Apabila aku membuka sampul surat tersebut, aku agak terkejut apabila membaca tajuk surat tersebut, "KECEMERLANGAN AKADEMIK PARA PELAJAR TAJAAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)". Ada masalah dengan result aku ke? Rupa-rupanya ia adalah peringatan dari pengarah YTN agar aku belajar dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih Tuan Pengarah kerana mengingatkan saya. Akan saya tampal surat ini di dinding bilik saya agar saya sentiasa ingat apa yang Tuan Pengarah pesan. Bak kata penulis 7 habits, 'Begin with the end in mind'.
Feel, think, write & share.
"Hadapilah kehidupan ini dengan sabar dan taqwa" - Satu pesanan buat diri ini.
Friday, 29 December 2006
Surat dari tanah air
Apabila aku membuka sampul surat tersebut, aku agak terkejut apabila membaca tajuk surat tersebut, "KECEMERLANGAN AKADEMIK PARA PELAJAR TAJAAN YAYASAN TENAGA NASIONAL (YTN)". Ada masalah dengan result aku ke? Rupa-rupanya ia adalah peringatan dari pengarah YTN agar aku belajar dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih Tuan Pengarah kerana mengingatkan saya. Akan saya tampal surat ini di dinding bilik saya agar saya sentiasa ingat apa yang Tuan Pengarah pesan. Bak kata penulis 7 habits, 'Begin with the end in mind'.
Thursday, 28 December 2006
puas berPUISI
PUISI 06 adalah program terbaik dan paling seronok yang pernah aku ikuti sepanjang aku berada di UK. Yuran yang dikenakan hanya £20, sangat rendah berbanding dengan kualiti program yang dianjurkan. Kalau nak join program ala-ala motivasi seperti ini dia Malaysia mesti kena bayar lebih kurang RM 300. Tapi baguslah, kalau mahal sangat tak mampu pulak. Terima kasih PPMI kerana berjaya menganjurkan program yang best ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Hasrizal kerana sudi datang ke Dublin dan memberikan pengisian yang mantap sekali. Kesungguhan ustaz menyampaikan ceramah walaupun letih dan jet lag sangat mengkagumkan.
Terima kasih juga kepada sahabat2 di Ireland kerana melayan kami dengan baik sekali. Special thanks to penduduk 218 dan
p/s: kepada sahabat2 yg yang nak gambar PUISI yang aku tangkap, sila YM aku. Kalau korang nak share korang nyer sound la aku ye.
Thursday, 21 December 2006
MySpace
Tuesday, 19 December 2006
Bebas?
Anyway, perbincangan haritu agak lama dan hangat. Ia dimulakan dengan pembentangan oleh WMF. Seperti biasa WMF membentangkan agenda kesedaran membaca, soft skills dan topik2 yang biasa korang dengar dlm pembentangan dia kpd budak2 Malaysia di UK dan Ireland ni. Hadir bersama adalah beberapa pegawai MSD dan pegawai dari kementerian. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar London.
Perbincangan di'kawal' oleh seorang moderator. Cara dia 'mengawal' betul2 ala-ala program Bicara Siswa. Bagi sapa yang biasa tengok Bicara Siswa, fahamlah apa yang aku maksudkan. Beliau tidak membenarkan peserta berbincang secara panjang lebar tetang isu yang diketengahkan. Apa yang beliau mahu dengar hanyalah cadangan, cadangan dan cadangan yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan. Bila orang cakap banyak sangat, dia pun kata, cukup, kita tak ada masa, kena bincang pasal lain pulak. tak ada masa. Cara begini tidaklah bagus sangat, kalau nak risau pasal masa, tak releven sebenarnya. Ye la, alang2 budak2 tu datang UK ni, bagi lah peluang discuss habis2. Kan kerajaan dah belanja banyak duit bwak diorang ke sini. Apa salahnya spend masa lebih. Dua orang lain yang hadir dalam program tu pun kata cara perbincangan yang dibuat seperti itu tak bagus.
Enough about the moderator. Melihat kepada keterampilan para perwakilan pula, dari segi penyampaian/ kebolehan bercakap pula, aku rasa bagus. Cuma apa yang menyedihkan adalah isi-isi/hujah-hujah yang digunakan dalam perbincangan tidaklah sehebat seperti yang di'expect' bagi seorang pemimpin perwakilan pelajar sebuah universiti kebangsaan. Kadang-kala hujah-hujah yang dipakai macam standard orang biasa sahaja. Apa yang terjadi kepada mereka ini? Semoga saudara-saudari dapat menerima pendapat saya dan memperbaiki prestasi kalian.
Antara isu yang dibincangakan dalam forum ini kebanyakan merupakan respon kepada pembentang WMF. Kesedaran membaca. Ada cadangakan bagi surat khabar free. Ada cadangkan tulis topik2 yang menarik dalam surat khabar agar dapat menarik minat pelajar2 untuk membaca. Balik2 suratkhabar, membaca terhad kepada suratkhabar sahajakah? Mesti sebab WMF cakap pasal suratkabar ni, dia mmg impressed dengan Felix. Pada pandangan aku, salah satu sebab orang kat sini suka membaca adalah sebab kualiti bahan bacaan itu sendiri. Harga berpatutan, mutu penulisan dan cetakan yang tinggi menarik perhatian semua. Sapa yang tak suka baca Harry Potter, Da vinci Code, Economist, Newscientist dan free london lite. (Oops, free london lite tu tak kualiti sgt cume free jer). Sebab itu industri buku cerita kat sini merupakan satu industri yang sangat menguntungkan. Kalau kita dapat hasilkan bahan2 yang bagus2 macam ni dan promote buku2 dengan baik, insyaallah perlahan-lahan budaya membaca jadi budaya kita. Promo termasuklah buat book review dalam program remaja di tv ker. Bukan promote aktiviti sukan dan hiburan shj.
Sukan. Pencapaian Malaysia dalam sukan peringkat antarabangsa tak sehebat negara-negara lain yang lebih miskin dari negara kita. Kenapa? Diorang bagi macam2 pendapat. Tapi bagi aku, the underlying problem is the management of sports itself. Banyak sangat politik dalam sukan, masing-masing nak nama dan jawatan. Selain dari tu, bak kata Tony, sports education kat Msia tak proper sangat.
Aku agak concern apabila mengikuti perbincangan mengenai kebebasan, Apakah sesuai Malaysia mempunyai Student Union yang bebas sepertimana yang kita ada di UK dan apakah AUKU membawa masalah kepada pelajar2. Semua wakil dari Msia mengatakan bahawa AUKU tak der masalah langsung. Hmm.... Betul ker. Inikah suara majoriti pelajar kat uni Malaysia. Tetapi, most Londoners yang hadir pada waktu itu tak bersetuju dengan pendapat mereka dan dengan lantang menyuarakan bahawa sebenarnya Malaysia patut memberikan lebih kebebasan kepada pelajar2 Malaysia. Sekiranya nak atasi masalah kurangnya penguasaan soft skills, Union perlu bergerak sebagai sebuah badan yang bebas. Perwakilan dari Malaysia pula kata UK students tak faham keadaan students di Malaysia, so tak patut bagi kitorang mendesak bahawa Malaysia students patut diberi kebebasan seperti di UK kerana Malaysia belum matang lagi. Kalau bebas sangat nanti peristiwa 13 Mei bakal berulang. Hmm... betulkah begitu?
Apapun tahniah kepada para peserta kerana telah berjaya menjayakan program kali ini. Kepada saudara Mohsin, tahniah kerana berjaya menunjukkan prestasi yang baik kali ini. Saoalan-soalan yang dikemukakan dan cara ia dikemukakan kena pada masa dan keadaan. Terima kasih juga kepada MSD kerana sediakan makanan.
Aku menulis ini bukan kerana suka mengutuk orang, tapi sebangai melahirkan rasa 'concern'/prihatin aku terhadap mutu kepimpinan dan penganjuran program-program yang sebegini. Moga-moga kita dapat memperbaiki diri masing2 agar dapat mengorak langkah ke arah kemajuan.
p/s Rasanya tak adil bagi aku kalau aku kata semua yang hadir tak bagus, mungkin sekadar impression aku. Mungkin ada yang bagus2 tapi aku terlepas pandang.
Wednesday, 13 December 2006
Gila Kuasa
Dulu semasa aku diperkenalkan kepada persatuan ni, abang A kata asalnya persatuan ni ada satu sahaja. Tapi setelah kematian founder, kuasa sementara diserahkan kepada Encik H. Tapi bila dia dah berkuasa, dia bawak akidah salah. Dia kata dia adalah jelmaan nabi. Perkara ini disaksikan oleh peserta2 satu ceramah di UIA. Maka ahli keluarga founder mengambil tindakan buat laporan kepada jabatan agama dan mengambil alih kuasa dari Encik H. Encik H menyerahkan kuasa dengan rela.
Tapi perkara ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas beberapa lama, dia nak jugak jadi presiden. Maka dia pun melantik diri sebagai presiden persatuan dengan menggunakan mana sama. Maka yang lagi satu kena tukar nama (aku join yg ni). Akhirnya jadilah dua persatuan. Kedua-dua buat benda sama, cuma nama lain.
