Ketika aku sedang berkira-kira untuk menulis post terbaru, aku tersedar sudah hampir setahun rupanya aku menamatkan pengajianku di United Kingdom. Aku rasa seperti baru sahaja bertatih di alam pekerjaan, tetapi rakan-rakan junior-juniorku pula sudah hampir menghabiskan pengajian mereka, yang mana telah ku lalui setahun lalu. Begitu cepat rasanya masa berlalu.
Teringat kisah-kisah silam yang penuh warna-warni ketika hidup di sana, terutamanya bulan-bulan terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Pelbagai pengajaran dan pengalaman yang berharga ku lalui. Adakalanya tertekan macam nak ‘mampus’ dan adakalanya terasa begitu gembira dan teruja sekali.
Ketika stress menghadapi exam, rasa macam nak nangis je, macam nak gila pun ada. Hanya berbekalkan keyakinan kepada Allah sahajalah aku mampu mengawal diriku masa itu.
Tersenyum seketika mengingatkan gelagatku sewaktu stress ketika itu, housemateku tentu faham. Setiap kali selepas concentrate study atau buat kerja sejam, aku mesti cari distraction dengan blogging atau main game Sim City 4, Fifa dan juga MotoGP. Nak kurangkan tekanan kononnya. Jika dikira-kira, aktiviti ‘distraction’ lebih banyak daripada belajar.

Blogging @ Blogger.com

Masa itu jugalah aku beli kom baru, laptop lama rosak kononya. Padahal soundcard sahaja yang tak berfungsi, tak jejaskan kerja pun sebenarnya. Entahlah macam mana cara fikirku masa tu, sampai boleh justify kena beli kom baru walaupun tinggal dua bulan sahaja lagi nak balik Malaysia. Geleng kepala sahaja housemateku ketika itu. Tapi korang jangan lupe, dengan destopku itu jugalah korang guna untuk melepaskan stress. Ha ha. Habis game Need For Speed korang habiskan. Hehe
Gara-gara mismanagement, tak plan kerja betul-betul, tak ikut jadual, leka dan lack of self control, aku terpaksa mengorbankan masa untuk buat revision dengan menumpukan usaha menyiapkan final year project. Paling dahsyat, aku terpaksa print report pada pagi Isnin, sebelum menduduki exam pada sebelah petangnya. So, tak sempat buat final revision untuk subjek tersebut. Hasilnya, memang fail lah.
Alhamdulillah strategiku memberatkan projek membolehkan aku dapat maintain yang aku target. Benarlah janji Allah yang dipelajari di sekolah dahulu yakni Allah tak akan mengubah nasib sesuatu umat sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Kalau tak usaha tak akan capai kejayaan, sebaliknya kegagalanlah hasilnya.
Amazingly, bila exam dah lepas, walaupun result tak tahu lagi, segala bebanan itu hilang begitu sahaja.
Semoga anda yang sedang menghadapi ujian peperiksaan dan juga sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek anda di bilik, lab, ataupun di mana-mana sahaja dapat menghadapinya dengan penuh kesabaran. Ingatlah ia hanya sementara. Jika anda melaksanakannya dengan baik, inshallah hasilnya pun baik. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda. Perbanyakkanlah munajat kepada Yang Maha Esa. Khas buat YTN scholars, balik Malaysia tau, jangan cuba lari. Kami perlukan orang-orang seperti kalian.
Semoga bertemu lagi wahai rakan-rakanku di perantauan. Dah sampai nanti sound yer.
p/s: kalau ikut hati macam nak tulis macam-macam lagi, tapi tiba-tiba kepala jam pula. Lain kali lah kalau aku ada mood. Aku sudah tidak berani lagi memberikan harapan palsu. Hu hu.

No comments:
Post a Comment