Thursday, 23 July 2009

Sedikit perkembangan


Kesibukan di tempat kerja

Tidak banyak perkara yang mampu aku muatkan didalam blog sejak akhir-akhir ini. Malah masa senggang pun semakin berkurangan. Semua ini gara-gara terlalu banyak kerja di pejabat dan di site. Isnin dan Selasa lepas aku bekerja siang dan malam. Letih sikit la, tapi tak stress sangat sebab dah biasa dan juga dapat claim, he he.

Balik kampung

Alhamdulillah, sempat juga balik kampung berjumpa tok dan wan weekend lepas. Aku balik dengan menumpang Pal Lang. Ayah dan emak sudah balik lebih awal. Sempat membantu ayah mengait dan mengutip buah rambutan dekat belakang rumah wan. Masa kecil-kecil dulu selalu juga main-main di kawasan itu. Kejar-kejar ayam, bakar sampah dan macam-macam lagi. Sewaktu tiba, Pak Su, dan Mak Ndak pun ada. Seronok rasanya dapat berjumpa mereka semua. Alhamdulillah, sangat puas melihat muka tok dan wan gembira. Makan tengah hari di kampung sangat sedap. Dengan ikan dan udang yang segar dimasak resepi ala utara yang sememangnya sudah menjadi kegemaranku serta suasana kampung yang mendamaikan membuatkan aku bertambah berselera makan. Alhamdulillah, sangat best. Esoknya aku pergi ke pejabat dengan rasa yang sangat gembira dan bersemangat.

Buku cerita

Sedang aku mengemas meja kecil di bawah, dekat rumah, tiba-tiba aku jumpa buku cerita milik adikku. Buku novel itu bertajuk Ketika Cinta Bertasbih. Selalu dengar juga tajuk buku ni. Tapi mula-mula tak tergerak sangat nak baca, sebab aku bukan minat sangat buku-buku jiwang ni. Hu hu. Tapi out of curiosity, kenapa ramai sangat orang suka baca buku ni, aku pun terus baca. Best juga la. Macam-macam cerita menarik yang ada. Tapi sayang, dia buat dwilogi, bila habis satu buku, kena buku buku episod dua pula untuk mengetahui penghujung ceritanya.

Bila guna masa untuk membaca buku ni, baru sedar betapa banyaknya masa sebenarnya yang boleh digunakan untuk membuat perkara-perkara yang berfaedah. Kalau asik duduk depan komputer, melayan facebook, blog dan lain-lain masa memang jadi singkat.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

1 comment:

Me said...

buku a new earth pun best by ekhart telle...^_< tapi bukan jiwang ar