Monday, 20 October 2008

Pengajaran hari ini

Kadang-kadang menepati janji yang mudah menjadi sukar. Terutamanya apabila keputusan/janji di buat dalam kekalutan. Sebagai orang yang bertanggungjawab membuat janji untuk bertemu seseorang malam tadi, aku telah membuat kesilapan dengan mengabaikan janji tersebut dan tidak membuat sebarang tindakan susulan kerana mengikut orang lain ke tempat lain. Aku tidak sepatutnya bertindak demikian. Seharusnya, aku mengingati janji tersebut dan menerangkan kepada orang lain yang kurang tahu akan janji temu yang telah dibuat agar tidak mengbah rancangan di saat-saat akhir. Kasihan dia, dah lah dia bawak adik dia, tentu menyusahkan dia.

No comments: