Kalau nak kira aktiviti yang dibuat, memanglah banyak. Tetapi semuanya macam rutin sahaja, kalau nak cerita panjang-panjang macam tulis diari lah pula. Antara aktiviti minggu ini adalah kursus di ILSAS, makan malam bersama rakan-rakan dan juga menghadiri kenduri kahwin rakan sekolej.
Memang tidak dinafikan semuanya menarik. Dinner bersama Abadi dan Wan Aimran Jumaat lepas pun sangat berhasil. Aku sangat terharu kerana Abadi sanggup turun ke Puchong. Pada majlis kenduri kahwin Kamil semalam pula, aku sempat bertemu dengan rakan-rakan A-level. Aku rasa sangat gembira kerana lama sungguh tak jumpa. Iqbal kata, sejak kerja ni susah betul nak jumpa kawan-kawan, mengharap majlis kenduri kahwin kawan-kawan je nak jumpe pun. Memang betul kata dia, walaupun kebanyakan duduk di KL, tapi bukan senang nak jumpa sebab timing lain-lain.
No comments:
Post a Comment