Friday, 5 December 2008

Cohabitation

Nota: post kali ini akan menggunakan bahasa rojak disebabkan saya banyak menggunakan rujukan dari sumber berbahasa inggeris. Bagi mengelakkan masalah mistranslation, saya akan ambil direct quotation sahaja. Kepada pejuang dan pecinta bahasa, harap jangan marah ye.



Cohabitation

Menurut Wikipedia cohabitation adalah 'when people live together in an emotionally- and/or physically-intimate relationship. The term is most frequently applied to couples who are not married', dengan kata lain, pasangan yang tidak berkahwin duduk sebumbung. Dalam Islam, perbuatan ini adalah perbuatan yang terlarang, malah dalam budaya Melayu juga merupakan satu perbuatan yang dikeji.



Fenomena ini adalah suatu fenomena yang biasa di Barat. Motivasi di sebalik fenomena ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti mahu mencari keserasian terlebih dahulu sebelum berkahwin atau tidak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan.



Mungkin pembaca merasa hairan kenapa tiba-tiba saya menulis perkara ini. Sebenarnya saya kerana teringat komen Ustaz Fakhrulrazi dalam salah satu sesi kuliahnya di Masjid Bandar Bukit Puchong tentang kes satu pasangan pelajar (belum berkahwin) di univeristi tempatan yang mengambil keputusan untuk tinggal bersama sebagai tanda protes terhadap keputusan ibu bapanya yang menghalang perkahwinan di antara mereka berdua.



Berdasarkan pengalaman saya belajar di UK, kes pelajar Muslim Malaysia yang tidak berkahwin tinggal sebumbung juga berlaku. Mungkin kerana di sana mereka bebas berbuat apa-apa, bebas dari pengawasan ibu bapa dan masyarakat setempat, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Mereka tinggal serumah atau sebilik, ada sekadar waktu cuti semester, ada juga sepanjang tempoh pengajian. Baru-baru ini saya sempat bersembang dengan saudara MM, di tempatnya pun ada, jenuh dia nasihatkan.



Saya pernah diberitahu seorang kawan, ada kes yang lebih teruk pernah berlaku di kalangan pelajar Muslim Malaysia di sebuah negara Eropah, di mana ada yang telah berzina. Kegiatan mereka diketahui kerana kawan pasangan tersebut masuk ke bilik kerana mahu memanggil si lelaki sebab ada hal. Alangkah terkejutnya dia apabila pasangan itu tengah berzina. Tanpa rasa segan silu, si lelaki tersebut berkata, "kejap, tak abis lagi." Astaghtfirullah. Inilah yang terjadi apabila rasa malu telah ditarik dari hati-hati manusia.



Kenapa ianya dilarang?


Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam al-quran:


"And come not near to unlawful sexual intercourse. Verily, it is a faahishah (a great sin) and an evil way." (Sura Al-Israa # 17 ayah # 32)


Imaam al-Qurtubi (may Allah have mercy on him) said: The ulama said that the phrase And come not near to unlawful sexual intercourse is more eloquent than merely saying Do not commit zinaa, because the meaning is, Do not even come close to zinaa. This means not doing any deed that may get close to zinaa or lead to it, such as being alone with a member of the opposite sex, touching, looking, going to evil places, speaking in a haraam manner to a woman to whom one is not related, thinking about and planning immoral acts, and so on[1].



Malah terdapat hadith yang melarang bagi kita bersunyi-sunyian dengan bukan mahram[2]:


"Some persons from Banu Hisham entered the house of Asma' daughter of Umays when AbuBakr also entered (and she was at that time his wife). He (AbuBakr) saw it and disapproved of it and he made a mention of that to Allah's Messenger (saaws) and said: I did not see but good only (in my wife). Thereupon Allah's Messenger (saaws) said: Verily Allah has made her immune from all this. Then Allah's Messenger (saaws) stood on the pulpit and said: After this day no man should enter the house of another person in his absence, but only when he is accompanied by one person or two persons." (Sahih Al-Bukhari Book 25, Hadith # 5403)


Allah's Messenger said: Behold, no person should spend the night with a married woman, but only in case he is married to her or he is her Mahram. (Hadith - Sahih Bukhari Book 25, Number 5399, Narrated Jabir ibn Abdullah)


"Rasulullah (SAW) explained: If one of you were to be stabbed in the head with a piece of iron it would be better for him than if he were to touch a woman whom it is not permissible for him to touch." (Reported by al-Tabaraani; see also Saheeh al-Jaami, 5045).



This refers to the punishment for touching, so how about worse deeds, such as embracing and kissing, and even worse kinds of illicit activity?


Rasulullah (SAW) said, "Whenever a man is alone with a woman the Devil makes a third." (Al-Tirmidhi 3118, Narrated Umar ibn al-Khattab, Tirmidhi transmitted it as authentic)

So we should always try not to be alone with a woman who is not mahrum to us and not even go close to Zina.



Dosa yang besar bermula dengan yang kecil



Ada yang beralasan, kami tak buat apa-apa. Tetapi, menurut Ustaz Bahruddin, syaitan tak suruh buat buat jahat terus, dia akam mula mengajak manusia buat benda yang baik atau Nampak baik dahulu. Kemudian, bila dah selesa dengan perkara tersebut akan diajak nya buat dosa kecil dan akhirnya sampai buat dosa besar. Semua ni berlaku dengan perlahan-lahan. Jika kita tidak berhati-hati pasti termakan dengan tipu daya syaitan ini.



Rasanya semua sudah biasa dengar kisah abid yang telah ditipu syaitan. Pada suatu hari abid itu ternampak seorang lelaki yang gayanya lebih kuat beribadah berbanding dirinya, dengan penuh rasa ingin tahu, si abid itu mendekati lelaki tersebut dan cuba minta tips tetapi tidak dilayan. Setelah sekian lama, barulah lelaki itu memberitahu, kalau nak jadi macam aku kena buat dosa besar dulu, kemudian taubat. Dipendekkan cerita, si abid pun memilih untuk minum arak. Setelah minum arak, dia menjadi mabuk, dalam keadaan tidak sedarkan diri dia telah merogol seorang wanita, kemudian disebabkan rasa bersalah, dia telah membunuh wanita tersebut. Apabila angkaranya telah diketahui, maka dia pun di tangkap untuk dihukum. Sewaktu si abid dipenjarakan, syaitan yang menyamar sebagai lelaki yang kuat beribadah itu muncul dan berkata akan membantunya melepaskan diri pada waktu hukuman kelak. Pada hari hukuman, syaitan telah menyuruhnya si abid tunduk kepadanya. Dengan sangkaan syaitan itu akan menolongnya, si abid pun tunduk tanda menyembah syaitan. Malangnya syaitan tidak tolong pun, dia telah dihukum mati dan mati dalam kekufuran.



Apapun, walau macam mana pun kita cuba justify, kita harus sedar dengan siapa kita berdolak dalih sebenarnya. Bukan manusia, tetapi Allah, Tuhan kita!!





Sekiranya terdapat sebarang kesalahan, diharap anda berilmu yang melawat blog ini agar dapat memberikan komen dan pembetulan.


[1] http://www.themodernreligion.com/misc/hh/zina.html

[2] http://muttaqun.com/dating.html

1 comment:

Anonymous said...

Pre-marital sex certainly is zina. But given the complex nature of marriage itself, it is going to be difficult to say whether a co-habiting couple is in a 'marriage' or otherwise.

Now that the British government is going to 'deregulate' marriage, and that includes Muslim families as well, Muslim couples who are married in a social ceremonies but do not register themselves with the authority can be effectively not married in the eye of the law, and thus co-habiting.

This will eventually lead to the question of: Can the state be kept out of marriage? Looking at classical treatises, marriage is more of a family affair, with the other third parties to be witnesses and, arguably, guardian. In Malaysia especially, we have a very intrusive legal system that can make marriage (and divorce) very complicated. Are these all within the Islamic teaching? One advocate self-regulation, the other uses even Mat Skodeng to make people toe the line?

LoL...

I am confusing people now.