Kini persatuan ini terbahagi kepada dua team. Team penyokong presiden dan penuduh. Tengok website sahaja dah ada dua website. Aku tak tahu apa akan terjadi kepada masa depan persatuan ni. Personally aku memang suka persatuan ni. Tapi kalau berpecah lagi, tak tau nak kata apa.
Hai manusia, suka sangat berpecah. Apa sahaja persatuan, organisasi, kelab mesti mau pecah. Gerakan islam, parti politik, taekwando dan sebagainya.
Aku tak tahu cerita sebenar di sebalik krisis ini. Apapun aku rasa ia boleh dikaitkan dengan gila kuasa. Bila manusia gila kuasa, dia akan lakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Keji sungguh perangai orang gila kuasa ini. Lihat sahaja Bush. Manipulate pilihanraya. Tuduh sana tuduh sini. Perang sana perang sini. Semuanya untuk mengekalan penguasaan di pentas dunia. Hasilnya, kerosakan seluruh dunia.
Come on man, sampai bila nak berpecah? Sampai bila nak puas hati? Berapa kumpulan lagi nak dibentuk semata2 nak pegang kuasa? Apalah ada dengan kuasa dan fame. Kelak di akhirat kita akan dipersoal akan segala kuasa yang kita pegang. Masa sekolah dulu, kawan2 selalu kata, "Kalau jadi pemimpin ni, sebelah kaki kat syurga, sebelah kaki kat neraka". Tak tahu mana datang kata-kata ni. Apapun rasanya tak bertentangan dengan quran & sunnah rasanya sebab maksud kata-kata itu adalah akalu jadi pemimpin yang baik, mudahlah masuk syurga, pemimpin yang tidak adil pula hampir ke neraka. Moga-moga kita dijauhkan dari perkara2 tak elok ni.
Saturday, 9 December 2006
Malaysia Night
Aku difahamkan bahawa selain daripada mempromosikan budaya masyarakat Malaysia di UK, ia juga menjadi sebagai salah satu cara bagi M SOc bagi menambah duit poket kelab/persatuan masing2. Ini juga merupakan peluang bagi pelajar-pelajar Malaysia bertemu rakan-rakan yang kolej persediaan dulu.
Aku berpeluang menghadiri salah satu Malaysian Night yang dianjurkan di London ketika tahun pertama di UK. Persembahan mereka agak mantap juga. Dalam program sebegini kita dapat lihat pelajar Malaysia dari pelbagai bangsa bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Sesuatu yang boleh dilihat sebagai suatu yang positif.
Tetapi ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian dan difikirkan bersama. Misalnya, sebahagian besar penonton M Night (hampir 95% bangi kebanyakan universiti) adalah rakyat Malaysia Sendiri. Orang lain tak ade pun, so tercapai ke matlamat untuk mempromosi budaya masyarakat Malaysia? Sebagai seorang muslim, saya melihat ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki. Pertama sekali, para peserta dan penonton (esp. muslim) hendaklah menjaga akhlak, aurat dan batas2 agama sepanjang pertunjukan tersebut. Namun perkara ini biasanya tidak diberi perhatian yang sepatutnya. Kedua, jalan cerita hendaklah membawa mesej yang positif, bukannya mempromosi budaya kuning, tahyul, hedonisma dan macam2 lagi.
Apa yang saya tahu aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat terhad kepada aktiviti sukan (Notts Game, Futsal, Paitnball), hiburan ( M Night & Clubbing) dan makan2. Saya berpendapat aktiviti clubbing/after party perlu dihentikan kerana ia tidak membawa manafaat kepada para peserta dan masyarakat Malaysia (yang mengharapkan kita pulang dan berbakti kepada nusa dan bangsa kelak) amnya. Budaya inikah yang kita perlu bawa pulang ke Malaysia?
M Soc sepatutnya menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk membina intelektual para pelajar Malaysia, kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis dan kesedaran tentang isu semasa. Usaha UKEC menganjurkan 'discussion circle' di Malaysia Hall harus dipuji. Pelbagai isu menarik yang diketengahkan. Cuma yang menyedihkan adalah sambutan pelajar London tidak memuaskan. Selalunya kurang dari sepuluh orang yang hadir
Teringat suatu ketika dahulu, ada seorang sahabat menghantar email kepada saya. Dia berkata alangkah elok sekiranya Malaysia Night diisi dengan persembahan berbentuk Islamic, nasyid, sketsa dan pantomin bebrbentuk kesedaran. Ada pula kawan yagn lain berpendapat bahawa kita perlu boikot M Night, tuntut jangan anjurkan M Night langsung kerana sebahagian besar pengisian M Night ini tidak selari dengan Islam.
Saya bersetuju dengan sebahagian perkara yang disebutkan di atas kerana Islam menekankan kesejahteraan manusia secara menyeluruh. Hiburan dalam Islam adalah hiburan yang mendekatkan diri kepada penciptanya dan bebas daripada perkara yang membawa kerosakan kepada manusia secara amnya. Tetapi adakah hiburan Islam terhad kepada nasyid sahaja? So non-muslim nak buat apa? Mungkin sukar nak fikir bentuk persembahan yang Islamik tetapi universal (sesuai untuk semua agama dan bangsa untuk turut serta). Tapi ia tidak harus menjadi alasan untuk kita malas berfikir mencari penyelesaian. Kenapa kena boikot terus? Bila lagi nak 'integrate' (dari segi persembahan), tunjuk bentuk cara berhibur yang sepatutnya, didik rakan2 lain agar menjaga waktu solat ketika berlatih dsb. Bukankah di Malaysia nanti sama juga suasananya? Kalau Jadi D.O. camner nak buat sambutan merdeka, tourism Malaysia, pertunukan warna-warni dsb. Ke haramkan terus? Pening...
Saya memohon maaf sekiranya pandangan saya tidak tepat. Ilmu dan pengetahuan saya hanya cetek. Pandangan anda amat dialu-alukan.
please follow the rules for your safety

Last summer I had an opportunity to do intern with a company in Malaysia. Their main business is supply'in electricity. The experience there was very wonderful. People are very nice and helpful. Lots of the older tehcnician loves to give advise to me. One of the most typical advise is " When you become an engineer in the future, never look down at us. Please treat us as human, we have feeling too" Yeah I agree with them. Who wants to work in a very bad boss? Anyway, a boss should know when you need to be kind and when to be a 'tiger'.
There are few things that I observed need to be improved if the company wants to be the top company in Malaysia. The safety awareness amongst the staff is very low. The boss does not provide enough safety kits. I heard a complain form a technician that the boss always ask them what is their size but never gives the thing. On the other hand, I it very rare to see the technicians wear full safety kits during working. I understood that it quite 'renyah' but it is not trivial. More worrying is, sometimes they just sit at the back of the truck. It is very dangerous because you are exposed to many potential hazards and if the driver suddenly breaks, you might fall off the truck. I would like to call those who are involved such job to be more aware of your safety and take all security measures required. If something happen, "mereka dan keluarga mereka juga yang susah".
Saturday, 2 December 2006
Islam dan Sukan
Islam adalah agama yang syumul. Syumul bermaksud sempurna, merangkumi segala aspek kehidupan. Tidak ada satu perkarapun yang kita lakukan dalam kehidupan terlepas daripada ajaran Islam. Allah telah berfirman dalam surah Al-maidah ayat 3 yg bermaksud "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu".
Selain daripada perkara-perkara seperti akidah, akhlak, siasah dan muamalat, kesihatan badan juga disentuh dalam ajaran Islam. Dengan tubuh yang sihat, kita mampu untuk beribadah dengan lebih baik. Kegiatan menjaga kesihatan termasuklah menjaga pemakanan, bersenam dan bersukan.
Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain, peraturan-peraturan dalam kebanyakan sukan tidak menyebelahi muslim. Aurat umpanya, kalau olahraga mesti pakai baju ketat2 dan dedah aurat, volleyball kena pakai seluar pendek, renang dan terjun juga ketat dan mendedahkan aurat. Begitu juga dengan sukan lain. Bagi ahli sukan, kalau dapat sponsor yang bagi pakaian ketat kena pakai jugak la, sebab dah tandatangan kontrak. Melihat aurat orang tu satu hal, bagi kita muslim yang mahu memelihara aurat tapi ingin melibatkan diri dalam sukan sehingga peringkat antarabangsa pasti menerima tekanan yang hebat.
Sekiranya anda ingin menubuhkan sebuah persatuan sukan di tempat anda, bagaimakah caranya anda melaksanakannya. Bagaimakah anda menerangkan kepada ahli persatuan yang bukan islam tentang apa yang anda lakukan.
Sebagai seorang daie kita tidak harus melihat perkara ini sebagai satu perkara yang remeh. Adakah kita tidak perlu melibatkan diri langsung? Sekadar jadi pemerhati. Apakah kita perlu buat muslim olympics? Ya mungkin bagus, tapi mesej dakwah mungkin tak sampai ke pada nonn-muslim yang bersukan. Any idea or comments?
Monday, 27 November 2006
Giler ah Ding Dong!
Bila tengok clip ni memang terasa impressed. Tambah pulak dengan bacground sound yang menarik tambah seronok melihat aksi diorang. Aku rasa korang yang tak minat archery pun akan terhibur menonton kejituan panahan diorang. Sekian
Hmm.....
Laporan polis bukti DAP sokong Akta Hasutan
SUNGAI PETANI 26 Nov. – Tindakan DAP membuat laporan polis berhubung hujah-hujah ‘perkauman’ yang dikeluarkan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu membuktikan Akta Hasutan 1948 sebenarnya masih relevan untuk diguna pakai kerajaan.
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana, DAP yang sebelum ini dilihat berkeras mahu akta berkenaan dihapuskan kini kembali mengakui seolah-olah ada gunanya Akta Hasutan 1948 dikekalkan.
‘‘Apabila DAP membuat laporan supaya meminta polis mengambil tindakan terhadap para perwakilan UMNO berhubung hujah mereka, maka ia secara langsung membuktikan bahawa DAP mengakui Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan.
‘‘Akta Hasutan jelas menunjukkan bahawa ia boleh diterima pakai dengan baik demi menjaga kepentingan semua kaum. Melalui laporan itu, DAP sendiri kini menunjukkan kepada kita bahawa mereka boleh terima dan anggap Akta Hasutan relevan sepanjang masa,’’ katanya.
Perangai
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis kenduri kampung Parlimen Merbok anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kampung Tengkorak Batu, Bukit Selambau dekat sini hari ini.
Menurut Zainuddin, tindakan tersebut juga menunjukkan ‘perangai’ sebenar pemimpin DAP yang sanggup berbuat apa saja asalkan ia mendatangkan keuntungan kepada mereka.
‘‘Sebelum ini mereka mahu sangat Akta Hasutan dihapuskan. Kini bila nampak akta ini menguntungkan dan memihak kepada mereka, DAP pun gunalah Akta Hasutan,’’ katanya.
Beberapa pemimpin DAP sebelum ini membuat laporan meminta polis mengambil tindakan terhadap segelintir perwakilan yang mengeluarkan hujah disifatkan perkauman pada Perhimpunan Agung UMNO lalu di bawah Akta Hasutan 1948.
Antara mereka yang tampil membuat laporan itu ialah Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Lau Weng Sann (18 November); Setiausaha DAP Perak, Ngar Kor Ming (19 November) dan Timbalan Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan, Kuan Perk Siong (19 November).
Terdahulu dalam ucapannya, beliau menasihatkan semua pihak supaya sentiasa menerima maklumat, nasihat dan pengetahuan yang sahih.
‘‘Kita perlu berhati-hati dengan penyebaran SMS, laman web yang tidak diketahui kesahihannya. Janganlah kita terpengaruh dengan berita yang tidak tahu hujung pangkalnya,’’ katanya.
Sunday, 26 November 2006
Liberal?
Begini ceritanya. sesudah tamat majlis, kakak A dab B beramah mesra dengan para peserta (muslim tau). Apabila tiba masa berangkat, mereka pun bersalaman dengan para hadirin. Aku berjaya mengelak dengan makan kuih dan menjarakkan diri. Aku berikan senyuman sebagai tanda hormat kpd mereka.
Apabila tiba giliran saudara C, kakak B pun bertanya "boleh salam tak?" lalu mereka bersalaman. "oh, liberal" sambung kakak B. Orang2 sekeliling ketawa mendengar kata2nya. aku juga tergelak. Tapi bila difikirkan semula, tak patut. Patutkah aku mentertawakan saudaraku? Sedangkan dia dlm dilema mahu menolak atau menerima.
Teringat pada hari pertama aku bekerja di bangsar thn lps, berjumpa dengan bos (perempuan, muslim juga) lalu kami berasalam. Sukar juga nak menyatakan peganganku dlm keadaan sedemikian, apatah lagi dia bos. Sebab itulah orang yang menegakkan kebenaran di hadapan org yg berkuasa mendapat ganjaran yg besar dari Allah.
Pengalaman di UK, rasanya lebih mudah untuk menegaskan pegangan agama kita berbanding di Msia. Orang faham dan respect pegangan kita. Tapi di Malaysia sudah bercampur aduk antara hak dan batil. Orang Islam sendiri menggap perkara yang salah itu betul, 'biasa aa'. So non-muslim mendapat gambaran yang salah ttg Islam.
Bagaimanakah sikap kita apabila berhadapan dengan situasi sebegini atau yg lebih besar? Bagaimanakah caranya nak sampaikan mesej tersebut sekiranya orang yg terlibat tu org islam juga. Pikir2kan, tak susah pun...
