Sunday, 26 October 2008

Keseimbangan dan keadilan

Semalam sempat berbicara dengan Wan Sah tentang sejarah pembinaan masjid di kawasan rumahku. Aku menceritakan kepada dia, bahawa tapak masjid yang baru di bina itu pernah di tuntut oleh kumpulan agama lain untuk dijadikan tempat ibadat bagi mereka walaupun sebenarnya telah diwartakan sebagai tapak masjid. Jika jawatankuasa pembinaan masjid lambat ditubuhkan, maka sudah pasti tanah tersebut akan menjadi milik kumpulan agama tersebut kerana tidak ada siapa yang mempertahankan status tanah tersebut dan hilanglah tempat untuk membina masjid. Alhamdulillah, akhirnya masjid itu selamat di bina dan sekarang pelbabagai aktiviti pembangunan dan pemakmuran masjid sedang giat dijalankan.

Hasil daripada perbincangan kami, aku sedar bahawa ini merupakan satu isu yang nyata dan sering berlaku yang terpaksa kita hadapi dalam kehidupan dalam masyarakat yang majmuk ini.
Secara ringkasnya persoalan-persoalan yang timbul adalah seperti berikut:
  1. Masing-masing mahu membina tempat ibadat masing-masing. Apabila tempat terhad, persaingan akan berlaku. Masalah akan timbul apabila ada pihak yang bertindak agresif.
  2. Adakalanya pembinaan yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya menimbulkan perlbagai masalah serta menyebabkan wujudnya prasangka terhadap sesebuah agama.
  3. Apakah orang bukan Islam perlu dinafikan haknya untuk membina tempat ibadat masing-masing? Sedangkan dalam sejarah Islam, kita dapat lihat, di Palestin misalnya, masjid dibina berdekatan dengan gereja sahaja, tiada masalah. Jika pembinaannya dihalang, sudah pasti menimbulkan ketidakpuasan hati dan menajadi satu ketidak adilan kerana hak mereka telah diabaikan. Islam sebenarnya melindungi hak-hak orang bukan Islam, dimana ia membenarkan orang bukan Islam mengamalakan agamanya seperti yang dialakukan sejak dahulukala lagi.
  4. Timbul kerisauan di kalangan umat Islam apabila rumah ibadat orang bukan Islam semakin banyak. Seolah-olah Islam menjadi tidak menjadi dominan lagi dan takut umat Islam ada yang lari dari Islam.
Tidak dinafikan bahawa perkara ini merupakan perkara yang sensitif dan mudah disalah gunakan untuk membakar semangat perkauman dan menimbulkan huru-hara. Walau bagaimanapun, ia mesti di hadapi oleh masayarakat kita. Aku amat tertarik untuk mendegar komentar dari para pembaca. Sila tuliskan pandangan anda dalam blog ini.

1 comment:

Anonymous said...

Saya memang benar-benar berharap agar ada pemimpin di peringkat nasional yang berani mencabar masyarakat Islam di Malaysia agar menerima rumah ibadar agama lain dibina di sebelah masjid mereka, agar kita dapat kenal-mengenali antara satu sama lain, dan agar dakwah dapat dilakukan dengan berkesan.

Walaupun pembinaan rumah-rumah ibadat agama lain di Kelantan tidak rancak, namun kami bersyukur kerana punya seorang pemimpin yang mampu memberikan kesedaran (walaupun sedikit) bahawa hak orang lain perlu dihormati, termasuklah dalam pembinaan rumah ibadat.

Dalam pada itu, saya dengan ini menyeru agar saudara-saudara seagama di luar sana agar tidak begitu 'sensitif' dengan setiap perkara yang boleh 'di-sensitif-kan' dan kadang-kadang langsung tidak perlu menjadi isu. Islam menghormati kebebasan beragama, dan hak ini perlu ditegakkan oleh setiap Muslim. Isu sensitiviti tidak seharusnya wujud di tempat yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang ingin 'membawa agama' kerana amal perbuatan mereka akan memberikan kesan kepada imej Islam.

Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu.