Hikmah mendengar ceramah Sheikh Yusuf Al-Qaradawi . Biarpun tiba lewat, gara-gara keputusan untuk pergi ke Masjid Shah Alam dibuat saat-saat akhir, dapat juga aku berdiri dekat kawasan mimbar, dapat melihat bahagian sisi Sheikh secara live, Alhamdulillah. Pada mulanya aku kira tak dapat hadir, kerana urusan di rumah ini terlalu banyak, tetapi teringat ketika di UK dulu, kalau sheikh besar turun, biar sesibuk mana, pasti akan cuba hadir mendengar ceramah mereka. Maka seharusnya semangat yang sama diaplikasikan di Malaysia ini. Alhamdulillah, ceramah yang sangat mantap. Beliau berucap dengan penuh semangat. Bila beliau menyentuh akan hakikat muslim mesti hidup berjemaah, hatiku tersentuh, sudah lama aku meninggalkan arena itu. Bilakah agaknya aku boleh kembali ke dunia itu?
Dikejutkan pula dengan pertemuan ramai orang yang dikenali terutamanya rakan-rakan seperjuangan. Rata-rata melahirkan rasa gembira sambil mengucapkan tahniah. Kemudian kami makan malam bersama di kedai Pelita. Ditemani Riz dan Salim. Malam yang sungguh istimewa. Hampir sahaja dapat minum bersama Nik Nazmi, tetapi mungkin dia sibuk, tak dapat hadir ke Pelita ketika itu.
Tidak rugi bagi mereka yang mengajakku ke ceramah ini, dapat merasai nikmat masa, biarpun singkat, terasa lama, produktif, mungkin itulah berkat.
Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com
No comments:
Post a Comment