Wednesday, 20 May 2009

Manusia itu unik

Dalam list aku ni banyak betul benda yang nak ditulis dalam blog ini sebenarnya. Cuma terasa kurang masa untuk mengarang dan kurang isi untuk menjadikan satu post yang lengkap. 

Hmm topik apa nak tulis kali ini ya... Mari kita bercerita pasal manusia lah.

Manusia ada macam-macam. Ada yang tinggi, ada yang rendah, ada yang cerah dan ada yang gelap. Ada macam-macam bangsa, berbicara dengan bahasa yang berbeza-beza serta hidup dengan budaya yang tersendiri. Ada lelaki dan ada perempuan. Setiap satu ada keunikannya yang tersendiri. Ada persamaan dan ada perbezaan.

Apabila mendengar ceramah mp3 yang di download dari internet, baru aku sedar betapa besarnya perbezaan antara jantina ini. Baik dari segi psikologi mahupun cara berfikir.

Menurutnya, kalau perempuan biasanya mereka akan cakap panjang-panjang selalu goes around the bush untuk sampaikan satu-satu point. Berbeza dengan lelaki yang selalunya cakap pendek2 straight to the point sahaja. Dari segi perasaan pula mereka lebih sensitif dari lelaki. Macam-macam lagi lah description yang aku dengar. Tak larat aku nak tulis kat sini. Kat internet pun bayak. Cari sendiri je lah. Bagi aku, aku percaya sahajalah kerana aku sendiri tak pernah ada peluang untuk membuat kajian dan pemerhatian dengan mendalam akan hal ini.

Kerana perbezaan inilah mungkin aku jadi tak faham bila mendegar sekawan rakan sekerja perempuan di pejabat berbicara pasal filem. Mereka rasa tak suka sangat bila tengok filem kalau pelakon lelakinya handsome digandingkan dengan pelakon wanita yang tak lawa. Bagi aku cerita yang best lagi penting dari rupa pelakon tu. Pelik, tak faham dan tak boleh terima.

Walaupun terdapat macam-macam perbezaan, aku lihat pasangan suami isteri seperti ibubapa, datuk nenekku dan orang lain semuanya hidup bahagia sahaja. Bagaimana mereka boleh bertahan begitu lama dan saling menyayangi satu sama lain walaupun terdapat sebegitu banyak perbezaan? Sangat menakjubkan! Apa rahsianya ye? 

2 comments:

Anonymous said...

Tips:
1. Kata Syeikh Nuh Ha Mim Keller, '10% of marriage is about forgiving your wife over her mistakes; the other 90% is about overlooking what cannot be forgiven.'

2. Perbanyakkan munajat. Jika serasi maka diminta supaya dikekalkan. Kalau tidak serasi maka minta supaya Allah datangkan a. rahmah b. mawaddah kalaupun tak dapat hendak mencapai mahabbah.

3. Beringat2lah bahawa meninggalkan hal-hal lain demi isteri dan anak itu adalah sebahagian daripada khidmah sedangkan menaburkan khidmah itu amat dituntut oleh agama. (Maka apalah nilai manusia yang tiada khidmah?) Khidmah si isteri buat si suami, khidmah si suami pula buat si isteri.

4. Cuba-cuba untuk lead a life of no complain, dan take the easy going approach to life. Whatever problemnya, sleep on it and return to it when you r fresh.

5. kalau ada kesempatan memilih calon, maka gunakan sebaiknya opportunity untuk pertimbangkan kelima-lima primary conditions pasangan itu. Kekufuan pasangan sama pentingnya juga.

Dan banyak lagi.

Ank Alm

cendol said...

salam..
apa rahsianya ya? hehe
Its bout the love thats supposed to last and never die,hold on and be strong >_0