Tuesday, 15 December 2009

futurisme

Man, it's so real!

I thought work is just an excuse. But once you got caught in the trap of busyness, you will understand and never look at those who were labelled as futur as you did before. Insaf... Simpati...

May Allah guide us.


p/s: I just met a friend of mine in the mosque. It has been quite sometime we did not have a chat. He asked about my working life, busy? Will it be back to normal, so you could help us? I replied, "well this is NORMAL (working day and night)" Sigh...


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 13 December 2009

Vicious cycle

Aku ingin berkongsi sedikit penemuanku ketika membaca sebuah buku yang ku terima dari seorang rakan ketika program orientasi pelajar Isnin lepas yang bertajuk KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH. Pada mulanya aku agak sceptic dengan buku ini, sebab aku anggap semua buku motivasi ini sama sahaja, nak cari untung je lebih. Hu hu, maaf lah para penulis dan motivator sekalian. Apapun, setelah membaca aku rasa bagus sekali buku ini.

Penemuan ini sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Ringkasnya ia berkaitan pandangan hidup i.e. perspective/paradigm. Ada satu bahagian dalam buku ini yang menyentuh tentang Mentaliti Mangsa dan Mentaliti Juara. Membaca bab ini membuatkan aku teringat akan peristiwa pada suatu pagi Jumaat di pejabatku, (cerita ini aku belum publish lagi, sebab tiba-tiba jadi panjang, tak larat nak habiskan).

In a nutshell, bos aku telah bertanya tentang perasaan dan pandanganku tentang tanggungjawab yang aku galas ketika ini dan kemudian memberikan beberapa nasihat dan kata-kata perangsang. Katanya, kalau kamu stress dengan deadlines, kamu harus mengambil langkah proaktif dengan menjalankan kerja-kerja kamu lebih awal yakni sebelum saya tanya. Apabila tiba masa saya bertanya akan kerja itu, kamu jawab, sudah siap bos, kamu dan saya, sama-sama berasa lega dan senang hati.

Selepas sesi motivasi pagi bersama beliau itu, aku terfikir , "Betul juga katanya itu, kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ini?". Aku rasa jawapannya terletak kepada cara fikirku.

Sebelum itu, aku hanya memusatkan pemikiranku kepada keadaanku yang begitu menekankan, apatah lagi merasakan diri mangsa keadaan. Maka setiap ketika aku teringat akan perkara yang menekan atau melalui detik-detik yang menekan, aku pasti kembali memikirkan peristiwa yang menjadikan aku mangsa keadaan itu dan juga keep recalling perasaan tertekan itu. Maka lagi difikir, lagi tertekan, sehingga lupa apa yang aku perlu aku lakukan. Itulah yang dinamakan mentaliti mangsa, Ustaz Hasrizal pernah mengumpamakan orang sebegini ibarat orang yang memberikan remote control hidupnya kepada orang lain.

Menyedari dan memahami apa yang harus aku lakukan, terasa sedikit lega sebenarnya. Kini aku sudah ada jalan keluar daripada perangkap kitaran stress itu, iaitu dengan bertindak lebih proaktif.

Source: http://wellcoregroup.com/images/diagram2.jpg

Cuma, pada permulaannya terasa amat sukar sekali untuk mengubah cara aku berfikir kerana rasanya lebih selesa meletakkan kesalahan itu kepada orang lain dan tidak best pula melepaskan mereka daripada 'kesalahan menculikku ke unit lain', he he.

Kesimpulannya, jika stress, usahlah fikirkan sangat tentang stress itu sendiri kerana anda akan terus stress atau lebih stress dengan berbuat demikian. Sebaliknya pusatkanlah tenagamu untuk mencari jalan keluar. Melayu kata, cari cara untuk mengatasi masalah, but in English 'find ways to get around the problem'.

Wallahua'lam



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Saturday, 12 December 2009

Gettin married

  • How does it feel when you see your friends getting married?
  • How does it feel when you reflect upon the fact that your best friend just got married but yourself remain single n available?
  • Don't you think you want to get married too?
  • But why you want to get married in the first place?
  • Is it because you are lonely?
  • How can I get married? It is too difficult man...
  • Where can I find a good wife candidate?
  • How could I approach her?
  • I think I am not good enough.
  • I'm not sure whether I am ready for it or otherwise...
  • Ah marriage is just a burden.
It is interesting to think about this topic, especially during this school holiday season, many of my friends are getting married. Selamat Pengantin Baru to you. May Allah bless both of you with happiness, love, mercy and good kids.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

belajar dari kawan

Jumaat malam semalam sangat menarik. Walaupun singkat, tapi aku telah berpeluang bertemu dengan beberapa kenalan lama dan baru sambil berkongsi pengalaman hidup.

"Wanna hang out?" ajak Kiko.

Wah, ini peluang baik. Lagipun aku memang sudah plan untuk bertemu Abg Saif petang itu, kononya nak berehat seketika sambil catching up sebelum terus ke site tengah malam nanti. Lagipun aku dah cukup stress dengan kerja minggu ni. So kami pun bersetuju untuk bertemu di Park Seven.

Abg Saif pulang agak lewat sedikit, lepas Isyak. Masa yang yang terluang ketika mengunggu Abg Saif pulang digunakan untuk bersembang ala 74 Lapworth Court. Just like the good old times, sitting together, discussing about life, analysing things and thinking about how, why, what, when, where and how. Intellectually satisfying. It would be more interesting if Wan Aimran and others could join.

Sempat juga bersembang topik suka ramai untuk golongan bujang seperti kami, kahwin. Ya, seorang demi seorang housemate kami sudah mendirikan rumah tangga. Bilik Bun Dan Munzir dah setel. Kini tinggal bilik aku dan bilik Kiko sahaja. The golden question is, Who's Next? Well... Kita tunggu dan lihat saja la kan. Cuma yang dah kahwin ni kami lihat macam menyepi sikit la, lama tak dengar khabar mereka. Apakah aku akan menyepi juga jika aku berkahwin kelak?

Then we had dine out with Bro Saif and his friend, Salim. We had a good chat. The topic was from food to building the nation. Wow, these guy really rocks! It was not just an ordinary dinner -sembang kedai kopi, ha ha.

Selepas itu kami kembali ke Park Seven, Bro Riz pula bercerita tentang pengalamannya melaksanakan Haji. Pengalaman yang sangat indah. Insha-Allah suatu hari aku ku turut serta menunaikannya, seorang diri atau berteman, hehe.

2.30 pagi baru habis bercerita. Maka aku pun telefon technician di site, kerja di site pun sudah hampir siap. Maka plan asal nak turun site pun dibatalkan. Tidur sahaja di situ.

After Fajr, Bro Riz, Bro Saif and me had breakfast together. We were talking about making choice. Choosing which career path should be taken by one of us? Bro Riz has pointed out that the rizq has been allocated by Allah. No matter which option you choose, A or B, you will get the rizq that much in the end. Perhaps Allah want to show you how much would get in the future in option B by showing what will you earn in option A. For me, it is a beautiful way of seeing this issue. Yeah, perhaps this paradigm could be applied to my situation too. I had missed the opportunity to work in Flour, but who knows what is waiting for me in the future.

Alhamdulillah, semua ini perancangan Allah. Di kala hati duka, datang penawar yang tidak disangka-sangka.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 26 November 2009

Belum cukup sempurna

Semalam, dia berazam. Berazam untuk menerima apa yang ditanggungnya itu dengan seadanya. Dia berkata kepada dirinya, " Aku mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh!"

Dia menyangka hatinya sudah bulat dengan tekad dan azam yang dipasangnya itu. Tetapi dia tidak tahu, apa yang menanti dihadapannya dan apakah dia benar-benar mampu menghadapinya.

Ketika berbicara, dia ditanya,"Do you really enjoy your current job? Come on, be frank, tell me what you want to do. Maybe I can help you"

Errr... Tiba-tiba, pang! Dia tersentak, seolah-olah satu hentaman kuat telah berlaku. Apakah dia perlu memberi jawapan sebenar atau jawapan diplomasi. Buat seketika, dia berkira-kira, itu mungkin satu peluang untuk menyatakan harapannya suatu ketika dahulu, hampir-hampir sahaja dia tersenyum memikirkan peluang itu. Tetapi, dalam masa yang sama, terselit rasa pahit setelah berfikir sedikit panjang, tahulah dia, tiada gunanya berharap untuk mendapatkan yang terlepas itu apatah lagi baru semalam sahaja dia berazam untuk menerima hakikat pekerjaannya itu. Maka dijawabnya, "Im fine, Im OK." dengan nada dan gaya badan yang kurang meyakinkan. Jelas kelihatan seolah-olah dia sedang menyembunyikan sesuatu. Tapi apa kan daya, itulah jawapan yang paling sesuai, dan juga paling baik untuk masa depannya.

Fuh, hampir-hampir saja dia goyah. Apalah yang akan terjadi pula jika dia mengambil keputusan untuk bertindak sebaliknya...

Kemudian, bicara disambung semula. Katanya, dia belum cukup bagus, masih lagi slow, seperti tidak mampu lagi mengorak langkah selaju yang lain. Dibandingkan pula dengan mereka-mereka yang menjadi contoh. Wah, jauh sekali rasanya. Tahulah dia, sebagus mana dia berusaha selama ini, tidak lah mencapai piawaian dan harapannya....

Terasa down seketika, rasa belum cukup sempurna. Tapi amat bermakna sebenarnya...

Kini, kesukaran itu tidak lagi menjadi igauannya, dia hanya memikirkan masa depan dan melihatnya dengan penuh optimis.

"Sekejap sahaja ni, lepas ni aku akan dipindahkan pula...."



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Wednesday, 25 November 2009

rasa berguna

Hidup itu indah jika ada matlamat yang jelas dan baik.

Dalam menghadapi kehidupan di alam pekerjaan ini, tujuan yang jelas amatlah penting. Ujian-ujian yang dilalui kadang-kadang membuatkan diri ini terasa lemah dan mudah untuk berputus asa.

Jika difikirkan secara singkat, kadang-kadang terasa tidak berbaloi sahaja berusaha keras tetapi tidak mendapat ganjaran yang sewajarnya. Kalau rajin lebih pun bukan dapat gaji lebih. Terkadang, apabila tertekan pula, suara-suara halus berbisik, "Bukan salah aku, aku tak nak buat kerja ini pun, diorang yang 'menculik' aku buat kerja ini"

Tetapi, Alhamdulillah, apabila teringat akan niat asal aku bekerja, sekurang-kurangnya ia menjadi terapi buat diri ini ketika menghadapi kesukaran dalam pekerjaan. Sekurang-kurangnya aku setkan dalam diri ini agar gaji yang kuterima adalah bebas dari keraguan, oleh itu, aku perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh agar tidak makan gaji buta sahaja. Apa yang terjadi selepas itu, nasib lah.

Seterusnya ketika menyedari sebenarnya dengan bekerja ini, aku sedang berusaha di atas jalan mendapatkan alat untuk membahagiakan mereka yang dekat di hati ini. Insha-Allah dengan rezeki yang diperoleh dari hasil kepayahan ini, mungkin sedikit sebanyak dapat digunakan untuk menggembirakan hati mereka. Maka rasa berat menanggung bebanan kerja itu pun hilang.

Dari itu, dapatlah sedikit sebanyak difahami kenapa pejuang agama Allah tidak kisah mengharungi gelora badai dalam usaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini kerana mereka tahu nilai dan matlamat amal mereka itu. Yang susah pun terasa indah.



Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Perasaan itu kembali lagi

Petang tadi seharusnya merupakan satu petang yang agak mendebarkan. Ada satu tugasan besar yang akan dijalankan pada malam ini. Perancangan sudah dibuat, notis sudah dikeluarkan, belanjawan yang sangat tinggi belanjanya sudah disediakan. By hook or by crook, the job must be done. Otherwise we might face greater problems. Pengguna dan juga kontraktor mungkin akan mengadu serta risiko kerosakan bertambah tinggi kalau tugasan ini ditangguhkan.

Nak dijadikan cerita, lebih kurang 10 minit dari masa yang sepatutnya kerja dapat dijalankan, ada pula masalah yang timbul. Ada tripping kat substation yang aku patut buat kerja malam ni. Maka terpaksa ditangguhkan. Setelah berbincang dengan bos dan telefon sana sini, akhirnya kami berjaya mendesak agar tugas diteruskan. Alhamdulillah.

Memandangkan tugasan malam ini sangat penting dan menjadi perhatian pihak pengurusan tertinggi, maka aku telah diberi peringatan agar memastikan ia berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, aku tidak pulang ke rumah setelah waktu pejabat tamat, terlalu jauh dan tidak berbaloi. Aku memutuskan untuk solat Isyak di masjid yang berdekatan dengan pencawang tempat aku bekerja malam ini kemudian makan dan seterusnya terus ke pencawang tersebut.

Masjid UIA menjadi pilihan. Ketika aku tiba di masjid itu, kedengaran suara orang berceramah di dalam bahasa arab. Apabila aku memasuki dewan solat pula, kelihatan beberapa orang khusyuk mendengar kuliah dalam bahasa arab itu. Di beberapa sudut yang lain, beberapa orang pemuda sedang membaca Al-Quran. Melihat pula kepada physical appearance jemaah di situ pula, banyak pula muka mereka yang lebih familiar rupanya ketika aku berada di UK dahulu berbanding di Malaysia (arabs and afrikans). Siap berjanggut tebal dan panjang.

Allah, beriktikaf di sana membuatkan aku teringat kembali akan kenangan-kenangan ketika di UK dahulu.... Terasa seronok sahaja melihat suasana di sana. Terasa seronok juga menjadi seorang pelajar ini. Selepas solat Isyak, boleh duduk-duduk dengan kawan-kawan sambil berborak bersama-sama.

Kini ia hanya tinggal kenangan. Satu pengalaman yang indah dan manis. Pahit pun apa kurangnya. Tapi bagi aku itulah satu tempoh yang sangat bermakna buat diriku. Akan ku abadikan dalam hidup ini dan kongsikan dengan generasi hadapan, insha-Allah


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Monday, 23 November 2009

Lovely weekend

Menyingkap kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hari-hari di hujung minggu ini, rupa-rupanya banyak sekali perkara yang indah dan menarik yang ku lalui di sebalik tekanan-tekanan yang datang. Alhamdulillah.

Petang Jumaat lepas, hari terasa begitu tertekan dek bebanan kerja yang terlalu berat. Sejurus selepas tamat kerja di pejabat, aku terus menelefon saudara Joe, yang kebetulan telah mengajakku bertemunya di Park Seven. Aku sengaja megambil peluang pada malam itu untuk bertemunya memandangkan sudah lama aku tidak bertemunya. Apatah lagi sewaktu di pejabat petang itu aku amat tertekan, maka bertemu dengan teman lama ini mungkin dapat membantu aku melupakan hal kerja buat seketika dan meringankan tekanan itu sambil update tentang cerita masing-masing.

Sejurus tiba di Park Seven, Joe mengajakku untuk bertemu dengan saudara Has. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju dengan cadangannya. Bagi aku ini satu bonus, bukan calang-calang orang dapat bertemu dengan orang yang bertaraf selebriti secara eksklusif ni, hu hu. Sebenarnya pertemuan kami pada malam itu adalah sempena melawat rakan Londonnya yang baru keluar ICU. Alhamdulillah we had a great time together. Mendengar celoteh mereka sangat menghiburkan, tetapi bukan borak kosong, borak-borak malam itu penuh dengan cerita dari pengalaman mereka yang sangat berharga. Kami habis bersembang agak lewat malam, sukar juga nak berhenti walaupun sudah beberapa kali saudara Has menyatakan hasratnya untuk berdedar. Maklumlah jumpa sahabat lama...

Pada malam itu, aku mengambil keputusan untuk tidur di Park Seven sahaja. Rupa-rupanya WMF pun ada di situ, seronok juga bertemu dengan seorang lagi rakan yang lama tak jumpa. Selepas mengucapkan salam dan bersembang sepatah dua, aku pun masuk tidur, letih sangat...

Hari Sabtu pula, selepas subuh aku terus memecut ke Puchong kerana perlu pergi ke PWTC pada pukul 9 pagi untuk mewakili KJ ke majlis pelancaran karnival tenaga cekap.

Di PWTC, aku tiba agak awal. Tidak ramai orang, terasa bosan juga. Maka aku pun membuka telefon bimbitku. Sewaktu duduk-duduk sambil membaca Al-Quran digital di dalam phoneku, aku ditegur oleh seorang lelaki yang dipertengahan usia yang duduk disebelahku. Dia kagum melihat software tersebut, kerana selama ini dia hanya mendengar mp3 sahaja. Maka aku pun memberikan satu copy software quran tersebut menerusi bluetooth. Rupa-rupanya beliau, encik Zul, merupakan seorang usahawan. Katanya dia merupakan seorang arkitek, lulusan City of Leicester Polytechnic. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia telah megang ijazah dalam bidang muzik. Kini beliau memiliki syarikat sendiri. Beliau juga merupakan ketua bagi sebuah badan NGO. Tidak sangka, dengan perbuatan yang 'simple' itu sahaja mampu membawa aku berkenalan dengan seseorang yang hebat. Allahu Akabar. Satu pengalaman yang ringkas dan singkat yet inspiring.

Tengah harinya aku memandu ke Subang, untuk pergi ke kenduri Kak Azila. Aku tiba agak awal, tak sempat bertemu dengan beliau, kerana aku perlu balik cepat, terlalu letih kerana tidur lewat malam Jumat tadi. Betapa letihnya aku sewaktu pulang dari kenduri Kak Azila, aku tersalah ambil simpang ke Klang, maka aku terpaksa keluar di Setia Alam. Singgah sebentar di hentian sebelah untuk solat Zohor, tapi terpaksa tidur dahulu sebelum solat kerana mengantuk yang teramat.

Setibanya di rumah, terus mencari katil. Letih tidak hilang lagi. Sewaktu sedang tidur, tiba-tiba dapat panggilan telefon tentang kerja, diminta telefon orang untuk confirm pasal arrangement kerja malam sabtu itu. Aku terus tertekan. Akibat keletihan yang teramat, aku terus off telefon kerana tidak mahu dinganggu buat seketika. Tetamu yang datang ke rumahpun, aku tak layan sangat, hanya bangun untuk bersalaman dan bertegur sapa buat seketika, kemudian kembali masuk tidur.

Lebih kurang pukul 5, aku pun bangun untuk solat dan melaksanakan amanat kerja yang disampaikan sewaktu aku berbaring sebelum itu. Alhamdulillah semuanya lancar. Di sebelah malam pula, aku ditelefon sekali lagi, meminta aku turun ke site, tetapi aku tidak pergi kerana merasakan semuanya in order. Walaubagaimanapun, mood aku kembali terjejas. Terus masuk tidur bagi menenangkan jiwa.

Pagi ahad, kerja-kerja selesai, dan report telah diterima daripada technican aku. Hati tenang kerana misi selesai. Pagi itu kurang produktif kerana sambung tidur balik, terlalu letih. Emak kata, mungkin kerana kurang tidur.

Petang ahad, tiba-tiba dapat panggilan telefon, katanya kerja malam tadi tidak sempurna. Kena buat balik. Arghh, kenapa jadi begini? Rupa-rupanya berpunca daripada kesilapan buat jobsheet pada petang Jumaat yang penuh tekanan itu. Inilah dinamakan faktor psikososial. Bila tertekan, penilaian pun jadi tak tepat.

Maka kena sembur, biarpun bukan 100% salah aku. Maka dapatlah aku faham kenapa orang selalu pesan, jangan biarkan diri menjadi kambing hitam. Mereka kata, bila ada masalah, pasti seseorang akan dikambing hitamkan, yang paling berpotensi adalah orang yang berada di hierarchy paling bawah.

Oleh itu, aku terpaksa ke pejabat untuk urus re-do job malam tadi pada malam ini. Mula-mula memang tak puas hati dan tertekan. Cuma sambil memandu, sedar pula, kenapa perlu tertekan, kembalikan segalanya kepada Allah. Alhamdulillah setelah berusaha, akhirnya semua orang yang terlibat kata boleh buat kerja malam ini. Allahu Akbar, leganya hati.

Setelah selesai arrange job di Kepong, aku ke Gombak ke rumah Mak Long untuk berehat sebentar sebelum ke Sungai Pusu pada pukul 10 mlm untuk supervise job yang aku arrange di Kepong tadi. Alhamdulillah, seronok jugak berehat di rumah Mak Long. Sempat bersembang-sembang dengan sepupu-sepuku dan juga tetamu mereka. Sekali lagi dapat melupakan kerja buat seketika.

Tak sangka, tekanan yang kurasakan sebelum submit report final year project dulu pun tak cukup hebat berbanding apa yang kurasakan kini. Malah tekanan itu lebih kerap.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepadaku dan berkatilah usahaku ini. Subhanallah, biarpun banyak ujian yang Kau berikan, banyak lagi nikmat yang Engkau kurniakan di celah-celahnya. Sungguh, aku tidak patut merungut.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Thursday, 19 November 2009

Fikiran negatif

Kekadang aku terfikir, apalah gunanya susah-susah mengumpul A dalam peperiksaan di zaman persekolahan dahulu?

Apa faedahnya atau gunanya dalam alam pekerjaan ni? Kerja susah sama je macam orang lain...

Hu hu...

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Punca tekanan

Kerjaku agak simple je. Scan, diagnose and repair. Kata orang as easy as a,b,c atau 1,2,3.

Cuma disebalik itu sebenarnya terletak epectation yang sangat tinggi dari pelbagai pihak terutamanya pihak atasan. Apatah lagi apabila berlaku kes flashover di Taiping baru-baru ini.

Aku pun cuak juga sebenarnya, apabila ada kejanggalan yang serius. Lebih-lebih lagi kejanggalan yang menjadi semakin parah pada kadar yang segera. Harap-harap sempat lah aku repair sebelum berlaku flashover. Arghh... cuak-cuak. Kalau boleh nak aje selesaikan semuanya dengan sekelip mata, tapi itu mustahil.

Ya Allah, selamatkanlah kami!

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com

Sunday, 8 November 2009

Rindu Kasih

Membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki yang beberapa kali aku lihat disarankan oleh rakan-rakanku membuatkan aku teringat akan suatu perbualan...

"Dah dua tua tahun aku tak dengaq habaq cucu aku ni. Waktu raya, sekali pun tak talipon aku. Kalau ayah dia, dari dulu sampai la ni, paling kurang hantaq kad raya."

Ulasannya ringkas sahaja, tetapi penuh makna. Sedikit sebanyak aku pun terasa. Hati seorang tua mana yang tak sayang anak cucunya. Bila berjauhan, pasti terasa rindu. Apatah lagi ketika kecil-kecil sering bermanja dan dimanjakan.

Tapi bila dah besar, macam lupa akan kewujudan mereka. Macam mana tak terasa hati orang tua itu.

Patutlah emak dan ayah sering berpesan kepadaku agar jangan lupa telefon kampung, tanya khabar tok dan wan. Rupa-rupanya bila sudah tua, kesunyian dan sangat rindu akan anak cucunya.

Semoga kita tidak mengabaikan mereka.

Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com