"Entah lah, mungkin saya tak keje kat Malaysia... Saya dapat offer keje kat UK. Mungkin saya akan keje kat sana" kata aku dengan penuh harapan. Aku sedar agak sukar untuk kembali bekerja ke UK terselit kerana ada ikatan kontrak dengan penaja di Malaysia. Di samping itu, terselit sedikit kegembiraan kerana dapat offer kerja di sana.
Namun kini, setelah mendapati ia hanya tinggal harapan, bukan kenyataan aku terfikir kembali. Kenapa aku begitu yakin ada jalan untuk melepaskan diri dari ikatan kontrak itu?
"Poyo sungguh!" kata aku kepada diri sendiri apabila teringat kata-kata yang sering aku ungkapkan kepada rakan-rakan apabila mereka bertanya tentang kerja... Hu hu hu.
No comments:
Post a Comment