Wednesday, 12 March 2008

Pilihan Raya dah abis...

Pilihan raya sudah pun selesai. Corak politik negara telah berubah sama sekali. 5 negeri telah jatuh ke tangan Barisan Rakyat. Perasaanku bercampur baur ketika menerima berita tersebut. Seronok melihat perubahan yang berlaku di tanah air, teruja untuk melihat apakah perubahan yang bakal berlaku di negara yang ku cintai dan juga berdebar-debar memikirkan bagaimanakah mereka akan melaksanakan perubahan yang dijanjikan.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Masa untuk memperbetulkan sistem yang telah lama rosak. Namun, apakah benar mereka yang selama ini berjuang membela nasib rakyat benar-benar tulus niatnya atau sekadar alasan untuk meraih undi bagi medapatkan kuasa. Semoga yang wakil rakyat baru ni benar-benar melaksanakan tugas sebagai WAKIL kepada RAKYAT dalam merealisasikan harapan rakyat dan tidak terkesan dengan SC4 effect.

Monday, 10 March 2008

Quote of the year

Bila ditanya oleh wartawan, beliau menjawab:

Tak po lah... kita tengok yang apa yang jadi nanti.


Power2

Saturday, 1 March 2008

Two Ss

After praying Isya', I ponder upon myself and try to think what makes me like what I am today. Sometimes it seems to me that I'm not happy with myself or other things. In other occasion, I feel hopeless. Suddenly I realised that my heart is lacking of sakinah (bliss).

Why? I said to myself may be there is something wrong with the way I see myself or things around me. Then I tried to look things around me. My table, my books, my rack and my monitor. I have everything I need. Everything seems fine. In fact, I might be more well equipped than others. Then, what makes me unhappy and unproductive. I wonder what are the factors that makes me unsatisfied with myself?

Then I realised that I'm lacking in syukr and sabr. This two Ss are what I always overlook in life. Busy with life, makes me forget to thank Allah, and be patient with His test.

Allah gives me good eyesight so that I can enjoy seeing things around me, good health, and good living. This is indeed a great gift. How many people in this world are living in worse position than mine? This made me feel very humble in front of Him and I should be grateful to Him for all this nikmah He gives me. Realising this somehow made me feel content and happy again.

Besides that life is a test. Facing the tests, requires ones to be patient. Patience allows ones to have control on himself. Only those who has patience will be successful in life. Oh Allah, how far I am from being patient while facing Your test.

Alhamdulillah. What a feeling. I feel very happy to find the answer. May I will always remember to be patient and grateful to Him in the real sense.

Wednesday, 27 February 2008

SimCIty 4 effect

Let us find out what happened to those in power in the real world compared to my SC4 world.

1. The Mayor choose to live in exclusive area and luxurious home.





2. The citizen's house was abandoned, The Mayor don't care.



3. Gambling and liquor industry has been legalised in order to increase city's income .



(a) SC4 (b) Shah Alam


4. Finally, the Mayor became corrupt. Raising tax without considering, his citizen's feeling and maximizing his own pleasure.


Hmmm. I'm quite impressed with SC4. The result is very close to what is going on in this real world. Do you need a mayor like this? If no, please do something and make a change!!!

Bumi UK bergegar!!!

Kira-kira antara pukul 1250-0100 pagi tadi, di kala aku tengah berchatting, tiba-tiba bilikku bergegar teruk. Dinding kelihatan lembut sekali, meliuk-liuk seperti kertas. Komputer, kerusi, lampu, dan meja turut bergegar kuat. Dengan rasa cuak aku terus menjerit,"Oi, kenapa bergegar ni?" bagi menarik perhatian ahli rumahku. Gegaran berlaku dua kali. Beberapa minit lepas tu barulah Kiko, Wan Aimran dan Tony datang ke bilikku. Wan Aimran dan Kiko dapat merasakan gegaran itu masing-masing rasa seolah-olah tidak percaya. Tetapi Tony tidak rasa pula, sebab dia tengah berjalan masa itu.

Abe melaporkan Notts juga dilanda gegaran teruk, hampir tercampak komputernya. Begitu juga Mas di Sheffiled.

Nasib baik rumah aku tak runtuh. Takut sungguh aku tadi. Peritiwa tadi mengingatkan aku akan kejadian gempa bumi di Malaysia suatu ketika dulu, ada sorang blogger di Penang sempat lagi menulis di blognya tentang gempa ketika bangunan tengah bergegar. Marilah sama-sama kita beristighfar, mengambil iktibar dari peristiwa gempa bumi tadi.

http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/7266136.stm

Sunday, 24 February 2008

Bush yang jahat itu



Ragu sungguh aku bila tengok video ni. Apakah maknanya? Bagaimana si Bush yang sibuk memusuhi Islam ni memuji2 Islam, eh Islam Hadari. Hm....

Friday, 22 February 2008

Beberapa pengajaran

Beberapa pengajaran yang aku peroleh ketika bermain SC 4:

  1. Ketagih main game sangat merbahaya jika gagal mengawal diri.
  2. Orang yang 'innocent' boleh hanyut dan jadi korup bila pegang kuasa.
    Pada mulanya aku bermain dengan matlamat hanya untuk memajukan bandar, cuba menjadi seorang mayor berjiwa rakyat dan mentadbir bandar dengan sebaik-baiknya. Ketika aku mengambil alih tampuk pemerintahan dari Munzir, keadaan agak stabil tetapi perkembangan ekonomi agak lembab. Maka demi memajukan bandar, aku telah memperkenalkan skim cukai maksima 20% ke atas setiap warga bandar. Hasilnya bandar jadi kaya. Maka timbul pula idea untuk mencuba buat projek besar2 demi menaikkan land value. Selain itu, aku meletakkan Mayor's House di tempat yang ekslusif. Akhirnya oleh kerana terlalu boros, bandar telah mengalami kerugian dan run at loss 100 000.
    Walaupun game ini hanyalah simulation yang simplistik, tapi cukup untuk memberikan gambaran bagaimana manusia boleh berubah sekiranya seseorang berada dalam kekuasaan. Tanpa pegangan yang kukuh dan hidup dalam jemaah, aku pasti tiada siapa mampu mempertahankan kesucian niatnya. Moga-moga aku dilindungi daripada perkara sedemikian di dunia sebenar.
  3. Kerja mengurus bandar bukan senang. Pening juga aku dibuatnya. Tapi agak seronok, terutamanya bila dapat selesai masalah, tengok bangunan baru didirikan dan dapat award.

Wednesday, 20 February 2008

Hancus


Setelah mencuba bermain permainan komputer SimCity4, aku terlekat sampai berhari-hari lamanya. Banyak masa yang dibazirkan dan hidup pun jadi tak teratur. Membuang masa berjam-jam main game bukanlah suatu yang dibanggakan. Tapi biarlah ianya diletakan di sini buat peringatan kepada diri yang lemah ini.

Thursday, 14 February 2008

Pilih Raya ke 12

Akhirnya hari ini, Pak Lah menidakkan penafian yang dibuatnya pada 12 haribulan Februari 2008 tentang parlimen akan dibubar pada hari Rabu. Semua orang mempersoalkan apsal dia bertindak demikian? Hmmm aku pun tak paham. Pelik PM sungguh berimej Imam ni main tipu-tipu rakyat.

Memandangkan aku dah berumur 24 tahun (baru jer masuk, 12 Feb lalu, hu hu), sudah layak sangatlah aku mengundi tahun ni. Tapi malangnya tak dapat balik Msia. Kalau undi pos pulak sure kena tipu, undi pos kan selalu diperalatkan demi kemenangan parti ehem ehem....

Nama : AZLAN BIN NAZARI
Tarikh Lahir : 12 Feb 1984
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 041 / 02 / 02 / 006 - PERMATANG PAUH MK 4
Daerah Mengundi : 041 / 02 / 02 - PERMATANG BERAH
DUN : 041 / 02 - BERTAM
Parlimen : 041 - KEPALA BATAS
Negeri : PULAU PINANG


Bila periksa senarai daftar pemilih pula, jantina aku Perempuan?? Apa gila depa ni?!?!

Wednesday, 6 February 2008

Media: Menelusuri Sejarah Palestin II

sedikit tambahan bagi yang tak dapat membuka multiply.

Sunday, 3 February 2008

Media: Menelusuri Sejarah Palestin

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga menyiapkan video dan mp3 untuk ceramah sesi lepas. Harap maaf di atas kualiti video yang agak rendah.


Ceramah: Menelusuri Sejarah Palestin [1/2]


Ceramah: Menelusuri Sejarah Palestin [2/2]

MP3 ceramah boleh di download di: http://mrabn.multiply.com/music/item/14/Menelusuri_Sejarah_Palestin