Pernah suatu ketika aku belajar di UK dahulu, terjadi satu peristiwa yang agak mengejutkan. Suatu hari, aku membuka peti sejuk di rumah, sambil mencari mentega untuk memasak. Setelah menyelongkar compartment barang-barang di pintu peti itu terjumpa satu ketulan yang kelihatan seperti mentega. Tetapi appearance nya agak berbeza, pembalutnya sedikit lain, kertas putih sahaja. Setelah di baca labelnya, rupa-rupanya itu Lard. Terkejut sakan aku, apatah lagi sudah suku digunakan/dimakan. Sapelah yang bertuah makan benda ni, sah-sah tak tahu apa itu lard. Setelah itu aku pun membuat pengumuman kepada ahli rumah bahawa benda ini tak boleh makan dan terus aku buang.
Ok berbalik kepada topik asal. Selepas peristiwa itu, aku cuba surf internet untuk mencari lebih banyak maklumat tentang lard. Terjumpa satu artikel tentang penggunaannya di dalam pembuatan perfume. Ia digunakan dalam kaedah yang dipanggil Enfleurage Teknik ini menggunakan lemak untuk mengekstrak wanginan.
Terfikir banyak juga perfume di pasaran. Macam mana nak kenal yang mana satu halal. Emak pernah cakap nak beli perfume masa pergi UK haritu, tapi setelah aku bagitau perkara tersebut, dia pun tak jadi beli. Cuma aku rasa mesti ada yang boleh pakai kan.
Apapun hukum memakai wangi-wangian bagi perempuan perlu diperhatikan. Kena cek la jenis apa, bau macam mana yang boleh digunakan dan dalam situasi macam mana boleh dipakai. Aku pernah dengar beberapa kali tentang hadith yang mengatakan wanita yang memakai perfume itu . Takut sekali kalau ahli keluarga terjebak dalam kehinaan seperti itu.
Al-Tirmidhi Hadith 1065 Narrated by Abu Musa
Allah's Messenger (saws) said: 'Every eye is lustful, and when a woman applies perfume and then goes about in an assembly, she is like such and such, i.e. an adulteress.'
Wallahua'lam
4 comments:
salam
nak tanya, salah ke kalau pakai minya wangi yg tak halal?? cth kalau minya wangi tu ada kandungan lard pun, adakah sama hukumnya ngan minya wangi yg ada alcohol??
buat masa ini saya masih lagi tak dapat mengeluarkan hukum. tapi setakat baca-baca tu, adalah batasan yang perlu dijaga, jangan sampai orang lelaki terasa makhsyuk dengan bau itu. Walaubagaimanapun, lebih baik rujuk kepada yang pakar. Menulis untuk mencetuskan semangat ingin tahu.
lard tu daripada babi.
minyak wangi kalau sumber haram maka jadilah haram.
minyak wangi kalau dibuat dari perkara yang haram walaupun dibeli dengan duit halal, tetap juga haram.
pakai apapun (kereta, baju, pen, tie) kalau niat salah, maka disisi ahli taqwa, jatuhlah haram.
products that derive from pig is widely used. lard is been used for centuries in making soap,food products, perfume..
kalau perfume, yg tertulis eau de parfum (edp) ikut fahaman saya mmg ada lard, jika tertulis eau de toilette(edt) mengandungi alkohol.. lard digunakan supaya bau wangi pefume tu tahan lebih lama. sbb tu bau wangian edp tu tahan lebih lama pada pakaian..
just wanna shares some info..
Post a Comment