaan diri kita memang dipengaruhi oleh orang yang kita kagumi dan minati. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi remaja untuk memilih role model yang betul. Kalau salah langkah, buruk padahnya.
Role model yang terbaik bagi kita Muslim adalah Rasulullah. Pada diri baginda terdapat uswatun hasanah, contoh terbaik. Kehebatan baginda diiktiraf oleh kawan mahupun lawan. Baginda bukan sahaja contoh menjadi contoh dari segi ibadah, malah segala bidang! Nah, kalau dah ade contoh yang terbaik, kenapa mahu memilih yang lain? Kalau pilih yang inferior tu, boleh lah diumpamakan seperti orang yang di beri pilihan Ferrari dan Kancil, dia pilih kancil aje. Tak cukup dengan itu, kita ada sahabat2 nabi yang hebat2 belaka. Mereka ini diibaratkan seperti bintang-bintang di langit yang menerangi lagit malam yang gelap. Pilihlah mana satu tentu tak sesat. Kan kita biasa dengar, orang guna bintang untuk navigate di zaman kompas belum digunakan lagi, macam tu la. So kalau nak jadi student, businessman, panglima tentera, ketua negara, pakar bahasa dan sebagainya, semua ada contohnya pada sahabat nabi.
Akhir kata, kita sebagai ramaja Muslim, sepatutnya menghayati apa itu erti menjadi seorang Muslim dan menghargai keislaman yang dikurniakan kepada kita. Bagaimana? Dengan cara emulate cara hidup nabi dan para sahabat dalam kehidupan. Moga-moga kita diredhai Allah dan mendapat rahmat-Nya.
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment