By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discusions can be shared with wider audience.
Insha-Allah hari Isnin ni mula kerja. Tak rasa apa-apa pun. Kalau dulu nak keje jadi receptionist kat Malaysia Hall pun terasa excited. Hmm kenapakah. Perlukan aku rasa 'tak best' macam ni sepanjang kerjaya aku, hu hu...
4 comments:
Saudara Abn
Saudara tidak perlu rasa "tak best" sepanjang "kerjaya" Saudara, lebih-lebih lagi kerana kerjaya adalah sesuatu yang perlu dibina atas suatu perasaan yang dikatakan "best" itu.
Pekerjaan Saudara pada hari ini mungkin tidak akan menjadi kerjaya. Mungkin Saudara perlu bertukar pekerjaan berkali-kali, dari satu bidang ke bidang yang lain, untuk meneroka setiap peluang yang ada yang boleh memberikan rasa "best" kepada Saudara. Jika Saudara punya keyakinan pada ketentuan Allah SWT, dengan usaha yang mencukupi dan izin-Nya, Saudara pasti akan menemui kerjaya itu nanti.
Sementara menunggu ketibaan hari itu, Saudara mungkin ingin menumpukan perhatian Saudara kepada perkara-perkara yang dekat mata, sementara Saudara terus berusaha untuk mencari peluang yang lebih baik.
Saya dengan ini mendoakan agar Saudara berjaya membina sebuah kerjaya yang boleh memberikan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Yang Benar
salam tuan rumah.. 'jadi receptionist kat Malaysian Hall'... teringat masa dulu2.. saya jadi front desk staff kat Indurrah, Porchester Palace kt belakang Edgware.. tahun 2005.
ada kebenaranya jugak bro.. kat UK.. kerja machai pun.. gaji cukup jer.. hujung minggu boleh jalan2.. di Malaysia.. soru pun miss.. itu kerja Engineer belum lagi kerja clark...
all the best for you..
masalahnye kalo dah bond 10years nk jump2 mcm mane hehe stuck je la situ..hu2..tp syukurla ramai graduan pon masih menganggur tercari2 kerja..
Bro... jgn down sgt, up sket!
(Kalau ko down... aku pun nti down gak)
Post a Comment