Hari ini aku pulang dari tempat kerja agak lewat sedikit. Selepas berbuka, terasa mengantuk dan letih. Memandangkan R&R Jejambat Sg Buloh sudah dekat, aku pun singgah di sana untuk melelapkan mata dan merehatkan badan buat seketika. Aku tak mahu mengambil risiko memandu di dalam keadaan yang mengantuk teramat. Keadaan jalan raya yang sangat sibuk, gelap malam dan jalan yang tidak lurus amat membahayakan kalau memandu dalam keadaan sedemikian.
Setelah badan kembali segar, aku pun meneruskan pemanduanku ke rumah. Apabila tiba di tol booth, aku pun membayar tol. Petugas muslimah bertudung di situ memberikan baki seraya berkata " terima kasih". Gayanya begitu sopan sekali, lantas aku membuatkan aku terfikir, kasihan sekali dia tidak dapat mengerjakan ibadah solat Tarawikh di masjid secara berjemaah pada waktu itu kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga tol. Bukan dia seorang sahaja, malah ramai lagi orang yang sepertinya. Sejak bekerja dalam bidang industri ni, aku nampak ramai juga yang sebenarnya yang tidak berpeluang untuk meraikan ramadhan di masjid kerana kekangan kerja. Doktor, jurutera, pekerja kilang, polis, bomba, dan ramai lagi.
Seharusnya kita memanafaatkan peluang dan ruang yang ada dengan sebaik-baiknya. Bersyukurlah sekiranya anda mempunyai masa untuk beribadah di Bulan Ramadhan ini. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Jangan malas, kelak menyesal. Ye lah, orang yang mahu beribadah, tidak berpeluang, kita yang ada kelapangan pula tak mahu beribadah, tak ke rugi tu?
4 comments:
betul tuh..kalau jaga projek lagi byk keje malam...alhamdulillah ...
al-qiyamu fardhu al-kifayah afdhal min qiyami fardhi al-'aini.
dlm satu kitab ada dicatat sebuah athar tentang perbualan yang akan terjadi di hari Kemudian:
Seorang syuhada yang telah sampai ke pintu syurga ditahan oleh Malaikat. Kata Malaikat, mengapakah kamu mahu masuk ke dalam syurga? Kata syuhada, aku telah memperjuangkan agama Allah dan mati kerananya, maka aku dijanjikan balasan syurga. Kata Malaikat, bagaimana kamu tahu? Kata syuhada, ada seorang ulama memberitahu sebegitu. Kata Malaikat, maka sayugialah kamu menunggu hingga ulama itu masuk dahulu.
Bila sampai sang ulama, maka perbualan diatas berulang semula. Kata ulama, aku telah mengabdikan hidupku untuk agama Allah, maka aku juga dijanjikan syurga. Kata Malaikat, tidaklah dapat kamu beribadat dan menunjuk ajar manusia kecuali dengan khidmat orang yang dermawan. Maka sayugialah kamu menunggu hingga yang dermawan itu masuk dahulu.
Maka masuklah dermawan yang berkhidmat itu diikuti oleh sang ulama dan kemudiannya oleh sang syuhada'.
Berkata tuan guru yang mulia Syeikh Nuh Ha Mim Keller, daripada gurunya Syeikh Abdur Rahman as-Saghouri, sesiapa yang tidak berkhidmat maka tidak akan menerima khidmat. (those who do not serve will not be served) i.e. sesiapa yan tidak beramal di dunia tidak akan merasai nikmat layanan di dalam syurga.
Maka berbahagialah orang-orang yang meniati khidmatnya kerana Allah sedang manusia lain tidak mengetahui tentang khimat yang dia lakukan.
Wallahu ta'ala a'lam bi as-sawab.
nnydd
nnydd:
saya tak paham...maksudnya lebih kurang macam ni ke...kita tak boleh menjadikan apa yang kitahu tu tuk beribadat ke???
kiranya tak boleh cited dari mana2 ulamak atau dengar cakap orang walaupun betol...?
~husayn
:)
ok, maksudnya begini... janganlah terasa kalau kita tiada ilmu agama atau tidak berkesempatan melakukan apa yang pada zahirnya ialah ritual agama seperti bersolat dsbnya itu menjadikan kita keluh kesah dan rendah diri, kerana pengertian ibadat itu sangat luas sampaikan perkara-perkara yang bersifat duniawi seperti kerja sebagai engineer, doktor, dsbnya itu bolkeh bertukar menjadi ibadah dan bersifat deeni juga dengan sebab niat yang baik.
kisah yang disebut diakhir komen di atas adalah menunjukkan bagaimana seorang yang zahirnya duniawi (seorang hartawan dermawan) boleh mancapai martabat yang lebih baik daripada dua orang yang melakukan perkara deeni jika Allah mengkehendaki menaikkan martabat hamba-hambaNya yang ikhlas dengan rahmat dan kasih ihsanNya.
wallahua'lam bi as-sawab.
nnydd
Post a Comment