Monday, 13 July 2009

Clear vision

Setiap hari kita inginkan kehidupan yang lebih baik. Si pejalan kaki mengidamkan sebuah kereta. Kemudian dia berjaya mendapatkan sebuah Proton Saga. Dirasakan Proton Saga tak cukup selesa, dia berangan-angan pula untuk memiliki sebuah Bimmer. Selepas itu, nak pula jet persendirian. Tak cukup kapal di udara, nak pula kapal layar.

Itulah yang menjadi impian dan cita-cita bagi kebanyakan daripada kita di dunia ini. Tetapi dunia ini sementara sahaja. Kenapa kita melupakan kehidupan yang abadi? Bukankah ia terlalu hampir? Apakah kita tidak mahu mencapai sesuatu yang indah di sana? Oleh yang demikian, kenapa tidak mahu memperbaiki amal, wahai insan?

Para sahabat nabi, kenal benar akan syurga. Seolah-olah ia berada di hadapan mata mereka. Malah tidak kurang ramai yang sanggup berjihad kerana rindukan bidadari yang menanti di akhirat sana.

Berbeda dengan kita, kita tahu akan adanya syurga dan neraka. Tapi tak tahu pun macam mana indahnya syurga itu. Maka tertipu dengan dunia yang disangkakan sebagai syurga. 

Marilah sama-sama kita timba ilmu, mudah-mudahan dipertingkatkan iman dengan bertambahnya ilmu di dada.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

2 comments:

maie said...

Terima kasih abn. Aku agak 'terkesan' dgn ayat "Bukankah ia terlalu hampir?". Hampir kepada kemusnahan, akhirat, kematian dsb. Teruskan menulis.

Nurul said...

yer2x, betul...sal tu perlu ada matlamat yg bawa pd kejayaan dunia dan akhirat....life is SHORT!