Monday, 22 December 2008

Hari pertama Kerja

By: Azlan @ ABN
notes: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. Please put your comments in the original site (blogspot) so that all discussions can be shared with wider audience.



Hari ini aku memulakan kerja. Pagi tadi, pergi lapor diri kat ibupejabat division. Sempat join morning talk kat pejabat HR. Beberapa orang diberikan peluang untuk bercakap di hadapan. Aku dan beberapa orang lain lagi juga dipanggil untuk memperkenalkan diri di hadapan. Kemudian, kami mendengar ucapan dari seorang pegawai, En Safwan. Aku belajar macam-macam benda dari dia. Antara benda paling menarik adalah penerangannya tentang konsep doa yang ditejemahkan dalam konsep moden iaitu visi. Dalam doa, kita selalu mintak apa yang kita nak. Contohnya nak rezeki banyak, nak berjaya dan nak hidup senang. Apa yang kita mintak itulah sebenarnya menggambarkan visi kita iaitu apa yang kita mahu capai. Dia menasihatkan kepada jurutera-jurutera baru agar meletakkan visi yang tinggi, misalnya ingin menjadi VP, bukan sekadar visi biasa-biasa sahaja seperti sekadar mahu jadi eksekutif.


Perkara yang kedua, dia menyentuh tentang kenaikan pangkat atau dalam perkara yang lebih umum, tentang pemberian amanah/tanggungjawab. Apabila kita diberikan tanggungjawab, apakah kita bersedia? Biasanya bila dapat kerja baru, mesti sukar, macam masuk terowong yang gelap. Tetapi kalau kita mahu belajar, sudah pasti kita akan sampai ke hujung terowong yang cerah itu.


Setelah selesai morning talk, kami pergi ke bilik mesyuarat untuk menunggu keputusan penempatan. Semua berdebar-debar. Maklumlah, takut kena hantar jauh2. Kakak yang menguruskan tak mahu beritahu hinggalah surat tiba. Sementara itu, seorang lagi pegawai datang memberi nasihat kepada kami agar sentiasa bersedia dengan apa kemungkinan dan isi buku log setiap hari. Dia kata kami mesti bersedia menerima bos yang tak kamceng dengan kami, tak bagi markah tinggi, tiada siapa tolong dsb. Apapun berlaku, cuba buat yang terbaik. Bagi aku, ini satu nasihat yang bagus, ye lah, kalau selalu expect perjalanan ini akan di sambut dengan karpet merah sahaja, pasti kecewa di hujungnya.


Alhamdulillah aku di tempatkan di kawasan yang terlampau jauh. Di sekitar sini-sini juga. Aku bergitu bernasib baik kerana ramai yang lain telah ditempatkan di pejabat yang jauh dari rumah sendiri. Keduanya aku juga berasa lega TNB mengiktiraf MEng sebagai Master degree, sekurang2nya berbaloi lah usaha aku 4 tahun tu. Dengar kata BEM pun iktiraf sebagai proper Master Degree (kena cek balik ni).


Secara keseluruhannya, lega juga rasanya. Tak payah kalut2 packing barang. Rasa cuak-takut kena terus buat kerja berat2 yang teramat mencabar pun hilang, sebab pagi tadi aku tahu bahawa buat 6 bulan pertama ni aku akan menjalani latihan dan pendedahan secara berperingkat2. Masalah trasport pun dah setel.


Semoga masa depan yang cerah menanti di hadapan. Kepada rakan-rakan yang lain, berusahalah, semoga kita dapat memberikan yang terbaik!!!


No comments: