Sunday, 24 May 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Setiap kali aku bercadang untuk tidak menulis buat seketika, pasti akan datang idea-idea yang memaksa aku untuk menulisnya di blog ini. 


Alhamdulillah, malam semalam berpeluang keluar makan malam bersama-sama rakan-rakan yang sama-sama belajar London dahulu. Pertemuan kali ini dicadangkan oleh saudara Faizal Fathil dan aku menjadi organisernya. Setelah beberapa kali saling ber'sms' sejak malam Jumaat lepas, akhirnya semua bersetuju untuk bertemu di Bangi, port biasa - kedai Red Card milik keluarga Shan. Yang hadir ialah Faizal Fathil, Helmi, Hanafi, Khairul (Kiko dah tak pakai sekarang katanya). Sayangnya Wan Aimran dan Mat Lut tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tersendiri. Kebetulan pula sewaktu kami baru hendak mula makan, Khairul perasan rakan sekerja dan juga rakan seuni dia ada disitu juga. Dia datang dengan seorang perempuan yang merupakan rakan sekelas di Kusess dahulu, Lindat. Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka. Kami menjemput mereka menyertai kami.

Secara keseluruhannya, alhamdulillah objektif merapatkan ukhwah tercapai. Tiada sebarang topik yang dibincangkan secara mendalam dan serius. Walaubagaimanapun, macam-macam topik yang dibualkan, baik hal kerjaya, ekonomi, buku, cukai dan juga cadangan untuk bercuti. Topik kahwin, BM tetap tidak terlepas dengan Helmi bersungguh-sungguh mempromosikan BM dari tempatnya. Kalau ikut Faizal, aku tak boleh tulis pasal ni, tapi sebab aku merasakan keseronokan menikmati suasana yang santai dan ceria serta semangat kebersamaan yang dirasai ketika itu perlu direkodkan di dalam blog ini.



Hari ini, duduk rumah sahaja. Tapi yang istimewanya Tok Basah datang ke rumah. Masa digunakan untuk bersama Tok. Dalam pada itu, Tok sempat bertanya akan masa depan ku sambil berkata, "mestilah, cucu.." Kehadiran Tok memang satu peluang yang sangat-sangat berharga. Lagipun Tok suka bercerita, dari ceritanyalah aku  dapat tahu asal-usul keluargaku dan juga menghayati kesukaran hidup di zaman dulu.


Esok aku akan mula berkursus kembali di ILSAS. Satu tempoh yang sangat di tunggu-tunggu kerana tidak perlu risau pasal tanggungjawab di pejabat buat seketika dan juga tiada kerja malam. Maka kehidupan akan lebih tersusun buat seketika. Masa-masa sebegini perlu dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.


Note: This entry was originally posted at http://brotherabn.blogspot.com All comments are welcomed. 

No comments: