Sepanjang pengamatanku, terutamanya sejak pulang ke Malaysia ini, aku lihat pendekatan politik di Malaysia ini lebih kepada berorientasikan isu kaum dan agama. Jarang sekali isu-isu masalah negara samada ekonomi, sosial, pendidikan, perancagan bandar dan sebagainya dibincangkan secara matang di media, di kalangan parti politik apatah lagi orang ramai. Aku hairan adakah dengan hanya menumpukan tenaga dan pemikiran dalam bab kaum dan agama akan menjadikan negara kita maju dan bebas dari segala macam masalah yang timbul. Perlukan kita mengubah pendekatan politik yang diamalkan ini? Jika ya, bagaimana?
5 comments:
memandangkan negara kita negara berbilang kaum nak atau tidak kita terpaksa berdepan dgn hal2 ni stiap hari..secara realitinya menghandle politik/sosioekonomi n sbgnya di negara multiracial sgt susah..jgn dicompare suasana sihat politik di negara2 lain yg satu kaumnya yg kadang2 begitu kita cemburui..bagi aku jika diberi pilih antara kemajuan yg kita ada sekarang yg kita akui byk disumbang oleh berbilangnya kaum(cina) aku lebih rela memilih negara yang lebih mundur tapi biarlah satu kaum saja(bukan bersikap racist disini) tp begitulah hakikatnya..just my 2cents
bismillahirrahmanirrahim,
isu bangsa dan agama tidak semestinya harus menjadi satu penghalang kepada penyelesaian permasalahan di peringkat nasional atau negara.
samada kita suka atau tidak, komposisi kaum di negara kita memang secara instrinsiknya pelbagai dan berbilang jenis.
justeru, isu bangsa dan agama akan menjadi salah satu aspek yang perlu didepani dalam sebarang perbincangan atau pemikiran ilmiah mengenai hala tuju politik negara.
oleh itu, cabarannya adalah bukan untuk melenyapkan terus aspek bangsa dan agama ini, tetapi mencari jalan untuk menggunakan aspek ini bagi membina semangat kesejagatan yang dapat memacu negara ke hadapan dan membentuk kekuatan bagi menghadapi segala permasalahan yang melanda.
sekiranya penduduk malaysia menjadi negara sebangsa atau seagama sekalipun, itu tidak akan bermakna tiada permasalahan lain yang akan timbul.
sekiranya semua penduduk bukan melayu atau bukan Islam dihalau dari malaysia dan negara dikhaskan hanya untuk orang melayu dan islam sekalipun, ianya tidak akan menghentikan perbalahan dan perpecahan intra-kaum dan intra-agama.
the bottom line is that you do not avoid problems by eliminating peoples or things that are unlike yourself or that you do not agree with - more so in the current globalized world.
wallahu'alam.
Lihat Pakistan. Sebuah negara yang diwujudkan semata-mana untuk mewujudkan sebuah bangsa yang homogenous, bangsa yang beragama Islam. Apa jadi sekarang?
communal politics..in a multiracial country at malaysia we can not avoid that. seperti yg kita bley tengok, kebanyakkan parti politik di malaysia berasaskan kaum. umno, mca, mic dan pelbagai lagi. parti2 politik ini membawa pebezaan ideologi kerana setiap kaum mempunya perbezaan kemahuan. byk lagi nk diulas tapi kesuntukkan masa..minta maaf!Allah lebih mengetahui..
I don't think you get the clear picture. I totally not agree with you. Come on la, open you eyes!
Politic not that ugly, people like you make it dirty.
Please remember the basic principle of politic, make a research if you need to.
Akubetul.com's Short Talk
Post a Comment